Lima calon pengganti Ronald Koeman untuk mengurus Barcelona sudah didedahkan dengan ia menunjukkan betapa terdesaknya keadaan gergasi Catalan itu pada ketika ini.
Barcelona sekadar mampu mencatatkan keputusan seri 1-1 bertemu Granada malam semalam dengan ramai yang mengkritik persembahan mereka.
Persembahan yang dipamerkan oleh Barca memberi gambaran jelas yang masa depan Ronald Koeman di Nou Camp sepertinya tidak akan bertahan lama.
🚨🚨🚨[ @jvehils🥇] | BREAKING: Ronald Koeman will NOT continue as the coach of Barcelona. The decision has been made. As soon as the club finds a replacement for the coach, he will be sacked. pic.twitter.com/3OIItrbZz8
— Barca_Forever (@TyrderManiac) September 21, 2021
The Blaugrana telah mencatatkan 54 hantaran silang ke kotak penalti sepanjang perlawanan tersebut, dan ia jelas bertentangan dengan tradisi permainan kelab.
Gerard Romero melaporkan yang pimpinan kelab tidak gembira dengan keadaan kelab pada ketika ini, dan mereka sedang bersedia untuk mencari pengganti.
Rundingan antara pimpinan kelab telah menyenaraikan beberapa nama untuk mereka lantik menjadi pengurus kelab dan menggantikan Ronald Koeman.
Xavi, Andrea Pirlo, Antonio Conte, Phillip Cocu dan Joachim Low antara nama yang dicalonkan untuk menjadi pengurus Barcelona selepas ini.
Xavi merupakan antara legenda terhebat sepanjang zaman kelab, dengan beliau ketika ini sedang mengurus Al Sadd dalam saingan liga Qatar.
🚨 | Barcelona have decided to sack Ronald Koeman, he will stay in charge until a replacement is found. [@jvehils] pic.twitter.com/p2Tqq7R5hp
— TFS – Top Football Show (@TopFootballShow) September 20, 2021
Legenda bola sepak Sepanyol itu juga sering diangkat menjadi calon pengurus Barcelona, dengan selepas melihat kecemerlangan beliau mengurus pasukan di Timur Tengah itu.
Pimpinan Barca sebelum ini pernah menawarkan jawatan tersebut kepada Xavi, namun beliau sebelum ini menyatakan yang dirinya masih belum bersedia untuk menggalas tugas berat tersebut.
Empat lagi calon pengurus lain yang turut ada dalam senarai ketika ini masih menganggur selepas mereka meninggalkan pasukan masing-masing.
Juventus telah memecat Pirlo pada Mei lalu, sementara Conte pula meninggalkan Inter Milan selepas beliau berjaya membantu kelab memenangi gelaran Serie A musim lalu.
According to @gerardromero, these are the five managers Barcelona are considering should they sack Ronald Koeman…safe to say there's a couple of surprises in there!
– Phillip Cocu
– Antonio Conte
– Xavi
– Joachim Low
– Andrea Pirlo 🤯 pic.twitter.com/E2keBDAE8o— The Sack Race (@thesackrace) September 21, 2021
Cocu merupakan seorang lagi bekas bintang Barca dengan jawatan terakhir beliau sebelum ini adalah bersama pasukan dari Championship, Derby County pada tahun lalu.
Joachim Low pula tidak pernah mengurus pasukan di peringkat kelab sejak 17 tahun lalu, selepas beliau melibatkan diri sebagai pengurus skuad kebangsaan Jerman.
Barcelona pada ketika ini berada di kedudukan ketujuh dalam carta La Liga selepas gol minit akhir Ronald Araujo memadam gol pendahuluan yang dijaringkan oleh Domingos Duartes seawal minit kedua permainan.
Koeman menolak untuk menjawab soalan berkait masa depan beliau ketika di tanya dalam temu bual selepas tamat perlawanan.
Pengurus berusia 58 tahun itu menjelaskan kepada La Liga TV bahawa:
💯❌💯 las opciones que tiene ahora mismo Laporta encima de la mesa, para sustituir a Koeman.
‼️OJO‼️ Solo son nombres que desde el #Barça se barajan y están en la lista de futuribles.
✅Philippe Cocu
✅Joachim Low
✅Pirlo
✅Conte
✅Xavi Hernández
— Alfred S@lud (@AlfredoSalud) September 20, 2021
“Saya tidak akan menjawab apa-apa lagi soalan berkait masa depan, saya tak boleh menang itu (perbincangan).”
“Saya penat untuk menjawab semua soalan itu. Kamu boleh pergi sekarang. Saya tak mahu jawab soalan itu.”
“Barca hari ini bukan lagi Barca lapan tahun yang lalu.”
“Kita bermain cara Barca, tapi kita tak ada kelajuan untuk serangan pantas kerana Philippe Coutinho masuk ke dalam, Yusuf Demir tidak pergi terlalu dalam, dan itu sebab kita perlahan.”
The Barcelona coach and president enjoy an interesting relationship; Laporta openly tried to bring in another coach over the summer only to stick with Koeman once it became clear it wasn't going to be possible to recruit a replacement. https://t.co/crf8xm7vtq
— Football España (@footballespana_) September 13, 2021
“Dengan Ansu (Fari) atau (Ousmane) Dembele ia berbeza, kita ada kelebihan dari segi kepantasan, tapi kita perlu cari alternatif.”
“Sebelum perlawanan kamu fikir tentang kemenangan, terutama di rumah, tapi permulaan buruk kami menjadikan perlawanan itu sukar untuk kami. Kami tidak datang dengan kekuatan sebenar, itu salah kami.”
“Pasukan lawan, selepas menjaringkan gol, buang masa sejak minit kedua permainan, banyak bertahan, tidak beri ruang dan ia sangat sukar untuk kami.”
Pique now playing as a striker for Barca under Koeman. Damm 😭😭
I can't wait for man United to lay hands on this Barcelona team. pic.twitter.com/PWZdcMwKVo— kavanagh🔴 (@GodstimeAggripa) September 20, 2021
“Kami semakin baik ketika perlawanan berlangsung. Kami berubah dan kami bermain hantaran silang dari bahagian sayap. Kami mahu lebih, tapi ada satu tahap ia adalah lebih baik berbanding tidak buat apa-apa. Kami berhak untuk seri.”
Barcelona akan kembali turun beraksi pada Khamis nanti, dengan mereka bakal bertemu Cadiz dalam saingan La Liga.
Koeman's sack seemed inevitable but Barcelona's 1-1 draw with Granada on Monday night has apparently accelerated it. https://t.co/qTwEwtqQUO
— LiveSoccerTV.com (@LiveSoccerTV) September 20, 2021
Sampai bila Barca mampu bertahan dengan Koeman? Adakah karier beliau akan berakhir dalam masa terdekat ini? Bincangkan diruangan komen.
Sumber: SPORTbible