Lihat Aksi Vince McMahon Workouts Walau Sudah Berusia 74 Tahun

Vince McMahon dikenali sebagai salah seorang ahli perniagaan paling berjaya dan paling bekerja kerja keras di dunia.

Beliau merupakan pemilik kepada syarikat gusti terkenal di dunia, WWE. Peminat sukan gusti seluruh dunia pasti kenal dan kagum dengan sosok bernama Vince McMahon itu.

Untuk menjadikan syarikat perusahaan beliau sehebat sekarang dan memperoleh aset lebih dari $2 billion, Vince terkenal dengan sikap rajin dan kerja kerasnya.

Walau sudah menguasai dunia perniagaan gusti ini selama lebih dua dekad, McMahon tidak pernah berhenti berusaha.

Tahun lalu, menantunya, Triple H telah mendedahkan bagaimana gigihnya Vince bekerja walau sudah berstatus warga emas.

“Vince adalah antara orang paling bekerja keras yang pernah saya jumpa selama ini,”

Jelas Triple H kepada Daily Star.

“Sangat sukar sebenarnya untuk saya meluangkan masa bersamanya. Sangat luar biasa, dia masih berlatih setiap hari, dia masih buat semuanya, tangan dia tak berhenti buat kerja.”

Selain dari menghabiskan masa untuk menguruskan WWE, Vince akan menggunakan masa terluang untuk bersenam di gym.

Pasti sukar untuk dipercayai dengan usia 74 tahun beliau masih kuat untuk bersenam. Minggu lalu, Sheamus mendedahkan bahawa Vince adalah rakan gym impian beliau.

Menurut Sheamus, di usia seperti sekarang Vince masih kuat dan dia seperti robot yang tak pernah kenal erti penat.

“Beliau umpama mesin, kawan. Saya pernah dengar cerita dia melakukan suqatting dengan beban 700 pounds! Saya sendiri tak mampu nak buat. Saya tak pernah terfikir saya boleh squat dengan beban 700 pounds!”

Cerita Sheamus kepada JOE.

“Dia luar biasa kalau dalam gym, kadang kala dia berlatih sampai pukul 2 pagi. Vince adalah partner idaman saya untuk diajak mengadakan rancangan 100 episode Celtic Warrior Workouts”

Ia sangat luar biasa hebat. 700 pounds bersamaan dengan 317kg. Bermakna setiap bar itu begini :

Tujuh plates 20 kg
Satu plates 5 kg
Satu plates 2.5 kg
Satu plates 1.25 kg

Memang tak masuk akan seorang lelaki berusia 74 tahun masih mengamalkan senaman secara berat seperti ini.

Menurut artikel yang dikeluarkan oleh Rippeder, Vince akan bersenam seminggu empat kali dan diselang selikan dengan dua kali senaman berat dan dua kali senaman sederhana.

Dalam empat hari itu beliau akan focus pada semua bahagian dari dada, triceps, punggung, biceps, dan kaki. CEO WWE ini benar-benar luar biasa hebat.

BACA:  Ronda Rousey Secara Rasmi Sertai WWE, Triple H Jadi Mangsa Pertama