Lima Pemain Midfield Terpantas Dalam Saingan Premier League Ketika Ini

Memiliki kepantasan yang luar biasa sudah menjadi satu kelebihan dan penyumbang terpenting untuk seseorang pemain dalam dunia bola sepak modern ini.

Beraksi dalam liga yang benar-benar kompetetif seperti saingan Premier League, kelajuan sebenarnya satu kelebihan yang sangat diperlukan oleh seseorang pemain.

Ketika menyerang mahupun bertahan, kepantasan merupakan salah satu perkara terpenting yang akan membantu pemain itu untuk menjadi lebih dominan dan digeruni pemain lawan.

Ketika era sebelum tahun 2000, kepantasan bukanlah ciri utama yang perlu ada untuk seseorang pemain midfield itu.

Walau bagaimanapun, semuanya sudah berubah, dengan dunia bola sepak modern mendesak seseorang pemain itu untuk memiliki kepantasan yang menakjubkan.

Saingan Premier League merupakan antara liga yang memiliki pelbagai variasi pemain midfield, baik dari segi corak permainan, mahupun pendekatan yang mereka guna dalam sesebuah perlawanan.

Ada yang laju, ada yang berskill, ada yang tenang, ada yang kreatif dan bermacam lagi kelebihan yang dimiliki oleh pemain-pemain midfield dalam saingan Premier League.

Premier League juga sangat terkenal dengan corak permainan berintensiti tinggi, high-octane dan end-to-end action.

Posisi midfield juga sebenarnya sangat penting dalam sesebuah perlawanan, dengan pertembungan di posisi itu sebenarnya bakal menjadi penentu dalam sesebuah perlawanan itu.

Box-to-box midfielder merupakan pemain yang akan sangat berkesan dalam memenangi tackle, melakukan pintasan dan membawa bola ke depan untuk melancarkan serangan.

Tidak dinafikan yang saingan Premier League pada ketika ini dibarisi oleh ramai pemain-pemain midfield yang mempunyai kepantasan yang sungguh menakjubkan.

Oleh yang demikian, mari kita senaraikan lima pemain midfield yang memiliki kepantasan paling menakjubkan dalam saingan Premier League.

1. Ainsley Maitland-Niles (Arsenal)

Ainsley Maitland-Niles merupakan antara pemain muda paling versatile yang dimiliki oleh skuad Arsenal pada ketika ini.

Walaupun beliau lebih kerap dimainkan di posisi central midfielder, namun Maitland-Niles sebenarnya boleh bermain dengan baik di posisi full-back atau wing-back kiri dan kanan.

Pemain berusia 24 tahun itu merupakan antara pemain terpantas dalam saingan Premier League, dengan beliau juga dianggap sebagai pemain paling sukar untuk dikawal oleh pemain lawan.

Beliau pernah mencatatkan kepantasan 37.44km/h dalam saingan Premier League, namun sayangnya Maitland-Niles kerap diketepikan dari skuad utama Arsenal.

Khidmat beliau sepertinya tidak begitu diharapkan dengan pemain muda Arsenal itu lebih kerap memanaskan bangku simpanan berbanding diturunkan untuk beraksi.

Agak sayang untuk melihat pemain berbakat seperti beliau diabaikan seperti itu, dengan Maitland-Niles sendiri pernah meminta Arsenal supaya melepaskan beliau.

2. Fred (Manchester United)

Fred pada awalnya merupakan tokoh yang paling dibenci oleh para penyokong Manchester United, namun aksi yang beliau pamerkan sejak kebelakangan ini sudah cukup untuk membuktikan kepentingan beliau dalam skuad Red Devils.

Pemain kebangsaan Brazil itu boleh menjadi antara pemain yang paling mengancam di kawasan tengah padang, dengan beliau juga memiliki corak permainan menekan yang hampir sama seperti N’Golo Kante.

Kelajuan dan stamina Fred yang bermain di posisi midfield dengan skuad United yang sedikit bermasalah pada awal musim lalu menyebabkan beliau terpaksa mengawal banyak ruang di atas padang.

