Seorang pemain berusia 75 tahun telah mencipta sejarah baru dalam sukan bola sepak. Bahkan beliau juga telah memecahkan Guinness Book Of World Records.
Ezzeldin Bahader mencipta sejarah dengan menjadi pemain paling tua yang berjaya menjaringkan gol dalam perlawanan rasmi. Usia nya 75 tahun tetapi gaya permainannya masih sama seperti pemain lain yang berusia jauh lebih muda darinya.
Ezzeldin Bahader adalah seorang bapa kepada empat orang anak dan telah mempunyi enam orang cucu. Baru-baru ini beliau telah menandatangani kontrak untuk bermain bersama pasukan division ke-tiga Egyptian.
Father of 4️⃣
Grandfather of 6️⃣At the age of 75, Ezzeldin Bahader scored on his professional debut in the Egyptian third division 😮👴 pic.twitter.com/WBPXLVsGHK
— Amazon Prime Video Sport (@primevideosport) March 9, 2020
Beliau adalah pemain tertua dalam pasukannya. Pada hari sabtu lalu beliau turun beraksi bersama pasukannya untuk satu perlawanan liga.
Selain menjadi ketua pasukan, beliau turut bermain selama 90 minit tanpa penat, Ezzeldin Bahader turut menjaringkan gol dalam perlawanan tersebut.
Pasukannya berjaya mendapatkan penalti dan sebagai ketua pasukan serta pemain paling berpengalaman, Ezzeldin dipertanggungjawabkan untuk mengambil sepakan penalti itu.
He completes the 90 minutes on the pitch, even scores from penalty spot. #FMTNews #EzzeldinBahader https://t.co/TbCJZPJFAF
— Free Malaysia Today (@fmtoday) March 10, 2020
Beliau menyempurnakan sepakan penalti ala-apa penenka itu dengan cukup sempurna. Kalau kita tengok ketenangan pemain veteran ini mengambil sepakan penalti itu saling tak tumpah seperti Jorginho dan Bruno Fernandes.
Ezzeldin Bahader: Grandfather scores on professional debut – aged 75:"
"I became the oldest professional footballer scoring a goal in an official game."This is something that was achieved in the last minute of the game that I thought I wouldn't achieve. I was injured. pic.twitter.com/NwYNOSzyWV
— SportsObama.com (@SportsObama) March 9, 2020
Ezzeldin Bahader has 4 children, 6 grandchildren …
While his peers are in retirement, he is breaking records on green fields.
Bahader, who played in the third league of Egypt at the weekend, became the oldest football player in the professional leagues. pic.twitter.com/wknk9ZFAjj
— Enock Kobina Essel Niccolò Makaveli (@EnockKobinaEsse) March 9, 2020
Lihat lah bagaimana cantik dan tenangnya pemain berpengalaman ini mengambil tendangan penalti yang begitu cantik.
Beliau meraikan gol jaringannya bersama rakan sepasukannya. Penyokong pasukan lawan turut memberi tepukan tanda memuji jaringan warga emas itu.
“Saya adalah pemain bola profesional paling tua yang berjaya menjaringkan gol dalam perlawanan rasmi.”
Kata Bahader kepada BBC dengan bangga selepas berjaya menjaringkan gol untuk pasukannya.
This here is a story and a half. 75 year old Ezzeldin Bahader is trying to became the oldest professional footballer in the world. He scored from the spot on his debut. BBC has more on the man here: https://t.co/22u8IQ9vRv pic.twitter.com/sLZ0L8Beq5
— Janco Tianno (@JTianno) March 9, 2020
“Saya berjaya mencapai kejayaan ini pada minit-minit akhir perlawanan dan saya sama sekali tidak menjangka saya akan berjaya melakukannya. Saya mengalami kecederaan, apa yang saya harap cuma saya mahu menyambung 90 minit permainan dan bermain perlawanan seterusnya.”
Selepas berjaya mengharungi satu perlawanan dengan bermain selama 90 minit pada hujung minggu lalu. Bahader kini perlu bermain satu lagi perlawanan selama 90 minit penuh untuk masuk ke dalam Guinness World Record Books.
🇮🇱 Israeli goalkeeper Itzhak Hayk made history yesterday…
👴… becoming the oldest player to ever play an official football match.
🤯 Aged 73, he played for Israeli 5th division side Maccabi Ironi Or Yehuda and set an official @GWR.
🤩 Age is just a number. pic.twitter.com/2FcWDdoDr2
— SPORF (@Sporf) April 6, 2019
Pemegang Guinness World Record Books terkini adalah Itzhak Hayk, yang baru dua minggu lalu mencapai usia 74 tahun pada ketika ini.
Hayk adalah pemain kelahiran Iran tetapi bermain untuk pasukan Israel selepas berpindah ke Negara itu pada tahun 1950. Beliau telah bermain selama hampir lima puluh tahun disana dan terbaru pasukan yang beliau wakili tewas dalam satu perlawanan liga dengan keputusan 4-1.
Meet Itzhak Hayk, a 73 y/o GK who is about to break the #GuinnessWorldRecord today, as the oldest active player ever to play an official match.
Hayk was born in #Iraq, moved to #Israel at the age of 4 & now about to make history.
🇮🇱 5th tier offers some magic, we’re on our way. pic.twitter.com/dvJqUpr8ir— BabaGol (@BabaGol_) April 5, 2019
Menurut baba Gol, pegawai rasmi Guinness Wod Record akan hadir ke Maccabi Ironi atau Yehuda’s ground untuk memberi Plaque kepada Hayk.
Selain dari bermain Bingo bersama cucu atau bersantai dirumah bersama keluarga mereka bedua memilih untuk masih bermain bola sepak.
Sebelum ini rekod pemain paling tua yang bermain dalam perlawanan rasmi dipegang oleh pemain Uruguay, Robert Carlon yang telah berusia 53 tahun 182 hari dan pemain ini bersara pada 30 Oktober 2015.
Nampaknya Milner kalau meneruskan permainan cemerlang dia seperti sekarang tak mustahil dia boleh main sampai usia 70 tahun. Siapa tahu kan?