Lihat Dua Kesilapan Tidak Masuk Akal Varane Membuatkan Real Madrid Terciduk

Bukan satu tapi dua kesilapan tidak masuk akal daripada pemain pertahanan Real Madrid, Raphael Varane telah membuatkan Real Madrid terciduk di kaki Manchester City.

Real Madrid tersingkir daripada saingan Champions League peringkat 16 terbaik dengan agregat 4-2 selepas tewas dua perlawanan dengan jaringan 2-1.

Kesemua gol Manchester City dalam perlawanan ini hasil kesilapan tidak masuk akal Raphael Varane merupakan pemenang Piala Dunia dan pelbagai gelaran lagi bersama Real Madrid.

Raphael Xavier Varane(Sebutan Perancis: ​[ʁafaɛl vaʁan]) lahir pada 25 April 1993 yang merupakan pemain pertahanan tengah bagi kelab Real Madrid dan kini merupakan benteng penting Perancis.

Mula bermain bola sepak diperingkat remaja bersama Hellemmes pada tahun 2000 kemudian pada usia 9 tahun Varane terus mengasah dan mengembangkan bakatnya di akademi Lens selama 8 tahun dari tahun 2002 hingga 2010.

Kesilapan Pertama Varane

Seawal minit ke-9 lagi City sudah berjaya berada dihadapan untuk terus menjarakkan agregat dan memberi mereke kelegaan dan sudah pasti menambah tekanan kepada Real Madrid.

Percubaan Real Madrid yang cuba bermain dari bawah memakan diri. Thibaut Courtois telah menghantar bola kepada Eder Milito dan bola dikembalikan semula.

Selepas menerima kembali bola, Courtois menghantar pula bola kepada Raphael Varane yang berada disebelah kanan beliau.

Dengan tidak semena-mena Varane menggelabah tenuk selepas ditekan oleh Gabriel Jesus yang menerpa bak harimau yang lapar.

Keadaan ini menyebabkan Varane panik dan membawa bola ke arah gawang sendiri sebelum berjaya dirampas Jesus yang membuat hantaran kepada Raheem Sterling yang tidak dikawal.

Mudah buat Sterling menolak masuk bola ke gawang yang terbuka. Namun satu kesilapan mungkin tidak cukup buat Varane.

Kesilapan Kedua Varane

Pada minit ke-68, Real Madrid sekali lagi dihukum oleh Raphael Varane yang sekali lagi melakukan kesilapan apabila gagal mengeluarkan bola.

Rodri membuat satu hantaran panjang yang menghasilkan satu gelembung buaya, Varane cuba untuk menanduk tetapi gagal mengenai sasaran.

Varane mencuba lagi dan membuat satu tandukan ke belakang mencari Courtois tetapi sundulan ke belakang itu disusuli dengan kekuatan leher yang cukup.

Bola itu berada dalam jaluran larian Jesus yang tanpa perlu berfikir panjang pantas menyambar dan melakukan satu sedikit untuk meletakkan bola ke gawang.

Courtois yang berlari keluar mendapatkan tidak mampu melakukan apa-apa selain melihat bola meleleh masuk ke gawang. Pedih.

Dalam perlawanan ini gol saguhati Real Madrid telah dijaringkan oleh Karim Benzema melalui satu sundulan tajam.

Zinedine Zidane yang tidak pernah tewas dalam perlawanan peringkat kalah mati Champions League sebagai pengurus akhirnya menikmati rasa sebuah kekalahan.

Di peringkat suka akhir, Manchester City akan bertemu akan bertemu Lyon yang berjaya mengejutkan Juventus.

BACA:  Varane Pemain Pertama Beri Reaksi Kepada Kontroversi Ronaldo