Liga Super 2021: Terengganu FC 1-4 Penang FC

Terengganu FC terciduk kepada Penang FC sekaligus terlepas peluang untuk menyamakan mata dengan pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Minggu lalu Terengganu FC mencipta kemenangan sensasi ke atas JDT dan membuatkan persaingan merebut gelaran juara menjadi meriah berbanding musim sebelum ini.

Penang FC berjaya menundukkan Terengganu FC empat gol berbalas satu di hadapan penyokong mereka sendiri di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Penyerang berbisa Pulau Mutiara, Sheriddin Boboev meletakkan Penang FC dihadapan seawal minit ketujuh perlawanan melalui satu tandukan dari sepakan penjuru.

Pemain tengah kreatif Penang FC, Endrick dos Santos Parafita menggandakan kedudukan pada minit ke-21 yang juga berpunca dari sepakan penjuru.

Bersambung babak kedua menyaksikan Terengganu FC cuba melakukan kebangkitan dan mencari gol semangat.

Akhirnya gol dicari kunjung tiba melalui pemain sensasi yang menjaringkan gol kemenangan menentang JDT, Mohamad Hakimi Abdullah.

Mohamad Hakimi Abdullah telah melepas satu rembatan padu dan cantik untuk menewaskan Bryan See Tian Keat.

Semangat kebangkitan Terengganu FC itu pantas di padamkan oleh Anselmo Arruda da Silva yang lebih dikenali sebagai Casagrande.

Dua gol dijaringkan oleh Casagrande melalui tandukan pada minit ke-66 dan ke-68 terus membunuh perlawanan.

Menarik kedua-dua gol Casagrande ini hampir sama, gol copy and paste.

Kemenangan ini telah melonjakkan Penang FC ke tangga ketiga dengan 22 mata dan menendang Terengganu FC ke tangga keempat dengan 21 mata.

Baca Juga

Baca Juga