Lihat Aksi Penyelamatan Atas Garisan Terbaik Dari Hinteregger

Share on facebook
Share on twitter

Pemain Eintracht Frankfurt, Martin Hinteregger semalam telah berjaya melakukan penyelamatan atas garisan yang luar biasa hebat ketika pasukannya turun bertemu Borussia Monchengladbach.

Saingan Bundesliga dan Bundesliga 2 telah kembali bersambung malam semalam selepas digantung hampir dua bulan ekoran dari penularan wabak Koronavirus.

Saingan Bundesliga merupakan Liga pertama yang telah memulakan kembali sepak mula untuk menghabiskan baki perlawanan mereka musim ini.

Semalam telah berlangsung beberapa perlawanan yang melibatkan pasukan dari Bundesliga dan Bundesliga 2 dan mereka turun beraksi dalam stadium tertutup.

Kerajaan Jerman telah memberikan kebenaran untuk saingan liga kembali bersambung tetapi harus mengikut garis panduan dan peraturan yang telah ditetapkan.

Banyak hal yang menarik telah berlaku dalam perlawanan yang dilangsungkan semalam antaranya kad merah pertama seawal minit keempat perlawanan, yang dilayangkan kepada Dennis Diekmeier.

Dan dalam aksi perlawanan yang melibatkan Frankfurt malam semalam, Hinteregger telah melakukan aksi penyelamatan atas garisan yang mengagumkan dan mendapat pujian dari peminat bola sepak seluruh dunia.

Penjaga gol Frankfurt, Kevin Trapp melakukan satu kesilapan yang menyaksikan Jonas Hofmann berada dalam kedudukan menghadap gol dengan dua rakan sepasukannya yang berada di sebelah kanan beliau.

Hinteregger pula satu-satunya pemain Frankfurt yang berada di kawasan hadapan gol pasukannya dan menjadi wira menyelamatkan bola yang hampir menerjah gawang gol mereka.

Hofmann mendapat peluang keemasan untuk menjaringkan gol selepas menerima hantaran cukup cantik dari tengah melepasi garisan pertahanan akhir lawan.

Keadaan ketika itu sudah sampai ke penghujung perlawanan dan Monchengladbach sedang mendahului perlawanan dengan keputusan 3-1.

Hofmann memutuskan untuk tidak melakukan rembatan padu ke gawang lawan dan juga tidak memikirkan untuk melakukan square pass kepada rakan sepasukannya.

Namun jika difikirkan tindakan yang dilakukan oleh Hofmann juga tidak menjadi masalah kerana beliau sememangnya berada dalam kedudukan terbaik untuk menjaringkan gol.

Apa yang sepatutnya perlu beliau lakukan adalah menewaskan dahulu Hinteregger yang berada di hadapannya.

Pemain pertahanan Austria itu menghulurkan kakinya untuk menghadang rembatan yang dilakukan oleh Hofmann. Aksi penyelamatan yang beliau lakukan mengejutkan ramai pihak.

Walaupun Frankfurt tewas dalam perlawanan tersebut, tetapi aksi penyelamatan yang dilakukan oleh Martin Hinteregger tetap mendapat perhatian ramai pihak dan aksinya itu turut menjadi tular dengan pelbagai jenis puji-pujian.

Aksi penyelamatan atas garisan yang luar biasa itu menyebabkan peminat menjadi begitu teruja dan tidak menjadi kesalahan untuk mengatakan bahawa aksi yang dilakukan itu merupakan aksi penyelamatan atas garisan yang terbaik setakat ini.

Pemain berusia 27 tahun itu juga menjadi terkenal dengan tiba-tiba selepas melakukan aksi penyelamatan yang luar biasa hebat itu.

Selain para peminat, kelabnya sendiri juga memberikan penghargaan dan pujian kepadanya dan menganggap aksinya itu antara yang terbaik dalam sedekad ini.

Beliau merebahkan badan serta menghulurkan kakinya pada waktu yang sangat tepat untuk memastikan gawang gol pasukannya tidak dibolosi.

Ianya dianggap antara hadangan dan aksi penyelamatan terbaik di dunia setakat ini yang berjaya dilakukan oleh Hinteregger.

Frankfurt tewas 3-1 dalam perlawanan tersebut dan sepertinya banyak perkara yang perlu diambil peduli oleh mereka untuk baki perlawanan seterusnya.

Borussia Monchengladbach berjaya membuka tirai jaringan seawal minit pertama perlawanan lagi menerusi Alassane Plea.

Pada minit keenam perlawanan, Monchengladbach berjaya menambah lagi jaringan menerusi bintang handalan mereka, Marcus Thuram.

Masuk babak kedua perlawanan, Ramy Bensebaini berjaya menambah jaringan untuk pasukannya dan memastikan kedudukan selesa 3-0 mengatasi Frankfurt.

Andre Silva menjaringkan gol sagu hati untuk pasukan Frankfurt pada minit-minit akhir perlawanan untuk menjadikan kedudukan 3-1.

Perlawanan tamat, Monchengladbach selesa memenangi perlawanan dengan keputusan 3-1 dan mereka kini berada dikedudukan yang betul untuk mencabar kedudukan liga dengan Bayern Munich, Borussia Dortmund dan RB Leipzig.

Share on facebook
Share on twitter
 

Baca Juga

Baca Juga