Lihat Aksi Peminat Cilik Ini Meniru Gol-gol Tercantik Sepanjang Zaman

Dalam sukan bola sepak untuk menang harus menjaringkan gol, jika berjaya menjaringkan gol yang cantik itu adalah bonus.

Setiap gol cantik yang terhasil sudah pasti akan mendapat perhatian dan akan dikenang oleh para peminat.

Setiap zaman dalam kancah bola sepak ada jaringan yang penuh ikonik dan tercantik sendiri. Peredaran zaman membuatkan gol-gol cantik itu kian dilupakan.

Di zaman kini, kebanyakkan peminat sudah tidak ingat lagi tentang gol ‘hand of god’ jaringan Diego Maradona ketika bertemu England.

Peminat bola sepak era baru lebih cenderung dengan jaringan ikonik yang dihasilkan oleh pemain masa kini.

Para peminat sering bermain dengan nostalgia dalam mengenang kembali gol-gol penuh ikonik terdahulu hanya melalui tontonan di youtube.

Sejak penularan wabak Covid-19 yang semakin parah dan memburuk ini, kebanyakkan negara sudah menyekat pergerakkan rakyatnya.

Sukan-sukan utama seluruh dunia turut digantung dan ada yang sudah dibatalkan.

Para peminat dan pemain sendiri kini hanya duduk diam dirumah dan melakukan aktiviti secara sihat masing-masing.

Seorang kanak-kanak telah dirakam melakukan aksi hebat ketika musim kuarantin ini dengan bermain bola sepak bersama abangnya di halaman rumah mereka.

Bekas pemain pasukan Everton, Sean O’Hanlon telah memuat naik video anaknya meniru gol-gol ikonik dan cantik dari pemain kesukaannya di Twitter.

Sungguh hebat, video itu menjadi tular dengan menerima lebih dari 130,000 like dan 27,000 re-tweets sejak semalam.

Antara aksi jaringan yang ditiru oleh anaknya adalah:

Wayne Rooney vs West Ham (2017)
Cristiano Ronaldo vs Portsmouth (2008)
Diego Maradona vs England (1986)
Ronaldinho vs Chelsea (2005)
Thierry Henry vs Manchester United (2000)
David Beckham vs Greece (2001)
Ronaldo vs Lazio (1998)
Robin van Persie vs Spain (2014)
Francesco Totti vs Inter Milan (2005)
Ryan Giggs vs Arsenal (1999)
Rivaldo vs Valencia (2001)

Semua gol yang ditiru oleh kanak-kanak itu merupakan jaringan tercantik di abad ini.

Lihat, bukan sahaja cara menjaringkan gol, cara meraikan gol pon berjaya ditiru oleh beliau dengan cukup hebat.

Selain dari berjaya memuaskan hati ratusan ribu peminat bola sepak, aksinya turut mendapat pujian dan perhatian dari AS Roma sendiri.

Bekas pasukan Totti itu memuat naik video perbandingan jaringan dari kanak-kanak itu dengan jaringan dari Totti sendiri dan memuji aksi hebat dan bijak dari kanak-kanak tersebut.

Beliau ada masa depan yang cerah dalam sukan bola sepak kalau dilihat dari cara dan aksi yang dipamerkan olehnya.

Diwaktu kuarantin dengan tiada hiburan sukan, aksi begini juga mampu menghiburkan serta mengubat kerinduan peminat terhadap aksi bola sepak.

Baca Juga

Baca Juga