Lihat Reaksi Pogba Bila Antonio Menganjing Depan Muka

Michail Antonio telah menganjing Paul Pogba depan muka terus tanpa berselindung selepas pemain tengah Manchester United itu cuba untuk bermain bola baling dalam perlawanan bola sepak.

Timothy Fosu-Mensah telah mengasari pemain West Ham United di luar kotak penalti dan Declan Rice menggalas tugas untuk melakukan sepakan.

Piyup! Satu sepakan deras terus dilakukan Declan Rice tanpa rasa melekit dalam usaha meletakkan bola ke dalam gawang Manchester United.

Percubaan sepakan percuma Declan Rice terus menuju ke arah Paul Pogba dan tanpa rasa bersalah terus mengangkat kedua belah tangan untuk menahan.

Pada pandangan pertama, bola kelihatan deras ke kepala Pogba dengan satu headshot yang menyebabkan beliau menggelupur ke tanah.

Namun bukan itu yang terjadi selepas ulang tayang dilihat, Video Assistant Referee(VAR) menjalankan tugas dan terus membuat penelitian.

Jelas Pogba menggunakan tangan lalu pengadil perlawanan, Paul Tiemey tidak teragak-agak untuk menghadiahkan sepakan penalti.

Ketika VAR sedang melakukan pemeriksaan dan penelitian terhadapa insiden ini, Michail Antononi dilihat telah menganjing perbuatan Pogba itu.

Antonio tanpa bersellindung mengangkat kedua belah tangannya yang merujuk kepada perbuatan tidak masuk akal Pogba itu sambil ketawa.

Entah Antonio perasan atau tidak kewujudan Pogba yang sangat hampir dan menyedari apa yang dilakukan Antonio.

Tiada langsung senyumnan di riak wajah Pogba yang kacak bergaya itu, hanya jelingan dengan wajah mencuka jelas kelihatan.

Michail Antonio berjaya menewaskan David De Gea dengan satu sepakan penalti yang agak buruk, namun sudah cukup untuk menghasilakn gol.

Mason Greenwood menjaringkan gol penyamaan pada separuh masa kedua dan keputusan seri melonjakkan setan merah ketangga ketiga liga.

BACA:  Hampir 5k Pengguna IMDb Beri Rating 1.0/10 Untuk The Pogmentary