Lima Penyerang Yang Efektif Pada Musim Ini di Eropah

Bila kita sebut perihal menjaringkan gol di Eropah, pasti dua watak akan terus menjelma di minda – Leo Messi dan Cristiano Ronaldo, di mana kedua-dua pemain ini dilihat menjaringkan gol semudah menjawab soalan Matematik Tambahan ketika SPM.

Tetapi, menjaringkan gol dalam satu musim tu satu cerita, menjaringkan gol dan melakukan assist mengikut minit permainan pula lain cerita. Ada beberapa penyerang di Eropah yang tidak menjaringkan gol sebanyak Mohammad Ghaddar, tetapi mereka cukup efektif dalam meletakkan bola ke dalam gawang pihak lawan sekiranya mereka diturunkan oleh pengurus pasukan.

Berikut kami kongsikan senarai lima penyerang yang cukup efektif menjaringkan gol dan melakukan assist setakat ini.

Eden Dzeko – 82 minit untuk setiap gol/assist

Bekas penyerang Manchester City ini sedang menikmati musim yang cemerlang bersama AS Roma dan rakyat Bosnia ini sedang membuktikan sebenarnya dia merupakan penyerang yang bagus jika diberi peluang.

Setakat ini, Dzeko telah menjaringkan 35 gol (1 penalti) dan 10 assist dalam kesemua pertandingan pada musim ini dan jumlah ini dicapai dalam tempoh 3617 minit perlawanan.

Dzeko masuk ke padang sebagai pemain gantian sebanyak lapan kali musim ini dan secara totalnya, dia telah melakukan 46 penampilan. Ternyata pada musim ini Dzeko mendapat sokongan dari segenap sudut daripada pemain Roma di dalam padang sekaligus membantu kelab Rom tersebut menduduki tangga kedua Serie A musim ini.

Luis Suarez – 73.980 minit untuk setiap gol/assist

Suarez boleh dikatakan sebagai penyerang terbaik dunia setakat ini. Suarez sememangnya banyak kali diturunkan oleh Luis Enrique pada musim ini, namun masih mampu untuk terlibat dalam menghasilkan gol untuk setiap 73.980 minit perlawanan.

Secara keseluruhan, Suarez telah menjaringkan 32 gol dan 19 assist dalam tempoh 3773 minit untuk kelab Catalan tersebut. Gaya permainan hantaran pendek oleh Barcelona, di samping mendapat sokongan daripada pemain seperti Leo Messi, Andres Iniesta dan Neymar, Suarez berjaya membuktikan bahawa dia merupakan penyerang yang digeruni pertahanan lawan.

Dries Mertens – 73.297 minit untuk setiap gol/assist

Dries Mertens mungkin tidak dikenali oleh ramai peminat bola sepak di luar Serie A, namun pemain kebangsaan Belgium ini cukup berpengaruh dalam membantu Napoli setelah ketiadaan Gonzalo Higuain pada musim ini.

40 perlawanan buat Napoli musim ini, dengan jumlah 2712 minit permainan, pemain berusia 29 tahun ini telah menjaringkan 27 gol termasuk dua penalti, dan 12 assist. Ini membuatkan Manchester United dan Arsenal berusaha untuk mendapatkan penyerang efektif ini.

Lionel Messi – 68.345 minit untuk setiap gol/assist

Siapa tak kenal Leo Messi maksudnya dia orang Amerika Syarikat. Pada musim ini, Messi telah menjaringkan 45 gol termasuk 7 penalti, dan melakukan assist sebanyak 17 kali dalam 44 perlawanan, bersamaan 3759 minit.

Prestasi ini menjadikan Messi menduduki di tangga kedua dalam senarai ini di mana dia terlibat dalam menghasilkan gol untuk setiap 68.345 minit buat kelab Catalan ini. Kontrak baru sudah hampir dipersetujui dan ini bakal mengekalkan Messi di Barcelona untuk tempoh yang lama lagi.

Entah apa rekod lagi yang Messi pecahkan nanti.

Kylian Mbappe – 60.468 minit untuk setiap gol/assist

Berusia 18 tahun, Kylian Mbappe muncul sebagai antara penyerang yang ditakuti di seluruh eropah. Lihat sahaja aksinya ketika Monaco mengenepikan Manchester City dalam pusingan 16 pasukan Liga Juara-juara.

Sesuai dengan usianya, Mbappe tidak dapat banyak minit permainan, dengan sekadar bermain untuk tempoh 1935 minit dalam 35 perlawanan, dengan 14 daripadanya sebagai pemain gantian.

Namun, dalam tempoh ini, Mbappe telah menjaringkan 21 gol tanpa penalti dan melakukan 11 assist menjadikannya terlibat dalam menghasilkan gol untuk setiap 60.468 minit permainan. Dalam bahasa mudah, setiap satu jam perlawanan, Mbappe akan membantu memberikan gol buat Monaco.

Prestasi ini menjadikan Mbappe sebagai aset yang paling hangat di eropah pada musim ini dan kelab-kelab besar seperti Real Madrid, Barcelona, Chelsea dan Manchester City dikatakan sedang mengintai peluang untuk membeli pemain ini.

Tapi harap-harap Mbappe hanya akan berpindah dalam tempoh beberapa tahun lagi, untuk mengelakkannya menjadi seperti Alex Pato, Robinho dan juga Freddy Adu.

Artikel asal boleh dibaca dalam bahasa Inggeris di Sportskeeda

Baca Juga

Baca Juga