Lihat Bagaimana Mourinho Menyantuni Pemain Manchester United Selepas Perlawanan

Jose Mourinho kembali ke Old Trafford kali ini sebagai pengurus Tottenham Hotspurs dan Mourinho tidak mengharapkan sambuatan yang mesra kerana sedar beliau hadir sebagai lawan kali ini.

Ini merupakan perlawanan ke-3 Mourinho bersama Spurs di Premier League dan jika menang perlawanan ini, Mourinho akan menjadi pengurus Spurs pertama menang 3 perlawanan pertama dalam sejarah kelab.

Tapi itu tidak terjadi dan pasukan Mourinho tewas 2-1 hasil dua gol pemain yang pernah dibimbingnya Marcus Rashford manakala Dele Alli penjaring gol saguhati buat Tottenham Hotspur.

Ketika tiba di Old Trafford, Jose Mourinho telah menyapa semua petugas yang beliau kenali yang berada di pintu masuk ke bilik persalinan pasukan lawan.

Mourinho dilihat menyapa lalu bersalaman dan berpelukan dengan mereka yang ada disitu dengan penuh kemesraan.

Selepas perlawanan yang menyaksikan kemenangan berpihak kepada Setan Merah, Jose Mourinho telah turun padang untuk menyapa dan mengucapakan tahniah kepada bekas anak buahnya.

Ketika di Old Trafford telah tercetus perbalahan berprofil tinggi antara Jose Mourinho dengan pemain terutamanya Paul Pogba dan Luke Shaw.

Namun selepas perlawanan Mourinho telah menyantuni pemain Manchester United dengan penuh kemesraan tapi takda la pula Mourinho tanya, ‘You Suka?’

https://twitter.com/mufcaways_/status/1202338774920904704

Jose Mourinho telah dipecat oleh Manchester United dan digantikan oleh Ole Gunnar Solskjaer sebagai jurulatih sementara dan kerana prestasi cemerlang Ole telah diberikan jawatan tetap.

Selepan disahkan jawatan Ole telah mengalami masalah prestasi yang merudum sehingga ke hari kecuali berdepan dengan pasukan 6 teratas anak buah Ole akan bermain dengan cemerlang.

Lawan pasukan bawahan Manchester United akan bergelut untuk menang dan akhirnya seri walaupun kelihatan selesa mendahului.

Ole seorang scammer? Tapi berani betul Ole main kepala Mourinho.

Baca Juga

Baca Juga