Lihat Kemewahan Jet Peribadi Milik Messi

Lionel Messi merupakan seorang pemain bola sepak terbaik dunia ketika ini. Beliau seorang pemain yang handal dan mempunyai gaya permainan yang luar biasa hebat.

Selain memiliki kepantasan dalam padang, Messi juga megah terbang pantas dengan jet peribadi miliknya.

Menurut Doble Amarilla, jet mewah milik ketua pasukan Barcelona itu adalah ciptaan sendiri dari sebuah syarikat dari Argentina.

Messi juga dikatakan menyewa terlebih dahulu jet peribadi itu sebelum terus membelinya. Nampaknya seperti pembelian yang sangat berbaloi untuknya.

Jet bernilai £15 juta itu tertulis nombor 10 ikonik milik Messi di bahagian ekornya dan terdapat juga nama seluruh ahli keluarga Messi di tangga dalam jet tersebut.

Antara nama yang tertulis di anak tangga jet itu ialah namanya sendiri, isterinya, Antonella, dan tiga anaknya, Thiago, Ciro dan Mateo.

Jet mewah itu merupakan model Gulfstream V 2004, yang mana didalamnya terdapat dapur, dua bilik mandi dan 16 tempat duduk yang dapat ditukar menjadi lapan tempat tidur jika ada yang ingin berehat ketika penerbangan jauh.

Pemain berusia 32 tahun itu kini beraksi bersama pasukan Barcelona dengan memperoleh pendapatan €8.3 juta sebulan.

Messi merupakan pemain bola sepak yang memperoleh pendapatan tertinggi di dunia mengatasi Cristiano Ronaldo yang memperoleh €4.5 juta sebulan.

Jadi dengan pendapatan begitu tidak hairan mengapa Messi mampu untuk memiliki jet peribadi yang mahal, cantik dan mengagumkan itu.

Messi tidak hanya menggunakan kekayaan hasil kehandalannya bermain bola sepak untuk kepentingan sendiri. Beliau sebenarnya banyak terlibat dengan menyumbangkan dana kepada badan-badan amal.

Sebelum ini ramai pemain Barcelona meluahkan rasa tidak puas hati mereka apabila kelab mengumumkan untuk memotong gaji para pemain ekoran dari impak penularan wabak Covid-19.

Tetapi Bintang utama pasukan,Lionel Messi antara pemain yang tidak mogok dan sama sekali tidak mempertikaikan keputusan dari pihak pengurusan itu.

Messi tiada masalah untuk dipotong gajinya atas masalah yang dihadapi oleh pihak pengurusan Barcelona ketika ini.

Sebelum ini juga terdapat laporan yang mengatakan bahawa, Ketua pasukan Barcelona itu telah menyumbangkan €1 juta untuk membantu menangani masalah penularan virus Covid-19 ini.

Sebuah klinik turut mengesahkan bahawa pemain berusia 32 tahun itu telah mendermakan €500,000 kepada mereka untuk menangani isu penularan Covid-19.

Messi turut menyumbang €500,000 untuk membantu Negara asalnya Argentina menghadapi dan menangani penularan virus Covid-19 itu.

BACA:  Kenapa Messi Dipakaikan Jubah Hitam? Apakah Maknanya?