Lima Sebab Kenapa Cristiano Ronaldo Mempunyai Paling Ramai Peminat

6 Ogos 2003, Manchester United mengunjungi Portugal untuk perlawanan pra-musim menentang kelab feeder mereka, Sporting Clube de Portugal. Pasukan bimbingan Alex Ferguson dibelasah 3-1 dalam perlawanan tersebut tetapi bukanlah keputusan yang menjadi perhatian.

Pertahanan kanan United, John O’Shea telah dianjing-anjingkan oleh pemain muda Sporting yang bernama Cristiano Ronaldo, lebih menjadi buah mulut orang ramai.

Selepas perlawanan tersebut, Ferguson enggan meninggalkan Portugal melainkan persetujuan berjaya dimeterai untuk membawa pemain berusia 18 tahun itu ke Old Trafford. Seperti kata orang putih, the rest is history.

Sejak detik itu, nama Ronaldo semakin hari semakin dikenali oleh umat bola sepak di seluruh dunia. Prestasinya di atas padang dan di luar padang menjadikannya cukup popular dan muncul sebagai pemain bola sepak yang mempunyai paling ramai peminat.

Berikut adalah lima faktor kenapa Ronaldo cukup popular dan diminati di seluruh dunia.

Cemerlang bersama Real Madrid dan Portugal

Ketika hadir di Manchester United, tiada siapa yang mengenali pemain kurus dan tinggi lampai ini, tambahan pula Ferguson cukup berani memberikannya jersi bernombor 7 yang baru sahaja dikosongkan oleh David Bekcham.

Namun, selepas 84 gol dalam 196 perlawanan kemudian, Ronaldo dijulang sebagai lagenda United. Tiga Liga Perdana Inggeris, dua Piala Liga, Piala FA, Perisai Komuniti, Liga Juara-juara dan Piala Dunia Kelab FIFA – membuktikan pemain ini bukanlah spesies Eric Djemba-Djemba.

Ronaldo muncul sebagai pemain paling mahal di dunia selepas dibeli Real Madrid dan di ibu kota Sepanyol, dia terus memecahkan rekod-rekod yang sebelum ini disangkakan mustahil. Sehingga hari ini, dia telah menjaringkan 390 gol, memenangi La Liga, dua Copa Del Rey, satu Copa de Espana, dua Liga Juara-juara, dua Piala Super UEFA dan dua Piala Dunia Kelab FIFA.

Semua piala telah dimenangi Ronaldo, kecuali Piala Malaysia

Dia juga telah mencipta rekod-rekod di bawah untuk kelab Castille itu.

1- Penjaring terbanyak Real Madrid sepanjang zaman – 4++ gol

2- Menjaringkan 50 gol dalam masa yang paling singkat

3- Menjaringkan 100 gol dalam masa paling singkat

4- Menjaringkan 200 gol dalam masa paling singkat

5- Menjaringkan 250 gol dalam masa paling singkat

6- Gol terbanyak dijaringkan dalam 7 perlawanan berturut-turut – 15 gol

7- Pemain pertama yang menjaringkan dalam 8 perlawanan berturut-turut

8- Hatrik terbanyak dalam sejarah Real Madrid – 38

9- Pemegang rekod penjaring terbanyak Real Madrid dalam Liga Juara-juara – 78 gol

10- Penjaring terbanyak Real Madrid di peringkat eropah – 80 gol

11- Penjaring terbanyak dalam Liga Juara-juara (termasuk gol bersama Manchester United) – 1++ gol

Ronaldo memenangi pemain terbaik FIFA sebanyak empat kali, dengan tiga kali bersama Real Madrid. Bersama Portugal pula, dia telah menjaringkan 68 gol dalam 136 perlawanan setakat ini dan lebih manis, dia telah membantu Portugal muncul juara Kejohanan Eropah 2016.

Dia juga muncul pemain yang paling banyak membuat penampilan dalam kejohanan paling berprestij di eropah, selain muncul pemain pertama yang menjaringkan gol dalam empat edisi kejohanan eropah.

