Lihat Aksi Dungu Raheem Sterling Buat Backheel Tak Jadi

Penandatanganan musim panas Chelsea, Raheem Sterling berjaya membuka akaun gol beliau bersama The Blues ketika aksi kemenangan 3-1 bertemu Udinese.

Chelsea sememangnya sangat terdesak untuk mencatatkan kemenangan dalam perlawanan persahabatan mereka selepas mereka sebelum ini merekodkan dua kekalahan bertemu Charlotte FC dan Arsenal.

Kekalahan 4-0 bertemu musuh sebandar mereka merupakan antara kekalahan yang sukar untuk diterima oleh skuad kendalian Thomas Tuchel itu.

The Blues hari ini berkunjung ke Stadio Friuli untuk beraksi bertemu wakil dari saingan Serie A itu.

Penandatanganan musim panas kelab, Raheem Sterling dan Kalidou Koulibaly turut dinamakan dalam kesebelasan utama Chelsea dalam perlawanan ini.

Pemain midfield Perancis, N’Golo Kante berjaya menjaringkan gol pendahuluan untuk skuad kendalian Thomas Tuchel itu sebelum Sterling mengubah kedudukan menjadi 2-0.

Ia merupakan gol pertama Raheem Sterling sebagai pemain Chelsea dengan pemain sayap itu cemerlang memanfaatkan bola biasan untuk menewaskan penjaga gol lawan.

Sterling berdepan situasi satu lawan satu dengan penjaga gol Udinese, Marco Silvestri selepas menerima umpanan dari Jorginho.

Sterling melepaskan rembatan tepat ke arah penjaga gol dan nasibnya baik kerana bola terbias kembali ke arah beliau sebelum pemain kebangsaan England itu memastikan bola berakhir dalam gawang gol lawan.

Bekas bintang Everton dan Watford, Gerard Deulofeu mengurangkan defisit gol selepas kejayaan beliau meledak gol untuk kelab dari Itali itu.

Pada aksi babak kedua permainan, Chelsea pada ketika itu sedang memburu gol ketiga mereka dalam perlawanan tersebut dan Sterling mendapat kesempatan emas untuk meledak gol kedua peribadinya.

Mason Mount bijak mengawal bola dan menghantar bola cantik menemui Kai Havertz yang kemudiannya melorongkan bola tersebut kepada Raheem Sterling yang sedang berada di hadapan gawang gol lawan.

Sterling ketika itu sedang tidak dikawal dengan bola hantaran Havertz benar-benar tepat menemui beliau di hadapan gawang gol tersebut.

Walau bagaimanapun, Sterling sepertinya terlajak sedikit ke depan dan beliau terpaksa membetulkan kedudukan beliau untuk mengawal semula bola tersebut.

Pemain terbaru Chelsea itu kemudiannya cuba untuk menunjukkan skill yang sungguh dasyat dengan beliau dilihat melakukan backheel untuk memperdaya pemain lawan.

Walau bagaimanapun, usaha beliau itu sepertinya menemui kegagalan selepas backheel lemah beliau itu mudah diselamatkan oleh pemain pertahanan Udines.

Usaha Sterling itu sepertinya agak sia-sia dengan beliau sepatutnya mungkin boleh memilih untuk mengawal bola tersebut terlebih dahulu atau setidak-tidaknya menghantar semula bola tersebut kepada rakan sepasukannya.

Walaupun beliau berjaya menjaringkan gol dalam perlawanan tersebut, namun aksi dungu yang beliau persembahkan itu menyebabkan beliau teruk dihentam oleh para peminat.

Aksi dungu beliau itu mencuri perhatian peminat yang kemudiannya hangat membincangkan tentang hal tersebut di media sosial.

“Adakah Sterling sebenarnya allergik dengan gawang terbuka? kenapa dia pilih melakukan backheel itu?”

“Apa yang cuba dia lakukan? adakah kerana ini perlawanan persahabatan jadi dia bebas lakukan apa sahaja?”

“Sepertinya kita sebagai penyokong Chelsea perlu membiasakan diri dengan situasi ini, Sterling baru tunjukkan sekali dan dia masih banyak yang mahu dipersembahkan.”

“Ini bukanlah kali pertama Sterling akan melakukan hal-hal seperti ini. Saya percaya benda macam ni akan berlaku lagi nanti.”

Sepertinya Sterling tidak melalui debutnya dengan baik walau beliau berjaya menjaringkan gol dalam perlawanan ini.

Aksi dungu yang beliau lakukan sepertinya lebih mencuri perhatian ramai berbanding gol yang beliau jaringkan dalam perlawanan tersebut.

Gol ketiga Chelsea dalam perlawanan ini berjaya dijaringkan oleh Mason Mount seterusnya mengesahkan kemenangan 3-1 mereka bertemu Udinese.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Chelsea Tidak Dapat Terima Kenyataan Selepas Hazard Gagal Tersenarai Dalam Pasukan Terbaik