Liga Super 2021: Sri Pahang 0-2 JDT

Aksi Liga Super 2021 diteruskan pada bulan Ramadhan dengan dua perlawanan berlangsung menemukan Johor Darul Ta’zim (JDT) vs Sri Pahang dan juga Terengganu FC vs Kuala Lumpur City.

Sudah pasti perlawanan terpaling OP(over power) pertemuan JDT menentang Sri Pahang yang mempunyai sejarah perseteruan yang agak menarik beberapa tahun kebelakangan. ini.

Walaupun Sri Pahang agak sendu musim ini dengan kemerosotan prestasi dan sering terciduk perlawanan demi perlawanan, pertembungan dua negeri berjiran ini masih dinanti-nanti.

Perlawanan di bulan puasa ini amat menarik untuk diperhatikan bagaimana permainan ditunjukkan oleh pemain selepas seharian berpuasa? Adakah mereka akan lemau selepas kekenyangan?

JDT terlebih dahulu dihadpan pada minit ke-23 melalui Leandro Velasquez yang menolak masuk hantaran Bergson Gustavo Silveira da Silva atau nama pendeknya Bergson.

Entah apa dilakukan pertahanan Sri Pahang yang pada awalnya berjaya mendesak Bergson ke tepi garisan namun berjaya membuat hantaran kepada Leandro Velasquez.

Separuh masa pertama berakhir dengan satu gol memihak kepada JDT dan Sri Pahang sendu seperti biasa walaupun beraksi dihadapan penyokong sendiri. Mungkin patut dibubarkan.

Bersambung babak kedua, JDT mampu untuk membunuh perlawanan nampak bermain santai dan besahaja seperti melayan sahaja kesenduan Sri Pahang ditambah dengan ketumpulan penyudah.

Pada minit ke-69 Sri Pahang terpaksa bermain 10 orang selepas pemain pertahanannya, Ezanie Mat Saleh mengutip kad kuning kedua yang membawa kepada kad merah.

Ezanie Mat Saleh menerima kad kuning kedua selepas membuat terjahan lewat ke atas Gonzalo Cabrera dan lebih menarik terjahan itu dilakukan dalam situasi yang tidak berbahaya dan tidak perlukan kekasaran dilakukan.

Ketika perlawanan hampir tamat, akhirnya JDT menggandakan kedudukan melalui Bergson Gustavo Silveira da Silva yang membuat satu aksi menarik lagi menghiburkan.

Menerima bola daripada Nazmi Faiz Mansor, Bergson mengawal bola dengan penuh berseni membuat beberapa kali timangan bola diudara dan berpusing sebelum melakukan percubaan dicelahan pertahanan Sri Pahang.

Entah apa yang difikirkan pemain Sri Pahang yang hanya melihat Bergson memperlakukan mereka seperti itu.

JDT memberi kekalahan keenam buat Sri Pahang musim ini selepas 9 perlawanan dengan dua seri dan satu kemenangan dan berada ditangga kedua tercorot dengan 5 mata.

Dalam 5 perlawanan terakhir Sri Pahang hanya sekali seri dan empat kali kalah. Kena tukar nama dari Sri Pahang jadi Kalah Pahang?

JDT terus gah ditakhta liga super dengan 23 mata, 5 mata dihadapan Terengganu FC dan skrip sama akan berulang? Di mana JDT hanya menunggu masa untuk menjadi juara lagi.

BACA:  Piala Malaysia 2020: Kedah 3-2 Pahang