Lihat Aksi Pesilat Jelita Ini Menumbuk Durian Hingga Bersepai

Indonesia merupakan negara yang cukup terkenal dengan seni persilatan. Mereka mempunyai ramai pesilat handalan dunia.

Chintya Candranaya merupakan salah seorang pesilat terkenal dari Indonesia. Pesilat cantik manis ini sering memuat naik aksi persilatannya di laman sosial milik beliau.

Terbaru, beliau telah memuat naik video yang agak menggemparkan di laman sosial Instagram miliknya.

Chintya sememangnya dikenali dengan aksi yang agak mengerikan untuk seorang wanita. Beliau sering memuat naik video yang sarat dengan aksi luar biasa.

Kali ini beliau telah memuat naik video yang memperlihatkan dirinya menunjukkan skil untuk membelah durian dengan hanya satu tumbukan.

Aksi itu telah di Kongsikan olehnya di lama Instagram beliau @chintyacandrayana.

Untuk yang tidak pernah mengikuti beliau, mungkin boleh pergi menziarahi Instagramnya untuk melihat aksi-aksi seni silat beliau.

Chintya membelah durian dengan tangan kosong bahkan beliau turut tidak mengenakan sarung tangan.

Dengan satu hayunan saja cukup untuk melihat durian itu bersepai jadinya. Cuba bayangkan kalau kena dekat kepala apa akan jadi?

Chintya turut bercanda dengan menyatakan itu adalah cara paling bersih kalau nak belah durian. Tapi sayangnya, durian itu pula tidak boleh di makan.

Menurut Chintya:

β€œDurian punch, adalah cara membelah buah durian paling mudah di dunia. Dapat cabaran untuk membelah buah durian, tapi hujungnya tidak boleh di makan.”

Kebanyakkan yang komen yang ditinggalkan dalam video itu memuji dan sangat mengagumi kehebatan Chintya.

Malah sampai ada pengikutnya yang seram sejuk melihat aksi hebat dari pesilat wanita cantik itu.

β€œMasyaAllah batunya ikutan pecah”

Antara komen yang kagum melihat hayunan Chintya bukan saja melunyaikan durian tetapi sekali dengan batu berderai dek penangan dari tumbukan Chintya.

Mungkin akan ada yang tertanya-tanya siapakah Chintya? Kenapa tak pernah tahu pasal dia?

Chintya Candranaya merupakan seorang pesilat berasal dari Lampung, Indonesia. Beliau adalah ahli silat dari persatuan Persaudaraan Harimau Utara.

Nama Chintya mulai tular ketika beliau memuat naik video aksi melakukan push up dengan hanya menggunakan satu jari.

Dek kerana video itu namanya mulai dikenali di Indonesia. Ramai yang terkesima melihat keupayaan beliau sehingga Chintya dianggap sebagai seorang wanita besi.

Chintya mendapat ramai pengikut kerana konten yang beliau bawa adalah berkaitan dengan seni persilatan.

Gaya bersahaja yang menarik dan mengejutkan adalah punca utama ramai orang tertarik untuk mengikutinya.

Selain dari itu, beliau juga kerap memuat naik video penuh aksi yang membuatkan pengikutnya terkedu dan rasa seram. Maka dari situ semakin ramai yang minat untuk mengikutinya.

Chintya juga pernah memuat naik video beliau menyepak batang paip besi. Keting kaki dia diperbuat dari apa ni? Kalau dia rembat kepala orang entah apa nasib orang tu.

Chintya Candranaya sangat mahir dalam seni bela diri silat baik dengan tangan kosong mahupun dengan senjata.

Ramai yang mahu tahu dari mana beliau belajar, tetapi Chintya Candranaya menegaskan bahawa beliau tidak boleh bercerita banyak tentang gurunya.

Kekuatan fizikal beliau sangat luar biasa dan mengagumkan. Chintya Candranaya juga memiliki ketangkasan yang sangat tinggi.

Selain dari memiliki kekuatan di bahagian tangannya, Chintya juga mempunyai gaya sepakan menggunakan kaki yang sangat pantas.

Menurut Chintya, beliau sudah mula berminat dengan ilmu persilatan ini sejak seawal usia 7 tahun.

Kerana mempunyai minat yang begitu luar biasa terhadap seni silat bela diri, Chintya semakin serius mendalami ilmu tersebut untuk melindungi dirinya.

Tiada siapa dalam keluarganya yang mempunyai latar belakang dalam ilmu persilatan melainkan bapa saudaranya.

Dan Bapa saudaranya lah yang menjadi guru pertama untuk Chintya Candranaya ketika beliau masih kecil.

β€œApa yang penting kalau mahu mendalami ilmu persilatan ini adalah menjaga disiplin, kalau sikit-sikit nak merengek memang susah mahu mendalami ilmu seni silat ini.”

Nasihat dari Chintya Candranaya jika mahu benar-benar mahu mendalami ilmu persilatan.

Baca Juga

Baca Juga