Lihat Reaksi Simeone Mengagumi Lionel Messi

Diego Simeone merupakan seorang pengurus pasukan yang memperoleh pendapatan tertinggi di dunia kini.

Beliau adalah seorang pengurus yang mempunyai taktikal pertahanan terbaik didunia. Selain mahir dalam taktikal, beliau juga handal menyerap tekanan dari pihak lawan.

Simeone juga seorang pengurus yang mempunyai kepakaran dalam bermain psychology dengan pihak lawan. Lihat saja bagaimana beliau mampu menewaskan Liverpool di Anfield dalam saingan Liga Juara-juara baru-baru ini.

Beberapa bulan sebelum saingan La Liga digantung, Diego Someone pernah merendahkan egonya dengan memuji jaringan cantik Lionel Messi ketika menewaskan Atletico Madrid.

Walau kecewa pasukan bimbinganya dibolosi beliau sempat menunjukkan reaksi kagum melihat jaringan cantik dari pemenang enam kali Ballon d’or itu.

Bintang Argentina berusia 32 tahun itu menggegar Wanda Metropolitano apabila beliau berjaya menyudahkan permainan satu dua bersama Suarez lalu menolak bola ke sudut kiri gawang menewaskan Jan Oblak.

Messi memastikan Barcelona memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 2-0 selepas menjaringkan gol ketika perlawanan berbaki empat minit sebelum tamat.

Terdapat satu rakaman yang memperlihatkan Someone menjerit kepada anak buahnya dari tepi padang supaya menghalang pemain Barcelona masuk ke kubu mereka.

Pengurus pasukan Atletico itu awalnya marah kepada anak buahnya selepas gawang pasukan mereka dibolosi.

Namun ketika menoleh ke tempat duduknya beliau terus menepuk tangan dan sepertinya mengakui ketangkasan Messi dalam menghasilkan jaringan tersebut.

Pengurus pasukan Barcelona, Ernesto Valverde memuji pemenang enam kali Ballon d’or itu bahawa beliau pengaruh terbesar dalam pasukan serta menganggap Messi pemain yang sempurna.

“Leo bukan sahaja hebat ketika dia berlari, dia juga merupakan seorang arkitek dalam padang, semua pemain akan berlari tetapi dia yang tentukan. Dalam kes ini dia sendiri menghabiskan gerakan yang dia mulakan.”

“Pemain terbaik bagi saya adalah pemain yang boleh melancarkan serangan balas yang hebat. Messi mempunyai teknik dan kepakaran yang luar biasa dalam pelbagai situasi. Dia sangat sempurna.”

Salah satu contoh bertapa Simeone mengagumi pemain Argentina itu adalah ketika beliau tidak meraikan gol Fernando Torres ketika bertemu Barcelona beberapa tahun lalu.

Torres menjaringkan gol yang menarik ketika perlawanan berbaki lima minit sebelum masuk babak kedua perlawanan dan meletakkan pasukannya dihadapan mendahului Barcelona.

ketika dalam satu sidang media, Simeone ditanya mengapa beliau tidak meraikan jaringan itu, beliau dengan pantas menjawab:

“Kerana saya nampak Messi panaskan badan.”

Messi masuk beraksi di babak kedua perlawanan lalu menjaringkan gol kemenangan untuk Barcelona pada minit ke-77 dan membawa pasukannya ke puncak Liga ketika itu.

BACA:  Buat Pertama Kalinya Ronaldo Tamatkan Musim Tanpa Sebarang Trofi Selepas 16 Tahun