Lihatlah Rembatan Bapak Padu Cristiano Ronaldo

Semua telah maklum bahawa Juventus telah tersingkir daripada saingan Champions League peringkat 16 terbaik di kaki wakil daripada Ligue 1 Lyon walaupun mencatatkan kemenangan.

Agregat seri 2-2 memihak kepada Lyon dengan kelebihan gol tempat lawan yang dijaringkan oleh Memphis Depay melalui sepakan Panenka yang merupakan gol pembukaan perlawanan.

Sebelum tamat separuh masa pertama, Cristiano Ronaldo menyamakan kedudukan juga melalui sepakan penalti yang mudah disempurnakan dengan tendangan leret ke kanan gawang.

Penalti berpunca daripada sepakan percuma Ronaldo yang terkena tangan Memphis Depay ketika membuat benteng.

Pada minit ke-60, Ronaldo meneruskan kebangkintan dengan meletakkan Juventus dihadapan melalui satu jaringan yang sangat padu dan spektekular.

Menerima bola daripada Federico Bernardeschi, Ronaldo mula menggentel ke kiri ke kanan mencari sedikit ruang untuk melakukan rembatan kaki kiri.

Boom! Satu rembatan luar kotak penalti yang sungguh padu cantik dan menjadi bualan ramai terhasil.

Bunyi letupan hasil ledakan kaki kiri Ronaldo sangat padu ditambah bunyi bola menghentam tiang.

Walaupun dua gol dan kemenangan yang dijana Ronaldo itu gagal membawa Juventus ke suku akhir, pelbagai rekod telah dicetak Ronaldo.

Pemain penyerang yang berusia 35 tahun itu, telah menjaringkan 20 gol dalam 13 perlawanan terakhir beliau di pusingan kalah mati Champions League.

Secara keseluruhan Ronaldo telah menjaringkan 67 gol diperingkat kalah mati Champions League, 21 gol lebih banyak daripada pemain lain.

Meninggalkan Messi di tempat kedua dengan 46 gol.

Sejak mengikat mengikat Ronaldo Juventus telah menjaringkan 7 gol di peringkat kalah mati dan ketujuh-tujuh gol itu daripada Ronaldo.

Ronaldo juga telah memecahkan rekod berusia 95 tahun Juventus apabila menjadi menjaringkan gol terbanyak untuk Old Lady dalam satu musim.

Pemain Portugal ini telah menjaringkan 36 gol semusim dan menjadi rekod baru Juventus.

BACA:  Rempuhan Keras Aaron Hickey Ke Atas Ronaldo Tular