Lihat Kembali Aksi Dungu Balotelli Menentang LA Galaxy

Mario Balotelli menyertai Manchester City dengan reputasi yang sangat baik dan para peminat gembira dengan kedatangannya.

Penyerang kebangsaan Itali itu, dianggap sebagai prospek masa depan dan pemain muda terbaik dunia ketika itu.

Balotelli menyertai Manchester City pada tahun 2010 dengan yuran perpindahan bernilai €21.8 juta.

Walau bagaimanapun kerjayanya di Manchester City dicemari dengan kontroversi yang melibatkan dalam dan luar padang.

Salah satu kontroversi paling buruk sepanjang beliau bersama City berlaku pada musim panas tahun 2011.

Balotelli adalah antara pemain yang mewakili City untuk satu perlawanan persahabatan menentang LA Galaxy di United States Amerika.

Balotelli bermula dengan baik selepas berjaya menjaringkan gol pembukaan untuk City mendahului LA Galaxy menerusi sepakan penalti.

Selepas tiga puluh minit berlalu, entah apa yang merasuk diri Balotelli, beliau telah membuat tindakan dungu di hadapan gol lawan.

Perbuatan dungunya itu mendapat liputan meluas dan menjadi tajuk utama setiap media sukan yang ada.

Beliau mendapat peluang keemasan untuk menjaringkan gol kedua buat City dan peribadinya ketika itu tetapi dipersiakan dengan tindakan bodoh.

Beliau boleh menghantar bola kepada Dzeko untuk menjaringkan gol tetapi Balotelli lebih memilih untuk membuat trick-shot yang sia-sia.

Tindakannya itu membuatkan Dzeko berasa sangat marah dan seolah tidak percaya melihat rakan sepasukannya boleh membuat aksi sedungu itu dalam perlawanan persahabatan.

Roberto Mancini juga tidak gembira melihat tindakan bintang Itali itu lalu mengeluarkan beliau dari padang.

Balotelli bertengkar dengan Mancini diluar padang kerana beliau tidak berpuas hati dengan keputusan pengurus pasukannya yang menggantikan beliau dengan pemain lain.

Beberapa hari lalu, akaun twitter MLS meyiarkan semula aksi dungu Balotelli itu:

Menurut Balotelli, beliau menyangka pengadil telah memberhentikan perlawanan kerana itu beliau membuang bola.

Tetapi alasan itu tidak diterima oleh Mancini dan beliau telah menghentam Balotelli dalam temu bual selepas perlawanan.

“saya harap ini pengajaran untuk dia.”

Jelas Roberto Mancini kepada BBC.

“Jika dia(Balotelli) serius dia boleh bermain selama 90 minit tapi kalau dia nak main-main baik dia keluar dan duduk di bangku simpanan.”

“Dalam dunia bola sepak semua orang harus bersikap profesional, sentiasa serius dan bagi saya dia tidak profesional.”

“Dia kena faham yang dia harus selalu bersikap lebih matang dalam semua perlawanan. Bukan cuma dalam separuh akhir atau perlawanan akhir saja tapi semua perlawanan tu penting.”

“Dia tahu yang dia dah buat silap. Bola sepak kena selalu serius dan jika ada peluang untuk menjaringkan gol harus dimanfaatkan bukan sia-siakan.”

“Mario muda lagi, saya nak tolong dia, itu saja. Keluarkan dia selepas 30 minit adalah hukuman yang setimpal untuk dia. Saya tahu bukan mudah untuk dia terima tapi dia harus diberi pelajaran.”

Ketika di tanya tentang alasan Balotelli yang mendakwa beliau fikir pengadil sudah menghentikan perlawanan, Mancini menjawab :

“Itu dalam bahasa Itali. Dalam bahasa Inggeris, saya sukar memberikan terjemahannya kepada anda. Tetapi Mario berada di kedudukan yang betul, dia sendiri tahu dia tak offside.”

Selepas meninggalkan City, Balotelli telah berkelana menyertai pelbagai pasukan dan kerjaya beliau sudah tidak segemilang ketika beliau masih remaja.

BACA:  Zlatan Ibrahimovic Pernah Suruh Balotelli Berhenti Main Bola