Lihat Aksi Penyokong Liverpool Bersatu Padu Bantu Budak Curi Bola

Salah seorang penyokong cilik Liverpool berjaya mencuri bola hasil bantuan dari penyokong lain di Anfield, selepas tamat aksi kemenangan 2-0 The Reds menewaskan Porto kemarin.

Aksi beliau mencuri bola itu berjaya mencuri perhatian ramai dek kerana insiden itu menunjukkan tetang betapa hebatnya semangat kerjasama para penyokong dalam memperbodohkan petugas keselamatan.

Liverpool berjaya mencatatkan kemenangan kelima mereka dalam saingan Champions League musim ini, selepas menundukkan Porto 2-0 di Anfield.

Namun memandangkan perlawanan ini sebenarnya sekadar pelengkap jadual sahaja, maka kemenangan itu tidak begitu mencuri tumpuan ramai.

Liverpool sudah sememangnya berjaya layak ke pusingan kalah mati sebagai juara kumpulan, dan kerana itulah kemenangan dalam perlawanan ini diraikan secara biasa-biasa sahaja oleh mereka.

Namun telah berlaku satu insiden yang sangat menarik, di mana salah seorang penyokong cilik Liverpool berjaya memperdaya petugas keselamatan, untuk mencuri bola perlawanan.

Kanak-kanak tersebut masuk dari tepi padang, mengambil bola dari tangan Robertson dan terus membawa lari ke sudut bertentangan.

Beliau berlari dengan sangat pantas sambil memeluk erat bola perlawanan itu dengan salah seorang petugas keselamatan berlari dari arah tepi untuk menangkap beliau.

Ketika sudah mahu sampai ke tempat duduk penonton, kanak-kanak tersebut menggunakan kebijaksanaan beliau dengan mencapakkan bola kepada penonton lain sambil beliau mengambil langkah melompat naik ke tempat duduk penonton.

Penonton lain yang menangkap bola tersebut kemudiannya menyerahkan semula bola itu kepada kanak-kanak tadi, dengan beliau kemudiannya terus lari naik ke atas mencari jalan keluar.

Sepanjang larian beliau itu, para penonton tidak henti-henti bersorak memberi sokongan kepadanya, dan ketika sudah berada di tempat duduk penonton, semua penyokong yang ada memberi ruang kepadanya untuk terus berlari.

Petugas keselamatan yang mengejar beliau menyerah, dan mengaku kalah kerana beliau sedar yang mustahil untuknya dapat mengejar penyokong kanak-kanak tersebut.

Selain insiden budak curi bola, gol jaringan Thiago Alcantara juga dianggap antara detik terhebat yang berlaku dalam perlawanan ini.

Pemain Liverpool sendiri terpukau dengan gol jaringan Thiago Alcantara

Para pemain Liverpool sendiri terpukau dan teruja melihat gol luar biasa menakjubkan yang berjaya dijaringkan oleh Thiago Alcantara ketika aksi bertemu Porto awal pagi tadi.

Thiago Alcantara menjaringkan gol half-volley yang sungguh dasyat dari jarak 25 ela untuk membantu Liverpool menewaskan Porto dalam aksi saingan Champions League.

Pemain midfield The Reds itu melepaskan rembatan half-volley dari luar kotak penalti tepat menemui penjuru gawang gol Porto dalam perlawanan yang dilangsungkan di Anfield itu.

Liverpool berjaya mencatatkan kemenangan 2-0 menewaskan gergasi Portugal itu, dengan Thiago Alcantara dan Mohamed Salah muncul sebagai penjaring gol dalam perlawanan ini.

Gol half-volley yang dijaringkan oleh Thiago Alcantara itu tidak dinafikan lagi sememangnya sangat menakjubkan dan beliau berhak untuk dipuji kerana menjaringkan gol secantik itu.

Para pemain Liverpool yang dari awal sudah mengesahkan tempat beraksi di pusingan 16 terbaik meraikan jaringan Thiago Alcantara itu dengan penuh semangat dan ramai dari mereka seakan tidak percaya melihat kehebatan gol tersebut.

Joel Matip sampai pegang kepala seolah-olah tak percaya dengan kualiti rembatan Thiago Alcantara dan beliau juga turut terpukau melihat keindahan gol tersebut.