Beliau sehingga kini masih tetap mampu mempamerkan aksi persembahan yang mantap dan kelajuan yang beliau miliki benar-benar membantu beliau untuk bergerak lebih jauh untuk melindungi barisan pertahanan.

Pada tahun 2019, Fred dilaporkan berjaya mencatatkan kelajuan 37.28km/h, yang mana ia merupakan catatan terpantas berbanding mana-mana pemain Man Utd pada musim tersebut.

3. Phil Foden (Manchester City)

Phil Foden pada ketika ini sedang dalam perjalanan beliau untuk menjadi antara pemain terbaik dalam saingan Premier League, dan turut dianggap prospek terhebat yang dimiliki oleh Manchester City.

Produk akademi The Citizens itu sangat sesuai dengan sistem kendalian Pep Guardiola dengan beliau ada kualiti midfield yang benar-benar dicari oleh bekas pengurus Barcelona dan Bayern Munich itu.

Beliau selain memiliki kepantasan yang menakjubkan, Foden juga mempunyai kemampuan teknikal yang baik dan ada kematangan dalam membuat keputusan di kawasan final third.

Pemain berusia 21 tahun itu boleh bermain di pelbagai posisi di kawasan midfield dan beliau juga turut mampu untuk bermain di posisi serangan.

The Mirror ada mengeluarkan senarai pemain terpantas dalam saingan Premier League, dengan Foden berada di kedudukan 10 teratas dalam senarai itu.

Beliau pernah mencatatkan kelajuan 37.12km/h pada tahun 2019 yang lalu dan Foden juga sehingga ke hari ini dilihat masih menunjukkan tahap kepantasan yang sungguh mengagumkan.

Melihat kemampuan dan kehebatan beliau, tidak keterlaluan untuk menganggap yang Foden merupakan antara pemain terbaik yang lahir dari akademi Manchester City sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

4. Mateo Kovacic (Chelsea)

Mateo Kovacic merupakan antara pemain paling bersinar dalam skuad Chelsea pada musim ini, dengan pemain kebangsaan Croatia itu dianggap antara pemain midfield yang memiliki kemahiran teknikal paling menakjubkan dalam saingan Premier League.

Beliau merupakan pemain yang paling gigih di tengah padang dan Kovacic juga bahkan mampu untuk menggantikan tempat N’Golo Kante dalam kesebelasan utama Chelsea pada awal musim lalu.

Kovacic merupakan seorang pemain midfield yang serba boleh dengan beliau mampu melaksanakan apa sahaja yang diarahkan oleh pengurus untuk beliau lakukan.

Beliau mampu menghantui pemain pasukan lawan dan mempunyai kemampuan membaca permainan dengan sungguh dasyat.

Pemain berusia 27 tahun itu juga turut tenang mengawal bola di kaki dan beliau juga memiliki kualiti hantaran yang boleh dibanggakan.

Selain itu, Kovacic juga merupakan pemain yang sangat pantas dan mampu membawa bola ke depan untuk membantu jentera serangan.

5. Emile Smith Rowe (Arsenal)

Emile Smith Rowe merupakan antara pemain terbaik Arsenal sepanjang musim 2021/22 setakat ini, dengan beliau sudah berjaya menjaringkan lima gol dan turut mencatatkan dua assists dari 14 penampilan dalam saingan Premier League.

Pemain berusia 21 tahun itu sangat berkesan di posisi midfield dengan beliau memiliki kepantasan yang cukup mengagumkan dalam membantu menghidupkan jentera serangan Arsenal.

Pemain attacking midfielder itu telah mengejutkan ramai peminat dengan aksi hebat serta kelajuan yang beliau persembahkan.

Beliau lincah dan pantas dalam mengelirukan pemain pertahanan lawan dan Smith Rowe juga kini sudah berjaya menstabilkan dirinya sebagai nadi utama dalam sistem serangan Arsenal.

Seandainya beliau mampu memperbaiki kemampuan dan menambah baik skill yang beliau miliki, tidak mustahil untuk melihat Smith Rowe bakal menjadi antara pemain midfield paling digeruni dalam dunia bola sepak.

Sumber: Sportskeeda

BACA:  FIFA Umum 3 Finalis Anugerah Puskas 2020