Lihat Assist Tercantik Dekad Ini Dari Karim Benzema

Karim Benzema terus menjadi perhatian ramai sejak kembalinya saingan bola sepak yang digantung sebelum ini. Beliau terus mempamerkan aksi cemerlang sebagai penggempur utama untuk Los Blancos.

Sebelum ini Karim Benzema berjaya menjaringkan gol yang membolehkan pasukan beliau berada di puncak saingan La Liga.

Kali ini Benzema sekali lagi mencuri tumpuan dengan mencipta assist yang sangat licik dan menggoda. Dan beliau sekali lagi berjaya membantu Real Madrid memintas Barcelona di puncak liga dengan kelebihan 2 mata.

Benzema melakukan assist menggunakan teknik backheel yang mana ianya dilakukan ketika dirinya sedang diasak oleh pertahanan lawan.

Bola hantaran backheel cantik dari beliau disambar oleh Casemiro untuk gol kemenangan buat Los Blancos pada masa kecederaan separuh masa pertama perlawanan.

Karim Benzema turut memberikan impak luar biasa ketika aksi dalam perlawanan menentang Espanyol dan assist yang beliau lakukan mendapat pujian dari rakan sepasukannya, Casemiro.

Casemiro menegaskan bahawa gol yang beliau jaringkan itu merupakan jaringan milik Benzema kerana beliaulah yang menjadikan perkara mustahil kepada tidak mustahil.

“Ini adalah gol Karim. Kami terbiasa dengan kualiti yang dia miliki dan aksi menarik yang beliau tampilkan. Saya harus meraikan jaringan tersebut bersamanya kerana dialah yang selayaknya diberi penghargaan kepada jaringan tersebut.”

“Kita tahu kualiti yang dia ada dan itulah mengapa saya berani meminta bola darinya, kerana saya tahu dia pasti akan hantar bola dengan tepat kepada saya.”

Jelas Casemiro kepada Marca.

Sama seperti Casemiro, pengurus pasukan Real Madrid, Zinedine Zidane turut sama memuji kualiti permainan yang dipersembahkan oleh Benzema.

“Saya tidak terkejut dengan apa pun yang dilakukan oleh Benzema. Dia adalah pemain yang mampu menunjukkan sesuatu ketika beraksi di atas padang. Kawalan bola, tumit dan kesemuanya sungguh luar biasa hebat.”

Para peminat turut membandingkan assist yang Benzema lakukan dengan yang pernah dilakukan oleh Guti. Malah ramai yang beranggapan bahawa teknik itu juga dipelajari dari legenda tersebut.

Hal ini kerana ketika Guti melakukan assist tersebut, Benzema adalah penjaring golnya.

Ramai yang mulai membandingkan assist itu dengan Guti. Malah ada yang menyatakan Benzema belajar daripadanya.

Ini kerana ketika Guti melakukan assist tersebut Benzema lah yang menjadi penjaring golnya.

Dengan kemenangan yang berjaya dicatatkan itu, Real Madrid kini terus memimpin carta liga dengan kelebihan dua mata mengatasi Barcelona.

Benzema juga telah berjaya menyelesaikan masalah prestasi pemain serangan yang dihidapi oleh Real Madrid sebelum ini dengan mempamerkan aksi terbaiknya.

Karim Benzema masih lagi boleh dikategorikan sebagai pemain nombor sembilan terbaik Real Madrid walau beliau sudah berusia.

BACA:  Benzema Anggap Siapa Saja Kritik Messi Dia Sebenarnya Buta Bola Sepak