Liga Super 2021: Sri Pahang 5-0 UiTM FC

Pertemuan antara Sri Pahang dan UiTM FC boleh dianggap sebagai ‘battle of relegation zone’ di mana dua pasukan tersendu penuh bermasalah bertemu di Liga Super.

UiTM FC belum mencatatkan sebarang kemenangan dalam 10 perlawanan dengan 9 kekalahan dan satu keputusan seri untuk meraih satu mata.

Sri Pahang pula sedikit cemerlang dengan satu kemenangan dan dua seri dalam 10 perlawanan untuk mengumpul lima mata.

Terlampau garang Sri Pahang dalam perlawanan ini apabila berada di depan seawal minit pertama atau lebih tepat selepas 50 saat perlawanan bermula melalui Andrew Lee Tuck.

Pedro Henrique menggandakan kedudukan pada minit ke-34 selepas menerima hantaran Lee Tuck dengan melencongkan bola ke kiri gawang.

Cantik dan deras rembatan padu Andrew Lee Tuck dari luar kotak penalti untuk gol pertama Sri Pahang.

Selepas ketinggalan 2-0, UiTM FC mendapat sepakan penalti selepas Andrew Lee Tuck melakukan kekasaran.

Tapi Helmi Eliza cemerlang menyelamatkan sepakan lemah pemain UiTM FC dan sekali lagi cemerlang menepis keluar tindakan susulan.

Kedudukan 2-0 kekal hingga tamat separuh masa pertama.

Muhammad Baqiuddin Shamsudin menjaringkan gol ketiga Sri Pahang pada minit ke-66 melalui satu sundulan terbang bola rendah paras lutut.

Herold Goulon terus menjarakkan kedudukan dengan gol keempat melalui sepakan penalti untuk Sri Pahang memperoleh tiga mata berharga.

Dua minit selepas gol Herold Goulon, gol kelima Sri Pahang hadir melalui jaringan sendiri pemain UiTM FC, Muhammad Fahmi Mohd Sabri.

Gol berpunca dari sepakan percuma Lee Tuck dan Muhammad Fahmi Mohd Sabri tertanduk ke gawang sendiri.

Tiga mata berharga ini membuatkan Sri Pahang berpeluang keluar dari zon penyingkiran jika mencatatkan dua kemenangan lagi.

Sri Pahang hanya satu mata dibelakang Perak, dua mata dibelakang Sabah dan Melaka United. UiTM FC terus malang dengan satu mata.

Baca Juga

Baca Juga