Lihat Aksi Cristiano Ronaldo Buat Skill Depan Penyokong Chelsea

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, para penyokong pasukan lawan kepada Cristiano Ronaldo sedaya upaya berusaha untuk tidak mengejeknya.

Hal ini kerana, Ronaldo biasanya akan beraksi lebih cemerlang jika diboo atau diprovokasi oleh penyokong pasukan lawannya.

Setelah mengenyit mata dihadapan kamera dan menyebabkan Wayne Rooney dibuang padang dalam aksi Piala Dunia 2006, Ronaldo sentiasa menjadi mangsa cemuhan peminat bola sepak England.

Beliau menjadi pirana dalam saingan bola sepak Inggeris bagi semua penyokong di premier league kecuali setan merah dan sudah pasti akan diboo di mana saja beliau beraksi.

Oleh kerana segala reaksi itu, Cristiano Ronaldo berjaya menjaringkan 17 gol pada musim terbaiknya itu.

Terdapat satu rakaman aksi Ronaldo ketika bertemu Chelsea pada tahun 2008 membuktikan bahawa beliau beraksi semakin hebat jika diprovokasi.

Ronaldo mencuba untuk membuat skill ketika sesi pemanas badan dihadapan penyokong Chelsea namun ianya tidak menjadi pada awalnya.

Lalu menyebabkan beliau diejek teruk oleh penyokong Chelsea. Namun beliau mencuba sekali untuk melakukan skill-skill menarik dan ianya berjaya.

Selepas berjaya Ronaldo kemudian berdiri tegak menghadap penyokong the blues dengan penuh sindiran.

Pada ketika itu corak permainan Ronaldo lebih kepada seorang pemain sayap yang mempunyai pelbagai muslihat.

Beberapa lama selepas itu beliau menjadi salah seorang pemain yang mempunyai deria menjaringkan gol yang tajam dan pemain sayap yang berbisa.

Ronaldo pada musim 2007/08 berjaya menjaringkan 31 gol sepanjang musim untuk pasukan Manchester United dalam saingan liga.

Dengan rekod jaringan itu beliau membantu setan merah menjuarai saingan premier league ketika itu mengatasi Chelsea yang berada di kedudukan kedua.

Cristiano Ronaldo juga berjaya menjaringkan gol ketika dalam perlawanan akhir Liga Juara-juara menentang skuad the blues.

Ronaldo kini beraksi bersama pasukan Juventus dan sering dikaitkan dengan perpindahan semula ke Old Trafford sejak pemergiannya pada tahun 2009.

Awal minggu lalu terdapat laporan mengatakan bahawa Ronaldo akan kembali beraksi bersama setan merah namun berita itu dinafikan oleh media di Itali.

Tuttosport mendakwa pemain berusia 35 tahun itu mempunyai hubungan yang baik dengan skuad the Old Lady dan pastinya beliau tidak memasang niat untuk meninggalkan Turin dalam masa terdekat.

Pemenang lima kali Ballon d’or itu sebelum ini bercuti di negara asalnya dan berehat bersama keluarganya. Beliau turut dilihat ada menjalani latihan sendirian di Nacional’s Madeira Stadium ketika Portugal sedang diistiharkan lockdown.

Ronaldo pulang ke Portugal selepas mendapati ibunya sakit dan beliau terus tinggal di sana selepas rakan sepasukannya Daniele Rugani disahkan positive Covid-19.

Kini beliau sudah kembali menjalani latihan bersama skuad Juventus dan bersedia untuk kembali beraksi menghabiskan baki saingan liga musim ini.

BACA:  Cristiano Ronaldo Sedang Melalui Kemarau Gol Paling Panjang Sejak 2010