Selain Matip, Ibrahima Konate juga turut menunjukkan reaksi teruja ketika melihat bola half-volley rembatan Thiago itu menerjah jaring gawang gol Porto.

Walau gol itu sudah cukup mengujakan dan membuat ramai terpukau, namun Thiago Alcantara sendiri merasakan yang gol itu biasa sahaja dan beliau pernah menjaringkan gol yang lebih cantik dari itu sebelum ini.

Bercakap kepada BT Sport selepas tamat perlawanan, ketika Thiago mendedahkan yang beliau pernah menjaringkan gol lebih cantik dari itu, Oxlade-Chamberlain dilihat sangat terpegun dengan jawapan dari bintang Sepanyol itu.

Ketika ditanya adakah beliau pernah menjaringkan gol lebih cantik berbanding gol yang dijaringkan bertemu Porto ini, Thiago menjawab:

“Saya rasa ya.”

Oxlade-Chamberlain yang terpukau dengan jawapan dari Thiago itu memuji rakan sepasukannya atas persembahan hebat yang mereka persembahkan dalam perlawanan ini.

Walaupun Liverpool sudah menempah tempat beraksi di pusingan kalah mati, namun aksi yang dipersembahkan oleh para pemain sudah cukup membuktikan betapa mereka mempunyai semangat juang yang sangat tinggi.

“Kami mengambil langkah lebih berhati-hati dalam perlawanan ini, ia sangat penting untuk terus kekalkan standard.”

Jelas Oxlade-Chamberlain kepada BT Sport.

“Kami bermain dengan sangat baik pada hujung minggu lalu dan kami mahu pamerkan aksi yang lebih baik pada malam ini.”

“Memang ada pertukaran tapi adalah sangat penting untuk semua pemain yang diturunkan, dapat mempamerkan aksi yang hebat dan meneruskan rentak kemenangan. Itu baru profesional. Tiga mata adalah apa yang kami mahu.”

Jurgen Klopp turut berbangga dengan persembahan anak-anak buahnya dan beliau turut tidak mampu berselindung tentang keterujaan beliau melihat kehebatan gol jaringan Thiago Alcantara itu.

Bercakap tentang aksi persembahan Liverpool dalam perlawanan ini, pengurus dari Jerman itu menyatakan bahawa:

“Ia sangat bagus. Kami boleh lakukan lebih baik, dan lebih tenang dalam situasi menjaringkan gol. Tapi ia sangat menakjubkan, yang mana ia bukan hal yang biasa berlaku untuk pasukan yang mereka tidak kerap bermain bersama.”

“Ada orang mungkin fikir yang kami akan bermain permainan yang mudah tapi kami di sini bukan untuk itu. Kami menang perlawanan dengan dua gol yang hebat. Terutama gol Thiago. Wow!”

“Terlalu banyak perkara hebat yang berlaku malam ini, kedua-dua secara individu mahupun berkumpulan. Kami ada pemain muda yang bermain, pemain baru pulih dari kecederaan dan ada pemain dapat minit ada pemain direhatkan.”

“Jika kamu ada dalam skuad kami, maksudnya kamu pemain yang bagus, ia semudah itu. Saya tak akan turunkan mana-mana pemain kalau mereka tak bersedia. Dengan Tyler Mortin dia agak terkejut sebelum sepak mula, tapi dia sudah melakukan tugasnya dengan baik dan saya sangat berbangga dia pamerkan persembahan seperti ini.”

Pemain kebangsaan Sepanyol itu memulakan kariernya di Anfield dengan sangat perlahan selepas beliau awalnya disahkan positif C0V-19 dan kemudiannya dibelenggu masalah kecederaan lutut selama tiga bulan ketika kariernya sebelum ini.

Antara aksi terhebat yang beliau pamerkan dan gol tercantik beliau sepanjang beraksi bersama Liverpool, tidak dinafikan lagi sememangnya gol ketika beraksi bertemu Porto ini.

Beliau secara tidak langsung telah membuktikan mengapa ramai yang kagum dengannya dan mengapa Klopp benar-benar mahu mendapatkan khidmatnya sebelum ini.

Sumber: Anfield Watch

BACA:  Klopp Bingung Dengan Keberkesanan VAR, Dakwa Gol Pertama Chelsea Sebenarnya Offside