Lima Penjaga Gol Terhebat Dunia Ketika Ini

Oleh kerana taktik dalam bola sepak telah berkembang dan menjadi lebih kompleks selama bertahun-tahun, peranan penjaga gol juga telah mengalami transformasi.

Penjaga gol moden dilihat melakukan lebih daripada sekadar menjaga bola di belakang gawang, mereka kini dipercayai turut di gunakan untuk membantu dalam pembinaan serangan dari bawah, mereka juga lebih bersedia untuk menghadapi serangan balas lawan. Itu yang sampai ada penjaga gol menggelecek penyerang lawan dalam kawasan sendiri tu.

Penjaga gol kini berkongsi kepentingan dengan beberapa pemain sayap, penyerang, pertahanan, dan pemain tengah terbaik di dunia kerana peningkatan kepentingan mereka dalam satu pasukan.

Kelab kini bersedia untuk menghabiskan sejumlah besar wang untuk mencari seorang penjaga gol yang dipercayai di antara penjaga gol yang di tandatangani dengan nilai perpindahan yang tinggi adalah Kepa Arrizabalaga € 80 juta ke Chelsea, Alisson Becker € 72.5 juta ke Liverpool.

Itu adalah contoh bertapa pentingnya seorang penjaga gol untuk sesebuah pasukan itu dan bertapa tinggi nilai yang sanggup dibelanjakan oleh sesebuah kelab untuk mendapatkan penjaga gol yang hebat.

Disini kita kongsikan lima penjaga gol terhebat dunia setakat ini dan menjadi pemain penting untuk pasukannya.

5 ) Thibaut Courtois

Thibaut Courtois menandatangani kontrak bersama Real Madrid pada Ogos 2018 sebagai salah satu penjaga gol terbaik di dunia, tetapi dia gagal dan sukar untuk menunjukkan aksi sebenar beliau dalam pasukan itu pada musim pertamanya sehingga beliau dilabelkan sebagai seorang penjaga gol yang gagal.

Pada musim ini, kita akhirnya menyaksikan kualiti sebenar penjaga gawang Belgium itu ketika ia telah menunjukkan kehebatan sebenar beliau dengan mencatat 11 Cleen Sheet dari 21 perlawanan di La Liga dan dua Cleen Sheet dalam Liga Juara-Juara.

Courtois adalah seorang penjaga gol yang hebat dalam menangkis dan menyelamatkan bola sepakan padu dari pemain lawan serta beliau cukup mahir untuk memulakan permainan dari bawah.

Komunikasinya dengan Sergio Ramos dan Raphael Varane telah bertambah baik dan menjadikan mereka sebagai unit pertahanan yang lebih baik. Persembahannya akan menjadi kunci untuk Zinedine Zidane memimpin Real ke gelaran liga musim ini.

4) Wojciech Szczesny

Pemain berjersey nombor satu Juventus, Wojciech Szczesny adalah sebahagian daripada pasukan bola sepak yang sejak bertahun-tahun telah diketahui mempunyai pertahanan bertaraf dunia. Tetapi musim ini, gergasi Itali itu telah membocorkan lebih banyak gol daripada biasa.

Juventus kini dilihat mementingkan bahagian tengah dan jentera serangan mereka berbanding bahagian pertahanan. Akibatnya, penjaga gol mereka terpaksa bekerja lebih banyak untuk mengawal barisan bawah Juventus.

Dalam 17 perlawanan yang dimainkannya di Serie A musim ini, Szczesny telah melakukan 7 Cleen Sheet disamping dia telah melakukan 2 Cleen sheet di Liga Juara-Juara UEFA.

Pemain berusia 29 tahun itu mempunyai segala-galanya yang dikehendaki oleh seorang penjaga gol. Antaranya keupayaan teknikal yang cemerlang, refleks hebat, dan dia juga boleh  mengarahkan pertahanan di kawasan penaltinya secara lantang. Musim ini, kita telah melihat semua sifat dari bekas pemain Arsenal dan dia sangat dipercayai  antara tunjang untuk pasukan The Old Lady.

3) Jan Oblak

Penjaga gol Atletico Madrid Jan Oblak telah berada dalam senarai ini secara konsisten dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan hal itu menunjukkan kepada semua yang anda perlu tahu mengenai kualiti pemain berusia 27 tahun itu.

