Kebimbangan dan kegusaran yang wujud jika Catalonia menjadi sebuah negara baru adalah nasib yang bakal diterima oleh kelab yang berada di Catalan termasuklah 3 pasukan di La Liga iaitu Barcelona, Espanyol dan Girona.
Menteri Sukan Wilayah Catalonia, Gerard Figueras menegaskan bahawa Barcelona tidak akan dibenarkan bermain di La Liga jika referendum kemerdekaan Catalonia yang akan diadakan pada hari ahad lalu lulus dan mendapat sokongan Majoriti.
Kerajaan Sepanyol telah mengumumkan bahawa undian yang dibuat dalam referendum ini adalah haram dan pihak polis telah menyita kertas undi apabila Perdana Menteri Sepanyol, Mariano menegaskan bahawa referendum ini tidak akan menjadi kenyataan.
Jika pasukan ini keluar dari La Liga mereka masih lagi boleh bermain di liga utama negara lain seperti Ligue 1, Serie A dan mungkin Premier League serta mereka mungkin boleh bermain di Liga Super Malaysia.
Dengan nilai komersil yang tinggi pada Barcelona dan jumlah peminat dari serata dunia mungkin tidak menjadi masalah bagi kelab Catalan itu untuk menyertai mana-mana liga kerana mereka mampu menaikkan nilai dan prestij liga yang disertai.
Situasi ini akan terus berpanjangan dan mengambil masa yang lama, namun apakah impak yang akan belaku jika Barcelona meninggalkan La Liga?
Kebosanan Dan Kesuraman Di La Liga
Dengan ketiadaan Barcelona di La Liga sudah pasti Real Madrid akan terus mendominasi liga Sepanyol buat jangka masa yang lama. Persaingan perebutan takhta liga saban tahun hanya melibatkan Real Madrid dan Barcelona sahaja.
Dari musim 2000/01 hingga 2016/17 hanya Atletico Madrid dan Valencia sahaja pasukan selain Real Madrid dan Barcelona berjaya muncul juara La Liga.
Dalam tempoh 10 tahun ini hanya Atletico Madrid sahaja berjaya memecahkan dominasi kedua pasukan apabila muncul juara pada musim 2013/14.
Maka kesuraman dan kebosanan bakal melanda jika Barca keluar. Walaupun Atletico Madrid semakin meningkat tetapi mampukah pasukan dari Madrid itu untuk terus konsisten?
Jika dikira dari segi nilai komersil dan jumlah penonton dari seluruh dunia, Atletico jauh ketinggalan dan memerlukan masa yang panjang untuk menjadi pengganti Barcelona.
Madrid Derby Menjadi Tumpuan
Perginya Barcelona maka tiadalah El Clasico ibarat tiada lagi ku dengar kidungmu tiada lagi derai tawamu hanya kesepian yang kian menncengkam jiawaku malam-malam dingin membeku hari-hari kian kelabu.
Secara automatik Madrid Derby atau El Derbi Madrileno bakal menjadi pengganti El Clasico perlawanan paling hebat di muka bumi. Derbi dua pasukan Madrid ini semakin menjadi tumpuan sejak kebangkitan yang ditunjukkan Ateltico Madrid.
Walaupun Real Madrid lebih kuat berbanding Atletico tetapi mereka mampu mencipta kejutan dan menjadikan perseteruan mereka menjadi lebih menarik dan elemen inilah menjadikan El Derbi Madrileno semakin berpengaruh di La Liga.
Mampukah Atletico Madrid memecahkan dominasi Real Madrid tanpa Barcelona?
Kesan Kepada Pasukan Kebangsaan Sepanyol
Pemisahan Barcelona dari Sepanyol sudah tentu memberi kesan besar lagi hebat kepada skuad kebangsaan Sepanyol. Kerana asas kejayaan pasukan La Roja menjuarai Piala Dunia dan dua kejuaraan EURO adalah berpaksikan dari ubi yang berasal dari Catalan.
Pemain berpengalaman seperti Fabregas, Busquets, Xavi, Alba, Pique dan pemain yang sedang meningkat naik seperti Sergi Roberto, Marc Bartra dan Cristian Tello tidak lagi boleh beraksi dengan pasukan Sepanyol.
