Liga Super 2021: Selangor FC 0-2 Penang FC

Jadual padat Liga Super 2021 berterusan untuk perlawanan kelima Selangor FC kali ini menanti kunjungan pasukan dari utara, Penang FC yang agak baik prestasi mereka selaku pendatang baru.

Selangor FC menguasai perlawanan dengan permainan yang menyerang dan Penang FC pula seperti biasa tenang bertahan menyerap asakan sambil menanti ruang dan peluang untuk membalas.

Walaupun sesekali menyerang Penang FC tampak lebih berbahaya ketika memasuki kawasan Selangor FC semakin buntuk memecah benteng Harimau Kumbang.

Casagrande terlepas peluang terbaik dan terbuka selepas bola muntah hasil rembatan Al Hafiz Harun yang ditepis Khairul Azhan gagal dijelmakan sebagai jaringan.

Hanya satu tolakan mudah sahaja diperlukan Casagrande untuk meletakkan Penang FC di depan namun percubaannya terkena tiang.

Sejurus selepas itu Al Hafiz Harun meletakkan Penang FC di depan pada minit ke-38 hasil hantaran Sherridin dari sudut yang sama dan kali ini Kharul Azhan tertewas.

Bermula separuh masa kedua, Selangor FC terus melakukan asakan demi mencari gol penyamaan dan mula melakukan rembatan jarak jauh.

Cubaan IIfedayo Olusegun Patrick Omosuyi cuba melakukan satu backheel selepas mengawal cantik bola tidak kesampaian. Kenapa Ifedayo tidak pusing dan merembat?

Peluang terbaik Selangor hadir pada minit ke-55 melalui satu gerakan bola mati namun rembatan Safwan Baharuddin sedikit tersasar.

Memasuki minit ke-70 Penang FC masih lagi kental bertahan dan Selangor FC masih lagi buntu.

Larian bijak Danial Ashraf berjaya menggandakan kedudukan buat Penang FC pada minit ke-72 selepas menerima lorongan cantik dari Sherridin.

Melihat Danial Ashraf gagal dikejar pemain pertahanan, Khairul Azhan cuba keluar untuk menghalang namun Danial Ashraf lebih tajam yang menolak bola ke kanan sebelum merembat.

Pemain bermisai lebat, Dvid Rowley hampir saja terus menjarakkan kedudukan namun namun percubaannya ditepis sedikit Khairul Azhan menyaksikan bola keluar sipi ditepi tiang.

Selangor FC terus gagal untuk mecari gol sehingga wisel penamat walaupun melakukan percubaan yang bertali arus.

Gergasi Merah terpaksa berputih mata dengan keputusan ini, segalanya menjadi milik Selangor hanya jaringan sahaja yang tidak kesampain dan menjadi milik Penang FC.

BACA:  Vida Harap Magic Dan Pemain Kelantan Yakin Dengan Popov