Baru-baru ini tular satu video yang memperlihatkan sekumpulan remaja di Thailand bermain sepak takraw.
Permainan sepak takraw sudah sinonim dengan masyarakat di benua Asia Tenggara seperti Thailand, Malaysia, Indonesia, Myanmar, Singapore dan lain-lain.
Tetapi beberapa tahun kebelakangan ini negara seperti Korea dan Jepun juga sudah mula menjadi kuasa besar dalam kancah sepak takraw dunia.
Baru-baru ini tular satu video memperlihatkan seorang yang bersosok seperti perempuan bermain sepak takraw bersama rakan-rakannya.
Video itu bermula dengan gaya ala model cat walk oleh seorang sosok yang bernama Prakhrong Srisuwan.
Beliau memakai seluar pendek, berbaju lengan panjang berwarna merah jambu, berambut perang dan mungkin memakai kasut berjenama Bata.
Selepas cat walk dengan penuh keayuan, Prakhrong terus masuk ke gelanggang dan menerima bola lambung service dari pasukan lawan yang dibarisi oleh tiga orang lelaki.
Beliau mengangkat kemas melambungkan bola itu ke udara dan disambung oleh tekong pasukannya untuk mengangkat bola kedua lalu di libas semula oleh beliau ke gelanggang lawan.
Bola libasan padunya itu tidak berjaya di jawab oleh pasukan lawan. Bukan sekali tetapi berkali-kali beliau melakukan pelbagai skill merejam bola padu ke gelanggang lawan.
Pihak lawan ternyata tidak mampu untuk berbuat apa-apa dengan kelajuan bola dan kelincahan kaki Prakhrong yang sentiasa menanti untuk melibas bola.
Sesekali kelihatan beliau sekadar menunggu di hadapan jaring menanti bola tinggi lalu menapak bola itu ke gelanggang lawan.
Aksinya kelihatan seperti seorang pemain takraw profesional. Kemudian pasukannya menukar tekong dengan memasukkan pemain simpanan mereka.
Tekong simpanan mereka kelihatan seperti seorang gadis yang dilihat memakai baju berwarna pelangi, berseluar pendek dan berambut panjang.
Selain handal melibas bola menggunakan kaki, beliau juga hebat dalam menggunakan kepalanya. Beberapa kali pasukan lawan tertewas dengan tandukan padu darinya.
Di penghujung video kelihatan feeder pasukan beliau menimang bola kemas dan melambungkan kepada Prakhrong lalu beliau melibas bola masuk ke gelanggang lawan.
Sepertinya bola libasan Prakhrong tepat mengenai kelengkang pemain lawan kerena dilihat beliau seakan senak dan terbaring menahan kesakitan.
Prakhrong tersenyum malu selepas melihat pihak lawan terbaring kerana mengalami kesakitan di bahagian itu.
Siapa sangka beliau yang lemah lembut diluar padang ternyata hebat dan handal melibas serta beraksi akrobatik di dalam gelanggang sepak takraw.
Keputusan penuh perlawanan tidak dapat dipastikan kerana video yang tersebar terhenti selepas pemain lawan tumbang kena bola di celah kangkang.