Perseteruan Dengan Leo Messi

Orang ramai mengatakan El Classico sebagai perlawanan terbaik di atas muka bumi ini. Namun, hari ini apabila dua pasukan ini bertemu, dua pemain terbaik dunia pasti akan bersemuka – Ronaldo dan Messi.

Persaingan antara kedua-dua pemain ini bukan sekadar ketika atas padang, malah dalam rekod juga di mana mereka saling pecah memecahkan rekod yang ada, dan kita bertuah kerana hidup di zaman ini. 

Jika Ronaldo berjaya memenangi satu lagi anugerah pemain terbaik dunia FIFA, dia akan menyamai rekod Messi secara keseluruhannya.

Jenama CR7

Di luar padang juga, nama Cristiano Ronaldo sangat popular. Bintang Portugis ini mereka jenama pakaiannya sendiri – CR7. Persembahan fesyen pertamanya adalah di Madeira – satu pulau di mana dia dilahirkan dan kini banyak kedai menjual pakaian jenamanya yang menampilkan tali pinggang bertatahkan berlian, jeans dengan poket kulit dan kasut berkacing.

Pulau Madeira – pulau kecil di barat Portugal

Ronaldo juga membuka muzium yang diberi nama Museu CR7 di Madeira dan muzium ini memaparkan trofi dan segala kenangannya dalam bola sepak.

Selalu Membantu Insan Yang Lemah

Menjadi terkenal dan memiliki wang yang banyak nyata tidak menggelapkan hati Ronaldo di mana dia telah banyak kali membantu mereka yang memerlukan dan tindakan ini dipuji oleh semua pihak termasuk penyokong lawan.

Contohnya, Ronaldo telah menderma £100,000 kepada hospital yang menyelamatkan nyawa ibunya daripada kanser, supaya mereka dapat membangunkan pusat kajian kanser di pulau tersebut.

Ronaldo juga telah melelong kasut emas yang dimenanginya pada tahun 2011 pada harga €1.5 juta dan wang tersebut didermakan kepada sekolah-sekolah di Gaza. Selain itu, dia juga merupakan duta bagi NGO ‘Save the Children’ – yang menyumbang makanan, pakaian dan perubatan kepada keluarga-keluarga di Aleppo dan seluruh Syria ketika krismas 2016.

Mesej pentingnya direkod dalam video yang berbunyi,”Ini adalah untuk kanak-kanak Syria. Kami tahu anda banyak menderita. Saya adalah pemain terkenal, tetapi kamu adalah wira sejati.

Jangan putus harap. Seluruh dunia bersama kamu. Kami ambil berat tentang kamu. Saya bersama kamu.

Perhatian Media

Ronaldo jarang bercakap dalam media, namun apabila dia bercakap, dia akan bercakap sesuatu benda yang spesifik. Sebaliknya, berita tentangnya selalu menghiasi media melalui persembahannya di atas padang, keluarganya, fizikalnya yang menarik dan kerja kebajikannya.

Dia juga jarang menggunakan media untuk bertikam lidah dengan lawannya, tetapi bila dia buat demikian, ayat tajam pasti akan keluar.

Ronaldo dengan Messi baik je sebenarnya

Contohnya pada permulaan musim 2016-17, Xavi Hernandez secara tiba-tiba mengatakan bahawa Ronaldo tidak bernasib baik kerana bermain pada era yang sama dengan Messi – pemain yang dianggap terbaik sepanjang zaman oleh Xavi.

Ronaldo membalas semula kenyataan bekas kapten Barcelona tersebut dengan mengatakan,

“Aku ni orang yang paling selalu orang cari dalam internet. Siapa-siapa yang nak perhatian media secara percuma, dia mesti bercakap pasal aku. Aku tak kisah apa yang Xavi cakap pasal aku, dia pun main di Qatar kan? ke kat mana? Takkan Melaka kot.”

Sumber artikel : Allfootball

Baca Juga

Baca Juga