Lihat Aksi Hantaran Membelah Padang Mats Hummels Yang Memukau Peminat Seluruh Dunia

Mats Hummels telah melakukan hantaran membelah padang yang sungguh hebat dan menakjubkan ketika mencipta assists untuk gol jaringan Serge Gnabry awal pagi tadi.

Beliau melakukan hantaran yang cukup cantik menggunakan outside-of-the-boots melepasi para pemain Latvia dan tepat menemui Gnabry yang berada di dalam kotak penalti lawan.

Assists yang cukup cantik dan menakjubkan itu berjaya dilakukan ketika aksi kemenangan 7-1 Jerman menewaskan Latvia dalam aksi perlawanan persahabatan awal pagi tadi.

Skuad kendalian Joachim Low mengganas dalam aksi pemanas badan terakhir mereka sebelum bermulanya Euro 2020 yang akan dilangsungkan beberapa hari sahaja lagi.

Enam pemain Jerman berjaya mencatat nama sebagai penjaring gol dalam perlawanan ini seperti Kai Havertz, Serge Gnabry, IIkay Gundogan, Thomas Muller, Timo Werner dan Leroy Sane.

Pemenang empat kali gelaran Piala Dunia itu berjaya mendahului aksi babak pertama permainan dengan keputusan 5-0 dengan Serge Gnabry menjaringkan gol kelima hasil hantaran super cantik dari Mats Hummels.

Jaringan pemain sayap Bayern Munich itu boleh dianggap cantik dan berkualiti, namun hantaran yang dilakukan oleh Mats Hummels sememangnya terbaik.

Pemain centre-back Jerman itu mempamerkan kualiti hantaran yang sungguh menakjubkan dan tak ramai peminat yang menjangkakan beliau akan melakukan hantaran membelah bumi yang begitu cantik melepasi pemain Latvia.

Beliau melakukan hantaran dari tengah padang dan bola hantaran beliau tepat menemui Serge Gnabry yang berada di dalam kotak penalti Latvia.

Vision yang mantap dari Hummels yang berjaya mengesan pergerakan Gnabry dan kualiti hantaran yang cukup sempurna berjaya dilakukan dengan bola tepat menemui pemain yang dicari.

Gnabry yang berjaya menerima bola hantaran Hummels juga tidak menunggu lama atau menari-nari di dalam kotak penalti untuk menjaringkan gol.

Beliau dengan segera melepaskan rembatan padu untuk menewaskan penjaga gol Latvia untuk gol kelima Jerman dalam perlawanan ini.

Gnabry sendiri seakan tidak percaya yang Hummels boleh menghantar bola tepat ke arahnya dengan beliau menunjukkan reaksi terpegun sambil melihat rakan sepasukannya itu selepas menjaringkan gol.

Pada Mac 2019, Hummels bersama Muller telah diberitahu bahawa khidmat mereka bersama skuad kebangsaan Jerman sudah tidak diperlukan lagi.

Selepas dua tahun, Joachim Low akhirnya menjilat ludahnya semula dengan memanggil kedua-dua pemain itu untuk sertai skuad Euro Jerman.

Kedua-dua mereka turut terlibat ketika kempen mengecewakan Jerman dalam saingan Piala Dunia 2018 yang mana mereka ketika itu tersingkir di peringkat kumpulan sahaja.

“Pada ketika itu (pada tahun 2018), kami ada masalah yang mana kami tak dapat keserasian bersama sebagai satu pasukan, tidak kira semasa sesi latihan mahupun ketika aksi perlawanan.”

Jelasnya kepada Kicker.

“Ia tidak akan berlaku lagi kepada kami ketika bertemu Perancis nanti. Ia tidak akan berlaku lagi kepada kami untuk hilang keserasian sebagai satu pasukan. Jujur saya katakan, perasaan kami ketika ini berbeza berbanding ketika Piala Dunia dahulu.”

“Semua orang mahu jadi satu unit, semua orang bersedia untuk korbankan diri mereka untuk pasukan. Kami boleh pergi jauh. Kami sedang berada di landasan yang betul, kami tahu yang kami ada kemampuan untuk memenangi pertandingan ini.”

BACA:  Hummels: Sane Belum Lagi Capai 'Level' Muller & Ozil Dalam Skuad Jerman