Lihat Aksi Mengagumkan Tsimikas Mengayam-ayamkan Ricardo Pereira

Kostas Tsimikas sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas gerakan super indah lagi menakjubkan beliau berjaya menghasilkan gol pertama untuk Liverpool ketika aksi kemenangan bertemu Leicester City awal pagi tadi.

The Reds berjaya menewaskan Leicester City menerusi penentuan sepakan penalti untuk melayakan diri mereka ke peringkat separuh akhir saingan EFL Cup.

Walau sekadar menurunkan skuad kedua mereka, namun The Reds tetap berjaya mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan, seterusnya menewaskan Leicester City yang menurunkan kesebelasan terbaik mereka dalam perlawanan ini.

Lebih mengagumkan lagi, skuad simpanan Liverpool mencatatkan kemenangan dalam perlawanan ini selepas mereka melakukan comeback yang dasyat dari ketinggalan 3-1, kemudiannya menjadi 3-3 untuk ke aksi penentuan sepakan penalti.

Kostas Tsimikas merupakan antara pemain paling berprestasi dalam perlawanan ini selain Takumi Minamino, Roberto Firmino dan Alex Oxlade-Chamberlain.

Beliau dari beberapa perlawanan sebelum ini turut berjaya mendapatkan pujian melambung dari para peminat kerana mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan.

Ketika ketiadaan Andrew Robertson, Kostas Tsimikas berjaya mengisi kekosongan yang ditinggalkan dengan sangat sempurna.

Aksi Kostas Tsimikas bertemu Leicester

Sama seperti ketika bertemu Leicester City awal pagi tadi, beliau turut berjaya mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Tsimikas kerap membantu jentera serangan dan beliau juga cemerlang dalam melindungi barisan pertahanan The Reds dalam perlawanan ini.

Beliau berjaya melakukan 85 sentuhan, melakukan satu clearance, melakukan dua tackle sempurna, mencipta 12 hantaran silang dengan empat darinya menepati sasaran, dua long ball dan memenangi tujuh ground duels.

Beliau jelas sekali menjadi nadi penggerak utama Liverpool ketika menyerang walaupun tidak menjaringkan sebarang gol atau mencatatkan assists.

Build up serangan yang beliau lakukan sangat sempurna dan berhak untuk mendapatkan pujian menggunung dari para peminat.

Gerakan super cantik Tsimikas punca gol pertama Liverpool jaringan Oxlade-Chamberlain

Leicester City terlebih dahulu mendahului perlawanan dengan keputusan 2-0 hasil jaringan dari Jamie Vardy pada aksi babak pertama permainan.

Alex Oxlade-Chamberlain kemudiannya berjaya meledak gol pembukaan untuk Liverpool pada minit ke-19 permainan hasil umpanan cantik dari Roberto Firmino.

Walau bagaimanapun, build up awal sebelum gol itu dihasilkan yang mahu dibincangkan di sini kerana Kostas Tsimikas telah mencipta satu gerakan yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Bermula dengan hantaran dari Minamino, Tsimikas mudah menyungkit bola untuk memperbodoh-bodohkan Ricardo Pereira sebelum beliau kemudiannya di kejar semula oleh Youri Tielemans.

Tidak peduli dengan asakan dari Tielemans, Kostas Tsimikas terus melambungkan bola cantik menemui Neco Williams yang kemudiannya menolak semula bola kepada Firmino.

Firmino yang ketika itu diasak oleh empat pemain pertahanan Leicester City di dalam kotak penalti, berjaya mengesan yang Chamberlain sedang bergerak masuk ke kotak penalti tanpa di kawal.

Beliau melorongkan bola cantik ke arah Chamberlain yang kemudiannya melepaskan rembatan padu menerjah jaring gawang gol Leicester City.

Liverpool lakukan comeback

Leicester City kemudiannya berjaya memperoleh gol ketiga mereka dalam perlawanan ini hasil jaringan super cantik dan padu dari James Maddison.

Mendahului 3-1 belum cukup untuk menjamin kemenangan kepada Leicester, dengan Liverpool walau memainkan barisan pemain simpanan berjaya melakukan aksi comeback untuk menewaskan The Foxes.

Diogo Jota di bawa masuk pada aksi babak kedua perlawanan, dan beliau berjaya membalas kepercayaan Klopp dengan menjaringkan gol kedua untuk Liverpool pada minit ke-68 permainan.

Tamat aksi 90 minit, pengadil perlawanan memberikan tambahan masa selama enam minit dan para pemain Leicester City jelas sekali sudah bersedia untuk meraikan kemenangan mereka dalam perlawanan ini.

Walau bagaimanapun, beberapa detik sahaja lagi sebelum wisel penamat dibunyikan, Liverpool berjaya memperoleh gol penyamaan mereka menerusi Takumi Minamino.

Gol jaringan dari bintang Jepun itu berjaya mengheret perlawanan ke aksi penentuan sepakan penalti, dengan Liverpool cemerlang menewaskan Leicester menerusi penentuan sepakan penalti.

Sepakan penalti

Leicester City

Youri Tielemans – gol
James Maddison – gol
Marc Albrighton – gol
Luke Thomas – diselamatkan penjaga gol
Kelechi Iheanacho – gol
Ryan Bertrand – diselamatkan penjaga gol

Liverpool

James Milner – gol
Roberto Firmino – gol
Alex Oxlade-Chamberlain – gol
Naby Keita – gol
Takumi Minamino – tersasar
Diogo Jota – gol

Sumber: Twitter

BACA:Β  Newcastle United Mahu Sailang Asensio Dari Sertai Liverpool Pada Musim Panas Ini