Lima Kontroversi Yang Membantu Real Madrid Menewaskan Bayern Munich

Real Madrid telah pun melayakkan diri ke separuh akhir Liga Juara-juara buat kali yang ketujuh berturut-turut setelah menewaskan Bayern Munich 6-3 secara aggregat selepas perlawanan malam tadi. Mereka adalah pasukan yang pertama yang berjaya melakukan rekod ini, tetapi ada banyak kontroversi pada separuh masa kedua yang memihak kepada Real, sekaligus mengubah keputusan perlawanan.

Pengurus Bayern, Carlo Ancelotti juga turut menyelar pengadil pada perlawanan tersebut.

“Pengadil telah beraksi buruk. Tutup cerita. Persembahannya lebih teruk daripada kami,” kata Ancelotti.

Pemain tengah, Arturo Vidal, yang dikenakan kad merah juga tidak berpuas hati dengan prestasi pengadil, namun tak pasti adakah pemain Chile ini ada memuat naik gambar pengadil tersebut yang di-edit seperti seorang pemain Kedah lakukan sebelum ini.

“Kita sedang mendahului 2-1 masa tu, jadi diorang takut lah. Lepas tu pengadil mula memainkan peranan. Kau boleh nampak kot.

“Teruk gila bro, lahanat pun ya juga. Lepas tu perkara biasa berlaku – kurang seorang pemain.

“Lepas tu kami sudah mula ragu,” kata Vidal dengan penuh semangat. Wajahnya merah padam menahan marah kepada pengadil perlawanan tersebut. Ikutkan hati, mahu sahaja dia tarik sideburn  pengadil tersebut.

Berikuta adalah lima kontroversi yang memberikan kelebihan kepada Real Madrid dalam perlawanan tersebut.

Minit ke-66 : Ofsaid yang salah buat Lewandowski

Robert Lewandowski sering berdamping dengan Sergio Ramos dan Nacho Fernandez dalam perlawanan tersebut. Pada minit ke-66, penyerang Poland tersebut melakukan satu larian yang cantik di belakang pemain pertahanan Real madrid dan menyambut bola hantaran daripada Boateng, menjadikan situasi Lewandowski hanya berhadapan dengan Keylor Navas.

Baru sahaja Lewandoswki mahu berlari menuju ke arah gol, penjaga garisan mengangkat bendera dan dia dikatakan ofsaid!

Lewan tak salah, seperti Mat Yo.

Sejurus selepas itu Lewandowski terus mengacu jari ke arah Marcelo, menunjukkan dia sebenarnya tidak ofsaid. Ulang tayang di kaca televisyen menunjukkan sebenarnya penyerang Bayern tersebut tidak ofsaid.

Sekiranya Lewandowski tidak dihukum ofsaid ketika itu, 90 peratus kebarangkalian mengatakan pemain ini akan menjaringkan gol dan bermakna Bayern akan mendahului Real 2-0.

Minit ke-79 : Casemiro Terjah Robben

Pada minit ke 76, Ronaldo menjaringkan gol yang menjadikan kedudukan aggregat 3-2 memihak kepada kelab Sepanyol tersebut, namun 102 saat kemudian, Sergio Ramos tanpa segan silu menjaringkan gol sendiri.

Ketika permainan semakin rancak, Robben mendapat bola lalu melakukan larian yang deras di sebelah kiri padang Casemiro tanpa membuang masa terus melakukan terjahan ke arah lutut pemain sayap tersebut. Casemiro pucat seketika kerana dia sudah pun dilayangkan kad kuning.

Dia juga sedar kesalahan tersebut patut dilayangkan kad merah, namun pemain Brazil ini terselamat kerana pengadil tidak mengeluarkan sebarang kad!

Insiden ini berlaku betul-betul di hadapan penjaga garisan yang meng-ofsaid-kan Lewandowski lebih kurang 13 minit sebelumnya. Pengadil juga berada sebaris dengan tempat insiden tetapi pemain tengah Real Madrid tersebut masih lagi kekal di dalam padang.

Minit ke-84 : Arturo Vidal Dilayangkan Kad Merah

Perlawanan berbaki kurang lebih enam minit dan sekiranya Bayern menjaringkan gol, mereka pasti akan layak ke separuh akhir. Secara tiba-tiba, Marco Asensio melakukan serangan balas dan membawa bola berhampiran garisan tepi padang.

Vidal selaku jentolak utama Bayern Munich tanpa melengahkan masa menerjah bola di hadapan Asensio. Sekali tengok Vidal berjaya mendapat bola dengan mudah, dua kali tengok pun sama. Pemain muda Sepanyol tersebut lantas melompat mengelakkan kaki Vidal dan jatuh ke atas rumput.

Pengadil tanpa membuang masa terus meniup wisel, dan memberikan tendangan percuma kepada Real Madrid dan lebih pedih, secara tiba-tiba pengadil mengeluarkan kad kuning dan melayangkannya kepada Vidal, yang sudah mengumpul satu kad kuning dalam perlawanan itu.

Maka dipendekkan cerita, Bayern terpaksa bermain dengan 10 orang, sedangkan sepatutnya Casemiro dibuang padang lima minit sebelum insiden ini.

Minit ke-105 : Ronaldo Menjaringkan Gol dari Posisi Ofsaid

Sergio Ramos mendapat bola, Sergio Ramos melambung bola kepada Cristiano Ronaldo. Cristiano Ronaldo menyambuy baik bola itu, Cristiano Ronaldo mengawal kemas bola, Cristiano Ronaldo menendang bola ke arah gol, dan gagal diselamatkan oleh Manuel Neuer.

Tapi, bila diulang tayang visual gol ini, Ronaldo sebenarnya ofsaid! Sekaki lebih juga dia berada di belakang pemain Bayern!

Bila dilihat kedudukan pengadil, tiada siapa atau apa pun yang menghalang pengelihatan mereka, namun masih lagi gagal untuk meniup wisel. Pengadil ke kayu?

Minit ke-110 : Hatrik Ronaldo Yang Juga Ofsaid

Marcelo secara tiba-tiba dirasuk jin peliharaan Maradona di mana dia dengan mudah menewaskan empat orang pemain Bayern, dan membawa bola sampai ke kotak penalti pasukan lawan.

Pertahanan kiri ini sedar bahawa Ronaldo berada di sebelah kanannnya, dan jika Ronaldo jaringkan gol, Ronaldo bakal mendapat hatrik dan gol ke-100 dalam Liga Juara-juara.

Tanpa membuang masa Marcelo menolak lembut bola ke kaki Ronaldo dan dengan mudah Ronaldo meletakkan bola ke dalam gawang Bayern.

Namun dalam ulang tayang, Ronaldo sebenarnya sekali lagi ofsaid!

Lebih teruk lagi, penjaga garisan berada begitu jauh daripada garisan ofsaid dan dia hanya tiba garisan kotak penalti adalah ketika bola sudah pun menerjah jaring.

Adakah semua kontroversi ini membuktikan Real Madrid merasuah pengadil?

Atau UEFA sudah tidak sayangkan Barcelona dan memilih Real Madrid sebagai anak emas mereka pula?

Atau memang Bayern Munich kurang bernasib baik?

Atau isteri pengadil dalam perlawanan ini merupakan peminat Real Madrid?

Atau adakah ref gilo?

Atau refeReal Madrid?

Lantak engkorang lah. Malas nak layan.

Sumber : Sportskeeda

Baca Juga

Baca Juga