Lilitan Kapten Jadikan Harry Kane Lebih Berbisa Di Hadapan Gol

Penyerang Tottenham Hotspurs, Harry Kane berkata beliau menjaringkan lebih banyak gol ketika sesi latihan sejak dilantik menjadi kapten England yang baru.

Penyerang berusia 24 tahun itu bakal membimbing pasukan England dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia 2018 menentang Tunisia awal pagi esok (2.00 a.m waktu Malaysia).

Kane dakwa lilitan kapten jadikan beliau lebih berbisa di hadapan gol ketika sesi latihan. Tetapi mampukah beliau mengulangi pencapaian tersebut dalam perlawanan sebenar ?

Kane mengharungi musim yang cemerlang dari segi peribadi dimana beliau berjaya menjaringkan 46 gol dari 53 penampilan untuk Tottenham dan England. Jika tidak kerana pencapaian luar biasa Mohamed Salah musim lepas, sudah tentu beliau akan merangkul anugerah Kasut Emas Liga Perdana Inggeris buat kali ke-3 berturut-turut.

Dalam sidang media menjelang perlawanan pembukaan England, Kane telah ditanya mengenai perasaaan beliau sejak dilantik menggalas tugas kapten England oleh Gareth Southgate.

Kane juga sempat berjenaka mengenai jaringan hatrik yang dilakukan kapten Portugal, Cristiano Ronaldo ketika bertemu Sepanyol yang mana telah meletakkan beliau dalam keadaan ‘tertekan’ untuk turut melakukan perkara yang sama apabila England bertemu Tunisia awal pagi esok.

Kane tertekan kerana Ronaldo telah menjaringkan 3 gol dalam perlawanan pertama. Jangan claim gol Pogba sudah la lepas ni

“Saya menikmati tanggungjawab yang telah diberikan kepada saya. Tidak banyak yang berubah, saya masih lagi pemain yang sama, dan juga anggota skuad yang sama.”

“Sudah tentu semakin banyak gol saya jaringkan ketika sesi latihan sejak menjadi kapten. Saya berasa amat bangga dilantik menjadi kapten dan sudah tidak sabar untuk membimbing pasukan di atas padang.”

“Saya amat berharap mampu melakukan perkara yang sama [menjaringkan gol] dalam temasya Piala Dunia kali ini.”

Dalam edisi Piala Dunia 4 tahun lepas yang diadakan di Brazil, Kane tidak disenaraikan dalam skuad England yang dibimbing oleh Roy Hodgson ketika itu. Beliau baru sahaja menembusi pasukan utama Spurs selepas sekian lama berkelana ke kelab liga bawahan secara pinjaman untuk mendapatkan waktu permainan.

Sejak menembusi pasukan utama, produk akademi Spurs ini telah menjaringkan sekurang-kurangnya 30 gol dalam setiap musim. Kini, dengan tanggungjawab yang lebih besar disandarkan kepada beliau, Kane berharap mampu membuktikan kemampuan sebenar beliau di pentas antarabangsa.

“Saya menonton aksi Piala Dunia 2014 ketika sedang bercuti. Saya bermain dalam 6 atau 7 perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris musim tersebut di bawah Tim Sherwood. Selepas kemasukan Mauricio Pochettino pada musim panas, beliau berjaya menjadikan saya lebih cergas dan fizikal saya menjadi lebih bagus.”

“Saya bermula pada saat tersebut – hasil kerja keras dan keazaman saya kerana terdapat beberapa pemain dihadapan saya ketika itu. Semuanya mengenai kerja keras di padang latihan dan setiap kali saya diberikan peluang bermain, saya memastikan peluang itu diambil dengan sebaiknya.”

BACA:  UEFA Didesak Untuk Ulang Semula Perlawanan Antara England Bertemu Denmark Kerana Ada Kecurangan Yang Berlaku