Liga Super Ditutup Dengan Freekick Padu Arif Aiman Dan Gol Tendangan Basikal Bergson

Liga Super Malaysia 2022 telah melabuhkan tiraikan dan ditutup dengan sempurna melalu sepakan percuma padu Arif Aiman dan juga gol tendangan basikal dari Bergson da Silva.

Arif Aiman meneruskan kecemerlangan beliau musim ini. Kali ini dia menjaringkan gol sepakan percuma berkelas dunia dalam aksi kemenangan JDT ke atas Sabah di Stadium Sultan Ismail.

Walaupun sudah sah bergelar juara, JDT tetap menurunkan kesebelasan yang kuat melayan kunjungan Sabah yang mahu merebut tempat ke Piala AFC musim hadapan.

Arif Aiman melakukan percubaan itu pada minit ke-39. Di mana Leandro memberikan peluang kepada Arif Aiman untuk mengambil sepakan percuma dari luar kotak penalti.

Pemain kebangsaan itu tidak mempersia siakan peluangnya dan terus menewaskan penjaga gol simpanan yang baru dimasukkan, Damien Lim.

Tiada apa yang boleh dilakukan penjaga gol berhadapan dengan percubaan yang terus ke top corner itu dan menjadi gol ketiga Airf Aiman musim ini di Liga Super.

Pemain penyerang paling berbisa yang tidak boleh bawa bincang, Bergson da Silva turut melakukan gol dengan mempamerkan kualiti individu luar biasa.

Di mana pada minit ke-55, pemain tersebut melakukan tendangan basikal dengan satu libasan yang telah berjaya menewaskan Damien Lim.

Gol tersebut merupakan gol kedua peribadi Bergson dalam perlawanan ini selepas dia merupakan pemain yang melakukan jaringan pembukaan dalam perlawanan ini.

JDT menamatkan perlawanan dengan kemenangan 3-0. Bergson sebelum ini telah berjaya mencipta rekod baharu Liga Super Malaysia (MSL) apabila kini menjadi penjaring terbanyak di dalam satu musim di pertandingan tersebut.

Dua gol yang dihasilkan pemain import dari Brazil itu ketika membantu JDT menewaskan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di Stadium Sultan Ibrahim pada perlawanan ke-21 merupakan gol yang ke-27 di MSL pada musim ini.

Rekod terdahulu dihasilkan oleh Ifedayo Olesegun dengan 26 jaringan ketika masih bersama Selangor FC pada musim lalu.

Dengan tambahan lagi dua gol pada perlawanan terakhir Liga Super menyaksikan Bergson meletakkan 29 gol sebagai rekod baru jaringan terbanyak.

Johor Darul Ta’zim (JDT) yang mengesahkan kejuaraan lebih awal telah menutup Liga Super 2022 dengan satu lagi rekod Invincibles atau tanpa kalah sepanjang musim tatkala Terengganu mencilok penuh bergaya untuk mendapatkan slot Piala AFC selaku naib juara.

Ini merupakan Invincibles kedua JDT selepas melakukannya buat pertama kali pada musim 2016. Pada 2020, mereka turut tanpa kalah namun ketika itu liga hanya dilangsungkan separuh musim kerana pandemik.

Ini merupakan kejuarann liga Super ke-9 secara berturut turut direkodkan oleh JDT selepas mencatatkan 17 kemenangan dan 5 seri, triple hatrik juara Liga Super. Padu bai!

JDT telah muncul juara Liga Super bermula tahun 2014, 2015, 2016, 2017, 2018, 2019, 2020, 2021 dan kini tahun 2022. Rekod baru lagi dan pasti akan dilebarkan untuk satu tempoh yang panjang.

1. 2014 – JDT
2. 2015 – JDT
3. 2016 – JDT
4. 2017 – JDT
5. 2018 – JDT
6. 2019 – JDT
7. 2020 – JDT
8. 2021 – JDT
9. 2022 – JDT

Sementara itu naib juara Liga Super 2022 yang menjadi rebutan tiga penjuru antara Terengganu, Sabah dan Negeri Sembilan akhirnya menjadi milik skuad penyu.

Terengganu mara ke Piala AFC 2023 dengan cara yang penuh dramatik. Di mana mereka melakukannya pada hari terakhir Liga Super 2022 ketika berdepan dengan pasukan Kedah.

Sabah dan Negeri Sembilan dilihat berpeluang cerah untuk mendapatkan slot Piala AFC namun tewas kepada lawan masing-masing dalam perlawanan terakhir.

Kemenangan ke atas Kedah ini merupakan kemenangan ke-9 berturut-turut Terengganu musim ini daripada 14 kemenangan secara keseluruhannya. Rekod yang sangat padu.

BACA:  "El Tigre In The House" - Falcao Lapor Diri Kepada TMJ