Liga Super 2021: UiTM FC 0-1 Kedah Darul Aman FC

Perlawanan yang sepatutnya menjadi mudah buat Kedah Darul Aman FC menentang UiTM FC yang berada ditangga tercorot dengan satu mata selepas 5 perlawanan.

Namun itu semua di atas kertas dan UiTM FC agak liat untuk dibolosi dengan serangan bertali arus Kedah Darul Aman FC.

Ketangkasan penjaga gol UiTM FC, Azfar Arif menjadi duri dalam daging buat Kedah Darul Aman FC.

Akhirnya, Faizat Ghazali berjaya menjaringkan gol pembukaan dua minit sebelum perlawanan tamat dengan satu rembatan deras depan muka penjaga UiTM FC.

Kedudukan ini kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung separuh masa kedua, Kedahg Darul Aman FC meneruskan rutin serangan mereka untuk menambah gol.

Sepakan percuma Kedah dari Ataya sekali lagi berjaya ditepis penjaga gol UiTM FC, Azfar Arif dengan sedikit sentuhan yang membuatkan bola terkena palang dan keluar.

Azfar Arif terus cemerlang kali ini menafikan percubaan Kpah Sherman pula.

Memasuki 10 minit terakhir tiada tambahan gol berjaya dihasilkan dan UiTM FC pula menyerang bagi mencari gol penyamaan.

Sehingga wisel penamat kedudukan satu gol tanpa balas kekal menjadi milik Kedah Darul Aman FC.

Entah apa yang terjadi dengan UiTM musim ini yang gagal mencatatkan sebarang kemenangan dengan 4 kekalahan dalam 5 perlawanan.

Kemenangan dan tiga mata telah menlonjakkan Kedah Darul Aman FC melonjak ke tangga ketiga Liga Super 2021 dengan 10 mata.

BACA:  Liga Super 2021: Kedah Darul Aman FC3-1 PJ City FC