Lihat Aksi False Start Dari Sadio Mane Yang Menghiburkan

English Premier League menyokong kempen Black Lives Matter yang sedang menjadi trend di seluruh dunia sekarang.

Saingan liga telah kembali bersambung minggu lalu selepas digantung hampir tiga bulan, dan kini ada beberapa perkara baru yang dilaksanakan sebelum perlawanan di mulakan.

Pertamanya, para pemain akan menggunakan jersi dengan perkataan Black Lives Matter di bahagian belakang menggantikan ruangan nama mereka.

Seterusnya para pemain akan melutut sebelum sepak mula perlawanan sebagai satu tanda penghormatan.

Telah terjadi aksi yang agak lucu dalam perlawanan Merseyside derby awal pagi tadi, yang mana, Sadio Mane telah memecut laju ketika mendengarkan wisel pertama dari pengadil.

Beliau fikir wisel tersebut menandakan bermulanya aksi seperti biasa dan mungkin Mane terlupa tentang upacara penghormatan yang patut mereka berikan.

Menyedari pemain lain memberi penghormatan dengan berlutut di tengah padang, Mane dengan segera patah balik dan mengikut pemain lain untuk berlutut.

Mujur perlawanan derby panas itu diadakan dalam stadium tertutup, seandainya ramai penyokong dalam stadium entah apa reaksi penonton melihat gelagat Mane itu.

Mane mungkin terlalu bersemangat dan tidak sabar-sabar untuk menendang bola sebab dah lama cuti atau mungkin dia tak tengok semua perlawanan sebelum ini, itu yang sampai dia terlupa upacara penghormatan selepas wisel pertama.

Kebanyakkan peminat terhibur dengan lawak spontan dari Mane yang mana sebenarnya dia tidak ada niat pun untuk buat kelakar.

Aksi derby kali ini agak membosankan dan rata-rata peminat menganggap gelagat Mane itu merupakan yang terbaik dan paling berbaloi untuk ditonton dalam perlawanan ini.

Mane beraksi selama 90 minit namun beliau gagal untuk membantu Liverpool mendapatkan gol dalam perlawanan tersebut.

Perlawanan tamat dengan keputusan seri 0-0 dalam perlawanan Merseyside derby kali ini dan Everton masih lagi kemarau kemenangan untuk menewaskan musuh satu bandar mereka.

Liverpool kini sedang mendahului saingan liga dengan mengumpul 83 mata, 23 mata mengatasi Manchester City.

The Reds masih lagi berada di landasan yang tepat untuk ditabalkan sebagai Juara dan kem Liverpool sudah tidak sabar untuk menjulang Piala Liga yang pertama mereka dalam tempoh 30 tahun ini.

BACA:  Sadio Mane Semakin Hampir Pasti Sertai Bayern Munich