Lihat Kembali Nilai Tertinggi Pemain Pada Tahun 2010

Di zaman kini nilai untuk seseorang pemain bola sepak profesional menjadi sangat bernilai hingga mencecah ratusan juta.

Tetapi jika digandingkan dengan nilai pemain 10 tahun dahulu sangat jauh bezanya.

Bintang sensasi Barcelona, Lionel Messi merupakan pemain paling bernilai pada tahun 2010 dengan nilai €100 juta.

Messi menjadi pemain paling bernilai ketika itu dengan diikuti oleh bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo yang bernilai €90 juta.

Pemain bintang lain ketika itu seperti Xavi, Andres Iniesta dan Kaka sekadar menduduki tempat ke tiga, empat dan lima sahaja dalam senarai pemain paling bernilai waktu itu.

Senarai 10 pemain paling bernilai pada ketika itu dilengkapkan oleh pemain seperti Cesc Fabregas, Wayne Rooney, Fernando Torres dan Frank Ribery.

Pemain lain seperti Steven Gerrard, Frank Lampard, Samuel Eto’o, Sergio Aguero dan Karem Benzema turut mendapat tempat dalam senarai 25 pemain paling bernilai ketika itu.

Berikut senarai lengkap 25 pemain paling bernilai pada tahun 2010 menurut sumber dari Transfermarkt.

25 Pemain Paling Bernilai 2010:

25. Karim Benzema (Real Madrid) – €35 juta

24. John Terry (Chelsea) – €35 juta

23. Xabi Alonso (Real Madrid) – €35 juta

22. Gerard Pique (Barcelona) – €35 juta

21. Sergio Aguero (Atletico Madrid) – €36 juta

20. Michael Essien (Chelsea) – €38 juta

19. Daniele De Rossi (AS Roma) – €38 juta

18. Gonzalo Higuain (Real Madrid) – €38 juta

17. Didier Drogba (Chelsea) – €38 juta

16. Samuel Eto’o (Inter Milan) – €40 juta

15. Arjen Robben (Bayern Munich) – €40 juta

14. Wesley Sneijder (Inter Milan) – €45 juta

13. Frank Lampard (Chelsea) – €45 juta

12. Zlatan Ibrahimovic (Barcelona) – €46 juta

11. Steven Gerrard (Liverpool) – €50 juta

10. Franck Ribery (Bayern Munich) – €50 juta

9. Fernando Torres (Liverpool) – €50 juta

8. David Villa (Barcelona) – €50 juta

7. Wayne Rooney (Manchester United) – €55 juta

6. Cesc Fabregas (Arsenal) – €55 juta

5. Kaka (Real Madrid) – €60 juta

4. Andres Iniesta (Barcelona) – €60 juta

3. Xavi (Barcelona) – €65 juta

2. Cristiano Ronaldo (Real Madrid) – €90 juta

1. Lionel Messi (Barcelona) – €100 juta

Lionel Messi ketika 2010 sudah mempamerkan aksi cukup hebat bersama Barcelona dan nilainya hanya €100 juta.

Jika dibandingkan dengan sekarang nilai €100 juta tu mungkin hanya boleh dapat pemain seperti Aaron Wan Bissaka je.

Pemain dahulu mempunyai nilai yang lebih rendah dari pemain zaman kini namun mereka mempunyai kualiti lebih baik berbanding pemain zaman ini.

Baca Juga

Baca Juga