Penjaga gol antarabangsa Slovenia itu telah melakukan 11 Cleen Sheet dari 24 perlawanan La Liga musim ini dan jika beliau tidak mengekalkan aksi konsistensi bertaraf dunianya, Atletico Madrid mungkin tidak akan berada di kelompok teratas liga kerana mereka kini berkongsi 40 mata bersama Sevilla dan Real Sociedad.

Beliau telah mencatatkan 4 Cleen Sheet dari 7 perlawanan di Liga Juara-Juara, dengan yang paling baru apabila mereka menewaskan Liverpool di perlawanan pertama Pusingan 16 Liga Juara-Juara.

Apa yang membuat Oblak berbeza dari semua orang lain adalah kemampuan menyelamatkan yang sangat besar ketika dia  boleh membaca arah bola dan menyelamatkannya.

Di samping itu, dia juga cukup baik dalam pengawalan bola walaupun terdapat ruang lagi untuk diperbaiki. Beliau adalah salah seorang pemain terbaik yang pernah bermain untuk Atletico. Dan jika beliau tidak meninggalkan Atletico di masa depan, beliau akan turun sebagai legenda  di Wanda Metropolitano.

2 ) Marc-Andre ter Stegen

Barcelona harus berbangga kerana mereka mempunyai penjaga gol sehebat Marc-Andre ter Stegen kerana beliau telah muncul sebagai penyelamat rutin untuk pasukan itu dengan persembahannya yang cemerlang pada musim ini.

Kedua-dua Gerard Pique dan Clement Lenglet melalui masa yang sukar musim ini dan mereka berhutang banyak kepada penjaga gol mereka, yang telah menyelamatkan kesilapan dan kealpaan mereka sepanjang musim ini.

Pemain berusia 27 tahun itu hanya melakukan enam Cleen Sheet di La Liga dan melakukan dua Cleen Sheet di Liga Juara-Juara. Tetapi kekurangan Cleet Sheet dalam Liga bukan lah berpunca dari beliau. Ianya jelas berpunca dari kelemahan barisan pertahanan beliau yang menjadi penyebab mereka dibolosi.

Stegen adalah salah satu penjaga gawang terbaik di dunia ketika bermain untuk memulakan permainan dari bawah dan ia juga sangat brilian ketika menyelamatkan penalti.

Penjaga gol Jerman itu telah menjadi pemain terbaik Barcelona musim ini, bersama Lionel Messi dan menjadi pemain paling penting dalam pasukan.

1) Alisson Becker

Selepas menandatangani perjanjian bersama Liverpool pada musim panas 2018, Alisson Becker telah menjadi pemain paling penting dalam pasukan terhebat di dunia kendalian Jurgen Klopp.

Penjaga gol utama Brazil itu, bersama Virgil Van Dijk, mempunyai impak yang luar biasa untuk The Reds dan beliau meneruskan persembahan baiknya dalam dua musim ini kerana itulah beliau menjadi antara tonggak terpenting pasukan terhebat dunia ini.

Pemain berusia 27 tahun itu telah melakukan 12 Cleen Sheet dari 18 perlawanan dalam Liga Perdana dan beliau bukanlah sepenuhnya bergantung kepada pertahanan terunggul Liverpool semata-mata.

Selain memiliki pertahanan terhebat di dunia Liverpool harus berbangga kerana memiliki seorang penjaga gol yang begitu hebat tiada bandingnya seperti Alisson. Musim ini Alisson sudah menyelamatkan begitu banyak percubaan berbahaya yang memungkinkan tidak boleh di selamatkan oleh penjaga gol lain.

Selain itu, beliau juga hebat dalam pengawalan bola dan membina pergerakan dari bawah. Beliau antara penjaga gol terbaik dalam aksi gelecek menggelecek di dalam dunia kini.

Selain mampu menyelamatkan gawangnya dari dibolosi beliau juga mampu membantu bahagian serangan menjaringkan gol. Buktinya,ketika Liverpool menewaskan Setan Merah beliau telah melakukkan Assist dalam perlawanan itu.

Sebaliknya, dia hanya melakukan satu Cleen Sheet dari lima perlawanan dalam Liga Juara-Juara tetapi dia hanya bolos 4 gol yang bukannya sesuatu yang teruk.

Alisson telah memenangi pelbagai kejayaan sepanjang dua musim bersama pasukan terhebat dunia Liverpool. Dan musim ini beliau adalah calon untuk memenangi Golden Glove kedua nya di Primier League.

BACA:  Karius Menyalahkan Lampu Stadium Punca Aksi Hambar Beliau