Liga Super 2021: UiTM FC 0-2 Selangor FC

King of Malaya, Selangor FC kembali ke landasan kemenangan pada perlawanan keenam dan tidak pernah menang selepas menikmati kemenangan pada perlawanan pembukaan Liga Super.

Sebelum Liga Super berhenti rehat bagi memberi laluan kepada perlawanan antarabangsa, Selangor hanya mencatatkan 1 kemenangan 2 seri dan 2 kalah dalam 5 perlawanan awal.

Menentang UiTM FC yang berada ditangga tercorot dengan satu mata sudah pasti tiada masalah buat Selangor yang memegang gelaran Gergasi Merah.

Mudah Selangor FC menewaskan UiTM FC dengan jaringan 2-0 dan kedua-dua gol itu terhasil pada separuh masa pertama.

Oliver Buff meletakkan Selangor FC di depan pada minit ke-12 perlawanan dengan rembatan kaki kiri.

Ifedayo Olusegun Patrick Omosuyi menggandakan kedudukan lima minit sebelum tamat separuh masa pertama melalui satu tolakan mudah.

Baca Juga

Baca Juga