Lihat Aksi Dungu Jules Kounde Yang Dilayangkan Kad Merah Paling Sia-Sia Dalam Sejarah

Sudah banyak kad merah bodoh dan tak masuk akal yang diterima oleh para pemain sejak kebelakangan ini, namun rasanya tak ada yang lebih sia-sia berbanding kad merah yang diterima oleh Jules Kounde ketika aksi bertemu Barcelona kemarin.

Pemain sasaran Chelsea itu telah dilayangkan kad merah paling bodo dalam sejarah saingan La Liga dan beliau sendiri tentu menyesal atas perbuatan kejinya itu.

Dalam perlawanan wajib menang bertemu Barcelona kemarin, pemain pertahanan Perancis itu telah membaling bola tepat ke muka Jordi Alba.

Beliau melakukan hal keji itu ketika aksi terikat 1-1 Sevilla bertemu Barcelona, dengan Kounde melepaskan kemarahannya dengan cara yang tak sepatutnya.

Kounde mungkin sedikit beremosi ketika beliau berdepan situasi panas dengan Gavi dan Alba di garisan tepi padang.

Beliau kemudiannya dengan tiba-tiba terus melempar bola di tangannya tepat ke muka Jordi Alba hingga menyebabkan pemain pertahanan Barcelona itu rebah seolah-olah Kounde membaling batu ke arahnya.

Tindakan dungu Jules Kounde itu menyebabkan beliau telah dilayangkan dengan layangan kad merah dan ia dianggap antara kad merah paling bodoh dalam sejarah saingan La Liga.

Mengapa kad merah paling bodoh? Ia kerana tindakan yang beliau lakukan itu jelas sekali sangat tidak masuk akal dan sama sekali tak sepatutnya dilakukan.

Tidak pasti sama ada beliau dirasuk atau terlupa yang semua mata sedang tertumpu kepadanya, Kounde boleh membaling bola ke muka Alba sedangkan keadaan pada ketika itu sepertinya masih dalam kawalan.

Beliau juga tentu sedar risiko yang perlu beliau hadapi atas tindakannya itu namun ia sudah terlambat kerana pengadil perlawanan telah menghukum beliau terlebih dahulu.

Satu hal yang pasti, Jules Kounde mungkin terlupa yang Jordi Alba merupakan pelakon paling terkenal dalam saingan bola sepak Sepanyol, dan reaksi berlebihan yang akan beliau tunjukkan tentu sekali akan beri pengaruh kepada keputusan pengadil.

Bola itu jelas terkena bahu, namun sedikit terbias terkena pipinya dan Alba segera memberi reaksi yang bola kononnya telah terkena tepat di mukanya dan kerana itu beliau terbaring meraung kesakitan.

Pengadil perlawanan sendiri jelas sekali tiada pilihan lain yang boleh diambil melainkan menggunakan Kounde dengan melayangkan kad merah kepadanya.

Sebaik Jules Kounde sah dilayangkan kad merah, Alba yang awalnya terbaring kesakitan kembali bangun dengan riang dan meneruskan permainan seperti biasa.

Walau bagaimanapun, tiada siapa yang mampu menyalahkan Alba dalam situasi tersebut, kerana Kounde sendiri memutuskan untuk melakukan kekasaran bodoh itu.

Sevilla sudah terlebih dahulu mendahului perlawanan menerusi Alejandro Gomez untuk skuad kendalian Julen Lopetegui itu mendahului Barcelona 1-0.

Barcelona kemudiannya berjaya menjaringkan gol penyamaan beberapa detik sebelum tamat aksi babak pertama perlawanan menerusi Ronald Araujo.

Araujo berjaya melepaskan tandukan padu menewaskan Bono selepas menerima bola umpanan cantik dari Ousmane Dembele.

Skuad muda Xavi Hernandez itu gagal untuk memanfaatkan kelebihan mereka bermain bertemu pasukan yang kekurangan seorang pemain.

Pemain handalan Barcelona, Gavi turut hampir meledak gol juga hasil umpanan dari Dembele namun sayangnya mereka gagal untuk memperoleh gol kemenangan.

Perlawanan tamat dengan kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 1-1 dan menyebabkan Barcelona kekal di kedudukan ketujuh dalam carta saingan La Liga.

Sevilla pula jelas kecewa kerana gagal mencatatkan kemenangan dalam perlawanan ini, dan keputusan seri telah menyebabkan mereka semakin jauh ditinggalkan oleh pendahulu saingan La Liga, Real Madrid.

Sevilla kini kekal di kedudukan kedua dalam carta saingan La Liga dengan mereka kini lapan mata di belakang Real Madrid, namun masih memiliki kelebihan satu perlawanan yang belum dimainkan.

BACA:  Penyokong Barca Nak Tampar Lenglet Sebab Ketawa Riang Lepas Tersingkir Dari Saingan UCL