Lima Bintang Yang Patut Tinggalkan Man Utd Januari Ini

Jendela perpindahan januari kian menjelma dan inilah jendela yang ditunggu pemain bola sepak dari Manchester United yang sendu dan muda bagi mencari peluang untuk meneruskan karier bola sepak masing-masing.

Bagi pemain remaja yang cuba menembusi pasukan utama Setan Merah tetapi masih gagak jika terus kekal adalah molek untuk pergi secara pinjaman untuk mendapatkan minit permainan.

Namun bagi pemain yang memasuki usia tua bangka dan gagal berada dalam skuad utama jalan keluar secara tetap adalah satu pilihan tepat untuk terus kekal relevan sebagai pemain bola sepak.

Dan dibawah merupakan senarai lima pemain bintang? yang patut meninggal pada januari ini samada secara tetap atau pinjaman.

Aaron Wan-Bissaka

Terpaling atas dalam senarai ini pastilah Aaron Wan-Bissaka yang umum mengetahui bahawa dia tidak lagi diperlukan sejak Erik Ten Hag tiba di Old Trafford. Cubaan jualan pada musim panas lalu gagal.

Aaron Wan-Bissaka dibeli dengan harga £45 juta dari Crystal Palace pada 2019 telah dikaitkan dengan kepulangan semula ke kelab selatan London itu, manakala West Ham juga dikatakan berminat.

Bek sayap itu adalah pemain tetap di Old Trafford tetapi kehilangan tempat kepada Diogo Dalot pada penghujung musim terakhir. Musim ini pemain berusia 25 tahun itu hanya bermain empat minit bola di Premier League dan 72 minit di League Cup.

Aaron Wan-Bissaka bukanlah seorang pemain yang menepati corak dan falsafah permainan Erik Ten Hag menyaksikan dia teramat jarang diturunkan dengan Diogo Dalot menjadi pilihan pertama dan Ten Hag lebih sanggup menurunkan Tyrel Malacia sebagai pengganti.

Facundo Pellistri

Facundo Pellistri pemain tengah berusia 21 tahun telah memberi satu kisah agak pelik, yang setakat musim ini gagal mendapatkan sebarang minit permainan bersama Manchester United.

Namun Facundo Pellistri mendapat 182 minit permainan di Piala Dunia 2022 bersama Uruguay untuk tiga perlawanan dengan bermula dari kesebelasan utama untuk dua perlawanan dan satu dari bangku simpanan.

Facundo Pellistri telah dibeli oleh Manchester United dari kelab liga Uruguay, Club Atletico Penarol dengan harga £9 juta Oktober 2020.

Setelah menghabiskan masa sebagai pemain pinjaman di Alaves sebanyak dua kali sejak tiba di England, kemungkinan dia akan meninggalkan United secara sementara sekali lagi pada Januari.

Donny van de Beek

Donny van de Beek telah gagal memberi impak di England, setelah menandatangani kontrak dengan Manchester United dari Ajax dua tahun lalu dengan harga £40 juta.

Pemain Belanda ini berada dalam skuad emas Ajax di bawah pimpinan Erik Ten Hag dan telah berada senarai akhir anugerah Ballon d’Or namun seperti terkena sumpahan.

Selepas tempoh pinjaman yang gagal di Everton, kedatangan Erik Ten Hag ke United memperbaharui harapan bahawa van de Beek boleh bermain dengan baik di Old Trafford.

Erik Ten Hag dilihat mampu mengembalikan van de Beek seperti di Ajax. Bagaimanapun itu semua palsu, setelah bergelut untuk kembali kepada prestasi musim ini, United akan cuba menjual bintang itu.

Teden Mengi

Selepas melalui tempoh pinjaman yang agak cemerlang bersama Birmingham City dan Derby County, pemain pertahanan tengah berusia 20 tahun ini masih gagal untuk merebut tempat dalam pasukan utama.

Teden Mengi dilaporkan akan meninggalkan Manchester United secara sementara sekali dan menjadi pemain pinjaman lagi pada Januari lalu.

Walaupun pertahanan tengah itu mengalami kecederaan ketika menentang Real Betis dalam perlawanan persahabatan awal bulan ini, kecederaan tu tidak serius seperti yang ditakuti dan mungkin tidak menghalang Mengi daripada membuat perpindahan Januari.

Di’Shon Bernard

Di’Shon Bernard menyertai akademi Manchester United di usia 16 tahun pada 2017 dan memulakan karier bola sepaknya melalui sistem pemain remaja Chelsea.

Membuat debut senior dalam perlawanan Liga Europa menentang Astana pada 28 November 2019, namun dia menjaringkan gol sendiri ketika United tewas 2–1.

Di’Shon Bernard menghabiskan musim terakhir secara pinjaman di Hull City, berjaya membantu Harimau mengekalkan kedudukan mereka di Championship dan sebelum ini juga pernah beraksi di Salford City.

Setelah membuat penampilan sulung senior pada 2019, Bernard kini sudah berusia 22 tahun sangat memerlukan aksi bola sepak bersama pasukan utama musim ini dan dijangka berpindah ke liga Championship atau mungkin di luar negara.

BACA:  Man Utd Bayar Mourinho RM24 Juta Supaya Tidak Terima Tawaran Lain