Lima Rahsia Utama AS Monaco Lahirkan Pemain Muda Luar Biasa Baik

Pasukan AS Monaco bukanlah satu pasukan yang cukup terkenal di dunia, apatah lagi di Malaysia. Namun semenjak dua menjak ini pasukan ini mencuri tumpuan apabila layak ke separuh akhir Liga Juara-juara menentang gergasi Itali, Juventus.

Dalam perlawanan separuh akhir pertama, Juventus dengan selesa menewaskan pasukan negara kerdil ini 2-0 di tempat lawan, melalui dua gol daripada pemain termahal mereka, Gonzalo Higuain, namun apa yang mencuri tumpuan ialah, tujuh pemain AS Monaco daripada kesebelasan utama berusia di bawah 25 tahun!

Berikut adalah kesebelasan utama Monaco dan usia mereka.

Penjaga gol – Danijel Subasic : 31 tahun

Pertahanan kanan – Nabil Dirar : 31 tahun

Pertahanan tengah – Kamil Glik : 29 tahun

Pertahanan tengah – Jemerson : 24 tahun

Pertahanan kiri – Djibril Sidibe : 24 tahun

Pemain tengah kanan – Bernardo Silva : 22 tahun

Bernardo Silva

Pemain tengah – Fabinho : 23 tahun

Pemain tengah – Tiemoué Bakayoko : 22 tahun

Pemain tengah kiri – Thomas Lemar : 21 tahun

Thomas Lemar

Penyerang – Radamel Falcao : 31 tahun

Penyerang – Kylian Mbappe : 18 tahun

Secara puratanya, usia kesebelasan utama Monaco dalam perlawanan tersebut ialah 25.18 tahun! Cukup muda dan bermain di peringkat tertinggi. Ada antara pemain ini yang menjadi sasaran kelab lain sepeti Kylian Mbappe dan Bernardo Silva – menjadi sasaran Manchester United yang mahu kekalkan kedudukan di tangga kelima Liga Perdana Inggeris pada musim depan.

Lebih menarik lagi, majoriti pemain muda kelab ini adalah hasil daripada akademi kelab mereka. Apa rahsia di sebalik kejayaan ini?

Jaringan Scout

AS Monaco mempunyai jaringan scout yang terbaik di Perancis. Kami mencari pemain semuda 11 dan 12 tahun di seluruh Perancis. Kesemua scout kami mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai lokasi yang mereka ditugaskan dan proses identifikasi pemain yang sangat teliti merupakan faktor utama kejayaan akademi ini – Tor-Kristian Karlsen, Pengarah Sukan AS Monaco

Tor Kristian Karlsen

Kepelbagaian

Kami mahukan profil yang berbeza-beza untuk satu posisi, dan ini adalah demi mengelakkan persaingan secara terus untuk setiap posisi – Bertrand Reuzeau, jurulatih belia AS Monaco

Bertrand Reuzeau

Apabila ada bakat baru tiba di La Turbie, kita ada banyak jurulatih yang bagus yang bekerja untuk meningkatkan kualiti mereka sebagai pemain bola sepak, dan sebagai seorang manusia – Tor-Kristian Karlsen, Pengarah Sukan AS Monaco

Pengkhususan

Graduan daripada akademi Monaco belajar mengenai asas kepada corak permainan berbentuk possession football dan juga corak tradisional. Mereka juga bermain di pelbagai posisi sehinggalah mereka berusia 16 tahun. Pada usia 17 tahun, setiap pemain muda ini akan bermain khusus di satu posisi sahaja. Pemain terbaik akademi akan dicampurkan dengan pemain professional di pasukan B Monaco, yang bermain di divisyen 4 Liga Perancis.

Penilaian di Luar Padang

Kami selalunya tidak akan membawa pemain yang mempunyai rekod yang buruk di luar padang, dan pada masa yang sama kami akan mengajar pemain yang kami ada untuk menjadi manusia. Setiap graduan akademi akan diberi tugas untuk memahami orang lain yang seusia mereka, tetapi hidup dalam suasana berbeza – Bertrand Reuzeau, jurulatih belia AS Monaco

Data yang Besar

Kebanyakan kelab bola sepak mempunyai data yang sama mengenai pemain mereka, tetapi kami cuba memberikan kelainan apabila kami membentangkan data tersebut kepada pemain. Graduan akademi kami akan memberikan maklum balas mengenai beban latihan mereka. Kami akan berikan mereka analisa teknikal perlawanan mereka 48 jam selepas perlawanan dan kami juga mempunyai satu apps untuk mereka memerhatikan data mereka melalui telefon pintar masing-masing – Bertrand Reuzeau, jurulatih belia AS Monaco

Baca Juga

Baca Juga