Jangan dilupa dengan akademi Barcelona La Masia yang sentiasa menghasilkan ubi yang berkualiti lagi berpotensi tinggi seperti ubi jaga, ubi, keledek, ubi stelo, ubi kentang dan Ubi yaa lahnan a’syaqohu serta ubi yaa ruuhi wa-hayati.
Tiada Lagi El Clasico
El Clasico merupakan perseteruan dan pembuyutan dua Pasukan gergasi Sepanyol Barcelona dan Real Madrid. Jika dulu kala El Clasico ini hanya tertakluk kepada kejohanan di Spain sahaja tetapi sekarang telah masyhur di serata alam.
Permusuhan antara dua Bandar besar ini iaitu Madrid dan Barcelona bukan sahaja di padang bola tetapi dikaitkan dengan isu dan sentimen politik. Real Madrid dilihat mewakili Spanish nationalism dan Barcelona mewakili Catalan nationalism. Tapi apa kejadahnya nak bercerita pasal sejarah politik Spain kan?
Terpaksa diceritakan kerana Catalonia sedang dalam proses untuk menuntut kemerdekaan jika ini menjadi kenyataan, satu kehilangan yang besar buat La Liga yang merupakan satu perlawanan yang sentiasa ditunggu saban musim.
Pertembungan dalam El Clasico tidak pernah mengecewakan dan sentiasa mengajikan permainan dan detik yang ikonik sejak zaman Jakpar Tonggek lagi. Sekarang El Clasico menemukan dua pemain terbaik atas muka bumi ini Messi dan Ronaldo.
Walaupun Messi Alien kerana berasal dari planet tetapi kerana beliau sudah lama beraksi di bumi maka Messi sudah dikira sebagai penduduk bumi.
Dari segi komersil El Clsico mampu menarik sehingga 100 juta tontonan dari seluruh dunia tidak termasuk tontonan haram melalui, live streaming, FB live, sky box dan android box.
Kedua pasukan telah menjana sebanyak $42.5 juta dalam perlawanan El Clasico pada disember tahun lalu yang berkesudahan 1-1 untuk tajaan sahaja. Satu kehilagan besar buat La Liga.
Liga Catalan Atau Liga Lain?
Liga Catalan, jika ditubuhkan, bakal memakan masa untuk menjadi sebuah liga yang gah dan menarik penonton dari serata dunia seperti La Liga sekarang kerana Barcelona sahaja tidak mampu menaikan prestij liga.
Lebih-lebih lagi Barcelona semestinya bakal mendominasi liga untuk jangka masa yang panjang dan ini menyebabkan liga ini dianggap tidak kompetitif, seterusnya sukar untuk menarik pembida hak penyiaran.
Kantung kewangan Barca bakal mengecut dan mungkin terpaksa melepaskan pemain-pemain utamanya, terutamanya pemain yang bukan berasal dari Catalan seperti Leo Messi, Luis Suarez dan Safee Sali.
Melalui liga baru juga bakal menyaksikan Barcelona akan menghadapi jalan yang panjang untuk bermain di UEFA Champions League. Ketika ini Barcelona layak secara automatik ke UCL kerana ranking La Liga di tempat teratas ranking liga-liga eropah, jauh meninggalkan Liga Inggeris, Jerman dan Itali.
Jika menjadi juara (semestinya jadi juara) liga Catalan, Barca bakal bermula dari pusingan pertama kelayakan ke UCL, bersaing bersama-sama kelab dari Wales, Iceland, Estonia dan kelab-kelab kerdil lain.
Namun, persoalannya, adakah pemain bintang yang sedia ada di Nou Camp sanggup mengorbankan rehat musim panas?
Walaubagaimanapun, Barcelona atau Espanyol masih boleh memohon untuk bermain di La Liga tetapi mereka perlu bermain di bawah panji Sepanyol seperti yang dilakukan Swansea di England dan Monaco di Perancis.
Atau mereka juga boleh bermain di Ligue 1 seperti mana yang dilakukan Monaco atau mana-mana liga di Eropah. Jika Barcelona teringin untuk menjuara Piala AFC mereka boleh memohon untuk bermain di Liga FAM kerana masa diambil untuk layak ke Piala AFC kurang dari 5 tahun.
Mungkin dalam tempoh 5 tahun, Barelona sudah menjulang AFC Champiosn League.
Sumber : Sportskeeda.