Lihat Bagaimana McGregor Menyantuni Cowboy Selepas Tewas Teruk

Petarung Ultimate Fighting Championship(UFC) tersohor, Conor McGregor telah menyantuni Donald Cowboy Cerrone, lawan yang tewas teruk selepas pertarungan berakhir secara Knockout(KO).

Conor McGregor tidak meraikan kemenangan beliau secara berlebihan dan kelihatan sangat tenang selepas mencatatkan kemenangan penuh bergaya dalam tempoh 40 saat.

Beberapa saat selepas menang Mcgegor telah ke hujung Octagon dan segera kembali kepada Cowboy yang masih tidak bangun dan kesakitan.

McGregor segera memeluk lawannya itu dan melontarkan kata-kata semangat sebelum mencium dahi Cowboy lalu berlalu pergi.

Conor McGregor sememangnya terkenal dengan sikap liar, angkuh, sombong dan kurang ajar tanpa sempadan tidak kira di mana berasa samada di dalam atau di luar gelanggang.

Sebelum ini McGregor tampin dengan pelbagai kontroversi dan insiden pergaduhan. McGregor pernah bergaduh dan mengejar lalu memecahkan tingkap bas dinaiki Khabib Nurmagomedov.

Dalam promosi perlawanan beliau menentang Floys Mayweater, Mcgregor telah memaki hamun the Money dengan teruk sekali yang disifatkan sebagai rasis dan perkauman.

Pada April 2019 menyaksikan rakaman video McGregor menumbuk seorang warga emas di The Marble Arch Pub di Dublin kerana menolak minuman yang dipelawa oleh Mcgregor.

Ekoran ditumbuk oleh McGregor, warga emas itu mengalami trauma yang agak teruk dan dilaporkan takut untuk keluar dari rumah selama seminggu.

Kali terakhir pertarungan McGregor adalah pada Oktober 2018 di mana beliau telah berkicap dibelasah Khabib sebelum tewas dalam dakapan Khabib.

Kerana mulutnya sebelum perlawanan menyebabkan Khabib mengamuk dan melompat keluar gelanggang menyerang ahli pasukan McGregor.

Tidak cukup dengan itu, ahli pasukan Khabib pula telah memukul McGregor yang lemah longlai di dalam gelanggang Octagon.

Conor McGregor mengejutkan ramai pihak apabila tampil dengan rendah diri dan sopan ketika sidang media pertarungan menentang Donald ‘Cowboy’ Cerrone di UFC 24

Ketika sidang media MgcGregor bukan sahaja berkelakuan sopan malah sempat melontarkan pujian kepada lawannya itu.

“Aku hormati beliau walaupun akan berlaku pertumpahan darah pada 18 Januari dan bukan teruk sangat pun.”

“Cantik kot kau bro. Kulit buaya ke tu?” Cowboy segera menjawab itu kulit ular.”

Perubahan McGregor menjadi lelaki budiman dan sopan jelas kelihatan dan terbukti ketika beliau berdepan muka ke muka dengan Cowboy.

McGregor telah bersalaman dengan Cowboy dan bertentang mata tanpa sebarang carutan keluar daripada mulut puaka beliau.

Beliau kemudian bersalaman sekali lagi dengan petarung dari Amerika Syarikat sebelum beransur pergi.

McGregor Menang Dalam Tempoh 40 Saat

McGregor mengasak seawal saat pertama dan Cowboy tampak melawan dengan keras pada mula dan mula menjarakkan diri selepas satu serangan lutut hinggap ke muka.

Cowboy mula takut untuk berlawan secara rapat dengan McGregor dan cuba menari-nari di atas gelanggang sambil cuba melepaskan tendangan.

Namun tendangan sisi atau sidekick McGregor ke sebelah kanan kepala Cowboy disusuli dengan lutut terbang merupakan satu detik penyudah buat Cowboy.

Tendangan itu membuatkan Cowboy goyah dan McGgregor mengambil kesempatan dengan tumbukan padu bertubi-tubilagi laju-laju sehingga rapat ke jaring.

Tiada apa yang mampu dilakukan oleh Cowboy yang terduduk rapat dijaring dengan McGregor meneruskan tumbukan tanpa bayang.

Pengadil datang menyelematkan Cowboy dari sebarang kecederaan yang parah pada saat ke-40.

Baca Juga

Baca Juga