Lima Pemain Bola Sepak Yang Cemerlang Dalam Sukan Lain

Pemain bola sepak boleh dikatakan sebagai atlet yang terbaik di muka bumi di mana mereka perlu menggabungkan kepantasan, kekuatan, ketangkasan dan daya tahan yang lama.

Pemain bola sepak moden boleh dikatakan perlu memiliki semua ciri-ciri di atas tak kiralah posisi apa dimainkan.

Jadi tidak hairanlah jika sesetengah daripada pemain di dunia pernah bermain sukan lain sebelum berkecimpung dalam dunia bola sepak.

Ada yang bermain kriket dan ada yang bertinju dan ada juga yang bermain sepaktakraw, contohnya seperti Rusdy Ahmad.

Jadi kami kongsikan lima pemain yang berbakat dalam sukan lain selain bola sepak.

Joe Hart – Kriket

Penjaga gol Manchester City yang dipinjamkan ke Torino ini merupakan seorang pemain kriket yang berbakat.

Dia pernah bermain untuk Shrewsbury Cricket Clun di Birmingham & District Premier League antara 2003 dan 2005, dan juga bermain selama dua tahun dalam pasukan belia Worcestershire berama-sama batsman yang juga  kapten England, Steven Davies.

Menurut bekas jurulatihnya di Worcestershire, Damina D’Oliveira, Hart adalah seorang yang sangat sangat sangat berbakat dalam kriket dan mampu bowl dengan laju.

“Dia ada semua ciri-ciri pemain kriket mithali – tinggi dia 6′ 2”, boleh baling bola dengan tepat kepada right-hander dan boleh bowl selaju 140km/j. Dia juga merupakan pemain yang sangat dipandang tinggi dalam negara ini,” kata D’Oliveira.

Pemain Worcestershire, Jack Shantry juga masih ingat lagi ketika Joe Hart masih bersamanya.

“Kami main kriket juinor sama-sama di Shrewsbury bawah-13 tahun dan bawah-15 tahun, dan kami juga juara kebangsaan. Pada masa yang sama, kami bermain bola untuk pasukan yang sama.

“Di sekolah dia satu darjah atas aku dan dia memang lebih berbakat daripada aku dalam bola atau kriket. Aku rasa la kan, kalau dia pilih kriket berbanding bola, dia akan jadi pemain kriket yang saaaaangat berjaya,” ujar Shantry dengan sepenuh hati.

Bolo Zenden – Judo

Zenden mula mengenal seni pertahanan diri ketika membesar di Maastricht, Belanda. Sebagai anak kepada pakar judo atau judoka, Pierre Zenden, Bolo telah menanam minat dalam sukan yang sama.

Dia mendapat tali pinggang hitam ketika berusia 14 tahun dan dia juga merupakan juara tiga kali di Limburg.

Phil Bardsley – bekas rakan sepasukannya di Sunderland pernah mencabar Zenden menunjukkan skill judonya.

“Aku selalu cakap ‘weh, hang try la kat aku’ – sampailah satu hari dia betui-betui bagi buah judo dia kat aku. Aku tak boleh bangun. Nak mati rasa! Harey betoi,” Bardsley bercerita. Matanya terpejam rapat, wajahnya berkerut seribu seolah-olah masih terasa kesakitan itu.

Zenden pernah bermain untuk kelab-kelab besar seperti Barcelona, Chelsea, Liverpool dan pernah juga membantu Middlesbrough layak ke perlawanan akhir Piala UEFA.

Bersama pasukan kebangsaan, Zenden membantu pasukan Belanda di Piala Dunia 1998, dan Euro 2000 dan 2004.

Phil Neville – Kriket

Bekas pemain Manchester United dan Everton ini merupakan bintang kriket ketika muda dan pernah menjadi kapten pasukan England bawah-15 tahun.  

Sebagai batsman, Neville muncul sebagai pemain paling muda untuk mewakili pasukan Lancashire XI, pasukan yang turut disertai Andrew Flintoff.

Malah, bekas bowler Somerset, Steve Kirby mengatakan bahawa sebenarnya Neville lebih bagus daripada Flintoff.

“Phil ialah kapten England bawah-15 tahun, baik dalam bola sepak atau kriket. Dia memang hebat. Aku tahu bunyi macam lebih kuah dari sudu, tapi dia memang lagi bagus daripada Flintoff masa tu,” kata Kirby.

Neville juga pernah mewakili pasukan Lancashire bawah=19 tahun bersama Flintoff. Namun menginjak usia dewasa, Neville memilih bola sepak dan telah memenangi Liga Perdana, Piala FA, Piala Liga dan Liga Juara-juara.

Roy Keane – Tinju

Bekas kapten Manchester United yang sungguh ganas dan bengis di atas padang ini sebenarnya pencinta tinju yang sangat tegar. Malah, dia selalu berlatih dan menyertai pertandingan tinju di kampungnya, di Mayfield, Cork, Ireland.

Dia berjinak dengan sukan tinju ketika berusia 10 tahun dan begitu bagus dalam menumbuk bertub-tubi pihak lawan, sehinggalah pada suatu hari dia dipaksa meninggalkan sukan tersebut kerana tidak cukup tinggi.

Ketinggian dewasa pemain ini hanyalah 172 cm. Sejak bersara awal daripada tinju, Keane fokus kepada bola sepak dan ternyata peralihan sukan ini amat berbaloi.

Dalam satu temuramah dengan The Guardian, Keane berkata,”Tinju ni sukan yang terbaik di dunia. Tinju ni sukan lelaki lawan lelaki. Hanya ada kau seorang je dan hanya ada seorang sahaja yang akan keluar dari ring sebagai pemenang.”

Mungkin kerana darah tinju masih mengalir dalam dirinya, Keane cukup keras dan bersemangat waja di tengah padang dan ini dapat disaksikan aksinya ketika musim 1998-99 di mana pasukan yang diketuainya muncul juara trebel.

Gareth Bale – Olahraga dan Ragbi

Pemain kesayangan Wales dan Real Madrid ini sebenarnya seorang individu yang boleh dikelaskan sebagai genius sukan. Selain bola sepak, Bale juga bermain mewakili sekolah, Eglwys Newydd Primary School dalam beberapa sukan termasuklah ragbi, hoki dan olahraga.

Dia juga merupakan rakan sekelas kepada bekas kaptel ragbi Wales, Sam Warburton di Eglwys. Ketika remaja, Bale merupakan pelari yang hebat dan pernah mencatatkan masa 4 minit 59 saat untuk 1500m, dan 2 minit 23.8 saat dalam acara 800m.

Ketika berusia 14 tahun, dia mencatatkan masa 11.4 saat dalam acara 100m!

Dek kepantasannya juga, Bale mula mencipta nama di eropah setelah membuli Maicon dalam perlawanan Liga Juara-juara antara Tottenham Hotspur menentang Inter Milan pada musim 2010-11.

Mujur juga Bale memberikan fokus kepada bola sepak, kalau tidak, tiada pemain yang memecahkan rekod perpindahan Cristiano Ronaldo sebelum Pogba.

Hebat kan dia?

Artikel dipetik dan diolah dari Sportskeeda

BACA:  Ferdinand Dedah Kisah Roy Keane Menumbuk Chris Eagles