Bintang Liverpool, Mohamed Salah berdepan satu lagi masalah luar padang selepas alamat rumahnya di Egypt telah dibocorkan oleh pihak tertentu.
Perkara ini menyebabkan rumah beliau diserbu ratusan peminat Egypt yang berkumpul di hadapan rumah beliau berikutan tersebarnya berita Salah ingin bersara dari pentas antarabangsa.
Salah kini berada di kampung halamannya bersama keluarga beliau selepas Egypt tersingkir awal dari Piala Dunia 2018 tanpa memungut sebarang mata. Mereka tewas ketiga-tiga perlawanan peringkat kumpulan di tangan Uruguay, Russia dan Arab Saudi.
Salah merupakan harapan utama untuk negaranya di Piala Dunia tetapi gagal mempamerkan prestasi sebenar beliau kerana masalah kecederaan bahu yang dikutipnya dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah bulan lalu.
Beliau hanya beraksi 2 dari 3 perlawanan Egypt di Russia.
Crowds gather outside @MoSalah’s home in #Egypt after his address was leaked on Facebook . So what does he do? He comes out to greet people and sign autographs…
We are not worthy of #MoSalah pic.twitter.com/85tlob2bDB— shaimaa khalil BBC (@Shaimaakhalil) June 29, 2018
Walaubagaimanapun, peminat fanatik Egypt tidak mahu melepaskan peluang untuk berjumpa dengan hero mereka itu apabila alamat rumah Salah dibocorkan oleh pihak tertentu di laman sosial Facebook.
Akibat dari tindakan tersebut, jalan yang menghala ke rumah Salah dipenuhi kenderaan dan ratusan peminat dilihat berdiri di hadapan rumah Salah untuk berjumpa dengan pemain berkenaan.
I feel sorry for @MoSalah.
I didn't even know he was here. its literally shocking to see a massive amount of people gathered around his house ,and the traffic was unbearable! I know that people love him but at least give him some personal space! #MoSalah #محمد_صلاح pic.twitter.com/n2aA5W7Xp6— roro (@heavenlyyy000) June 29, 2018
Kebiasaannya, pemain ternama dunia akan berasa takut untuk menghadapi insiden sedemikian rupa tetapi Salah mempunyai idea lain. Salah tidak membiarkan peminatnya menunggu terlalu lama di luar rumahnya dan keluar untuk berjumpa dengan mereka.
Beliau beramah mesra dengan peminat dan juga sempat memberikan autograph.
Kekecohan ini sebenarnya berlaku kerana berita yang tular mengatakan bekas pemain Chelsea dan AS Roma ini mahu meninggalkan skuad kebangsaan berikutan beliau telah dijadikan alat politik oleh presdien Egyptian Football Association (EFA) and pemimpin Chechnya, Ramzan Kadyrov.
Dalam perkembangan lain pula, EFA telah menafikan berita persaraan Salah dan badan bola sepak itu juga tidak pernah mengadakan perbincangan dengan Salah bagi membincangkan perkara tersebut.
Salah juga tidak mempunyai sebarang perancangan untuk bersara dari skuad kebangsaan dalam masa terdekat ini.
“Kami sering diberitahu tahu mengenai setiap keputusan yang diambil oleh Mohamed Salah. Kami menghabiskan masa berhari-hari bersama dan Salah tidak pernah berbincang mengenai isu ini dengan mana-mana wakil kami.”
Mengenai kritikan yang diterima Salah selepas beliau menerima kerakyatan daripada pemimpin Chechnya, Persekutuan Bola Sepak Mesir berkata mereka hanya berada di Russia atas sebab bola sepak dan tidak terlibat dalam sebarang aktiviti politik.
“Kami berada di sini untuk menghadiri kejohanan bola sepak dan kami mengikuti segala langkah yang telah ditetapkan oleh FIFA. Kami tidak berbincang mengenai politik, dan jika terdapat sebarang perbincangan mengenai politik, setiap aduan harus ditujukan kepada FIFA.”