Lihat Menu Makanan Lelaki Terkuat Dunia Ini

Hafthor Bjornsson merupakan lelaki terkuat di dunia 2018 apabila berjaya memenangi pertandingan World’s Strongest Man pada tahun tersebut.

Beliau juga telah memecahkan rekod luar biasa apabila berjaya mengangkat beban seberat 501kg ketika dalam pertandingan itu.

Beliau telah mendedahkan senarai dan kuantiti makanan yang diperlukan olehnya setiap hari.

Atlet berusia 31 tahun itu turut dikenali sebagai ‘The Mountain’, beliau kini sudah bersedia untuk menghadapi seteru utamanya Eddie Hall di Las Vegas tahun hadapan.

Sementara menanti detik waktu untuk pertembungan heavyweight itu bermula, lelaki terkuat dunia dari Iceland itu memutuskan untuk mendedahkan makanan yang beliau amalkan untuk mengekekalkan kekuatannya.

Apa yang hebatnya, the man mountain turut disamakan seperti Thor, beliau akan makan enam kali sehari bersamaan dengan lebih kurang 10,000 kalori.

Ketika ditanya apakah kandungan dalam 10,000 kalori yang biasa beliau dapatkan, Bjornsson menjawab :

“Saya biasanya makan steak, lobak, nasi, sedikit peppers dan kadang kala ayam.”

“Terdapat banyak makanan jika kamu mahu terus kuat. Saya perlu makan setiap dua jam, saya perlu tambah tenaga pada badan saya.”

Untuk mendapatkan keterangan lebih jelas tentang jadual pemakanan luar biasa Bjornsson ketika bersedia untuk sesebuah pertandingan, jurulatihnya juga turut ditanya tentang pemakanan beliau.

Menurut jurulatih nutrisinya, Coach Stan Efferding, untuk sarapan ‘The Mountain’ akan mengambil enam biji telor, puluhan bacon dan tiga keping roti bakar Perancis.

Selepas selesai bersarapan, beliau akan berjalan selama 10 minit untuk menghadam semua makanan yang telah diambil olehnya.

Setelah dua jam setengah berlalu, tiba pula waktu untuk makan kali ke-2. Kali ini beliau akan makan nasi, bayam, daging dan ayam diikuti dengan sedikit supplements.

Kemudia beliau akan berlatih dan workout, hidangan ketiganya bermula pada jam 12pm dan hidangan beliau adalah semangkuk nasi daging.

Diikuti dengan tidor sebentar sekitar 39 minit dan selepas bangun beliau akan mengambil pula hidangan keempatnya.

Hidangan keempat beliau mengandungi lobak, nasi, steak, bayam, telor dan sup ayam. Kesemuanya dalam kuantiti yang banyak.

Bjornsson berkata:

“Bahagian paling mudah adalah latihan dan bahagian paling susah pula adalah diet. Diet merupakan perkara paling penting untuk mengekalkan bentuk, dan kekal kuat. Jadi saya sangat mengutamakan pemakanan saya.”

Beliau perlu berjalan-jalan sekali lagi sebelum memulakan permakanan kelimanya yang juga semangkuk nasi dan daging.

Untuk hidangan terakhir beliau dalam satu hari itu, Bjornsson biasanya akan membenarkan dirinya untuk makan apa saja yang beliau suka.

“Selagi saya masi mengamalkan lima makanan sihat, satu makanan tak sihat atau apa saja yang saya suka sudah cukup untuk memastikan saya masih berada dilandasan yang betul dan semuanya masih seperti yang dirancangkan.”

Baca Juga

Baca Juga