Lihat Reaksi Ole Melihat Jaringan Cantik Dari Ighalo

Pasukan paling agung dalam peradaban sejarah bola sepak dunia, Manchester United mudah mara kepusingan 16 terbaik selepas menewaskan Club Brugge.

Lawan yang menanti Manchester United untuk ke suku akhir adalah pasukan LASK, pernah dengar nama ini tapi tak tau dari mana kan?

LASK merupakan naib juara liga Austria, Bundesliga Championship musim lalu dibelakang RB Salzburg, bekas kelab Erling Haaland dan Takumi Minamino.

Kini LASK sedang mendahului Bundesliga Championship dengan kelebihan tiga mata di depan RB Salzburg, selepas 22 perlawanan.

Ekoran penularan Coronavirus yang telah di wartakan sebagai Pandemic, perlawanan antara Manchester United dan LASK di Linzer Stadion dimainkan secara tertutup.

Manchester United dengan mudah menjinakkan pasukan LASK dihalaman mereka sendiri dengan keputusan 5-0. Baru perlawanan pertama LARS dah dilauk begini rupa, macam mana agaknya bila mereka datang ke Old Trafford nanti?

Odion Ighalo, Daninel James, Juan Mata, Mason Greenwood dan Andreas Pereira masing-masing telah berjaya mencatat nama sebagai penjaring gol dalam perlawanan ini.

Gol yang dijaringkan oleh Odion Ighalo adalah jaringan keempat peribadi beliau sejak mula menyertai United pada jendela perpindahan Januari lalu.

Hasil hantaran cantik dan genius Bruno Fernandes berjaya di hidu oleh pemain yang mula menjadi kesayangan para peminat Manchester United, Odion Ighalo.

Odion Ighalo telah mengawal bola dengan begitu cantik, kiri kanan kiri kanan melarikan bola daripada terkaman pemain LASK.

Kemudian satu rembatan dilepaskan dan cantik menerjah masuk ke kiri gawang menewaskan penjaga gol LASK, Alexander Schlager.

Ole Gunnar Solskjaer jelas terpegun dan kagum dengan jaringan yang begitu cantik dan superb dan Ighalo.

Adakah jaringan ini boleh dicalonkan ke Puskas?

Lihat sendiri bagaimana cantiknya jaringan yang dijaringkan oleh Ighalo, bermula dengan assist yang begitu Genius lalu disudahi dengan cukup mantap oleh Ighalo.

Malangnya jaringan cantiknya tidak dapat ditonton oleh para penyokong kerana perlawanan dilangsungkan secara tertutup.

Hal Ini kerana kerajaan Austria telah membuat keputusan pada saat akhir untuk melangsungkan perlawanan pertama pusingan 16 secara tertutup.

Walau bagaimanapun Manchester United telah mengumumkan saguhati buat 700 penyokong mereka yang telah membeli tiket untuk menyaksikan perlawanan ini.

Sebanyak £350 akan diberikan untuk menampung kerugian kos perjalanan dan penginapan yang telah dikeluarkan.

Teks dari kelab kepada para penyokong:

“Kami menghargai usaha para penyokong yang sentiasa setia memberi semangat kepada pasukan walau di mana sahaja kita bermain di Eropah.”

“Kami juga faham,kos yang ditanggung oleh para penyokong dari segi perjalanan, penginapan dan tiket sudah dikeluarkan dan tidak mungkin untuk dikembalikan.”

“Memandangkan peristiwa kali ini agak unik, kami dengan ini telah membuat keputusan untuk mengembalikan £350 kepada semua penyokong yang telah membeli tiket perlawanan ini melalui Kelab.”

“Proses pembayaran akan mengambil masa lebih kurang tiga hari bekerja.”

“Sagu hati £350 juga akan dikreditkan ke akaun para penyokong yang terlibat dalam tempoh 5 hari bekerja. Terima kasih.”

BACA:  Pemain Manchester United Terkejut Kerana Solskjaer Bagi Cuti Seminggu