Lihat Reaksi Dato Seri Anwar Ibrahim Kena Nutmeg Dengan Cucunya

Tarikh pengawalan pergerakkan yang awalnya diumumkan oleh pihak kerajaan Malaysia awalnya adalah pada 18/03/2020 hingga 31/03/2020.

Namun memandangkan penularan virus Covid-19 semakin hari semakin parah dan menggusarkan.

Pihak kerajaan semalam mengumumkan untuk melanjutkan lagi tempoh pengawalan pergerakkan sehingga 12 April nanti.

Sepanjang tempoh pengawalan pergerakkan ini dilaksanakan, semua rakyat dimintak untuk duduk diam dirumah.

Sama seperti beberapa negara lain yang turut terkesan dengan penularan virus Covid-19 ini, kerajaan mereka juga melaksanakan perintah yang sama.

Kesemua sukan utama dunia terpaksa ditangguhkan dan ada yang sudah dibatalkan kerana penularan virus Covid-19 ini.

Tidak terlepas tokoh politik negara kita Dato Seri Anwar Ibrahim turut sama menjayakan pelaksanaan perintah pengawalan pergerakkan ini.

Baru-baru ini, Anwar Ibrahim telah memuat naik satu video ke laman sosial miliknya.

Didalam video itu terlihat Anuar Ibrahim memakai kameja T dan berseluar sukan sedang bergembira bermain bola sepak bersama cucunya.

“Main bola dengan cucu,perlawanan agak sengit. Score 1-1”

Tulis beliau di lama Instagram miliknya.

Apa yang menarik di dalam video itu adalah kehebatan cucu beliau yang handal juga bermain bola.

Dengan usia sebegitu kecil sudah mampu untuk Nutmeg atoknya sendiri. Dengan kelincahan dan skill yang luar biasa, beliau dengan tenang melepaskan bola ke celahan kangkang atoknya.

Sehari sebelum itu, Anuar Ibrahim bersama anak, menantu dan cucu-cucunya bersama-sama berkebun di rumah mereka.

Nampaknya bekas bakal perdana menteri kelapan negara kita pon mampu untuk mengikut perintah kerajaan untuk duduk dirumah.

Kenapa masih ada segelintir rakyat Malaysia masih berdegil dan tidak patuh pada perintah yang dilaksanakan untuk kebaikkan bersama ini?

Demi keselamatan bersama, duduk lah dirumah masing-masing agar memudahkan urusan Frontline negara kita untuk mengawal dan menghentikan penularan virus Covid-19 ini.

Kadar kematian dan juga jangkitan semakin hari semakin bertambah jadi untuk mengawalnya semua rakyat harus beri kerjasama kepada pihak berkuasa.

Semoga saja virus Covid-19 ini berjaya dikawal dan negara kembali beroperasi seperti biasa tanpa ada kerisauan terhadap virus kejam itu.

Baca Juga

Baca Juga