Lihat Bagaimana Yoe Parey Mengambil Sepakan Penalti

Ketika ini semua sukan digantung kerana penularan Coronavirus yang menjadi satu pandemik di seluruh dunia, marilah kita saksikan bagaimana Yoe Parey mengambil sepakan penalti.

Muhammad Ashrul Hakim Lukman atau nama pentasnya Yoe Parey meniti detik popular selepas berlakon dalam Drama Spontan bersama Syahmi Sazli Production.

Drama yang disiarkan di laman Facebook dan Youtube itu telah mendapat hati di kalangan warga netizen sehingga mendapat perhatian pihak media perdana.

Astro melalui program Meletup telah menjemput Yoe Parey serta beberapa syraikat televisyen yang lain.

Yoe Parey juga pernah menjadi tetamu undangan kumpulan Bocey dalam rancangan Maharaja Lawak Mega.

Lebih menarik ketika berlakon Yoe Parey menggunakan dialek Kelantan, namun semua itu tidak menjadi penghalang buat netizen untuk memahami drama yang dilakonkan.

Dua minggu lalu, Syahmi Sazli telah merakamkan aksi Yoe Parey membuat sepakan penalti.

Yoe Parey lengkap berkasut bola dan berstokin dengan set jersi warna merah persis pemain bola sepak profesional.

Sepakan pertama Yoe Parey tidak masuk dan jauh tersasar ke kiri gawang.

“Kaki buto.” Ujar Syahmi sambil gelak.

Sepakan kedua pula hinggap ke palang dan bola kembali semula ke arah Yoe Parey.

Drama spontan gandingan Yoe Parey dan Hasif sudah pasti menggeletek jiwa anda usai menyaksikan video lakonan mereka.

Baca Juga

Baca Juga