Tiada siapa yang nampak potensi England yang sememangnya menjadi kiblat bola sepak Malaysia bakal menjulang Piala Dunia 2018 ini kerana sejarah telah membuktikan bahawa England tidak mampu beraksi cemerlang di kejohanan besar.
Bermula dari skuad generasi Emas mereka, perak dan gangsa semuanya gagal dengan cemerlang dan serba tidak menjadi. Kini dengan pasukan yang dibarisi pemain muda dan entah siapa-siapa England dipandang sepi.
Namun kejayaan England menghapuskan badi dipenentuan sepakan penalti menjadi titik tolak tambah bahagi darab England disebut-sebut sebagai calon juara kejohanan yang berlangsung setiap 4 tahun ini.
England gagal memenangi sebarang perlawanan di pusingan kalah mati Piala Dunia sejak 2006 dan menamatkan rentetan kekalahan itu dengan menewaskan Colombia.
Piala Dunia 2006 – Tersingkir di pusingan kalah mati.
EURO 2008 – Gagal layak.
Piala Dunia 2010 – Tersingkir di pusingan 16 terbaik kepada Jerman.
EURO 2012 – Kalah sepakan penalti kepada Italy.
Piala 2014 – Persembahan terburuk England di Piala Dunia, pulang awal selepas gagal melepasi peringkat kumpulan.
EURO 2016 – Kekalahan memalukan kepada pendatang baru Iceland.
Sejarah mengajar kita menjadi lebih dewasa meniti arus angkara lupakan kisah yang lalu teguhkan tugu imanmu doaku buat England. Begitulah England cuba bangkit dari kegagalan teruk di kejohanan besar dalam tempoh lebih sedekad ini.
Kejayaan England melepasi cabaran Colombia merupakan satu kejayaan yang besar dalam tempoh 10 tahun ini dan jika layak ke separuh akhir menentang Sweden je pun akan menjadi kejayaan terbesar buat Tiga Singa sejak 1996.
Ketahuilah kenapa rakyat England begitu gembira dengan kejayaan di Piala Dunia ini seolah-olah mereka telah sah bergelar juara. Sama juga situasi Panama berjaya menjaringkan pertama mereka di Piala Dunia walaupun tewas 6-1 kepada England.
Itulah bola sepak. Kau dapat merasai dan menjumpai satu kesempurnaan dalam sebuah kecacatan. Bak kata Kamikaze – Tawa dalam tangisan.
Maka ketahuilah semua kenapa England berpotensi bergelar juara.
1. Kepoweran Harry Kane
Sejak awal kemunculannya bersama Tottenham Hotspur, Harry Kane tidaklah dipandang tinggi walaupun muncul penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris dan dilabel sebagai ‘One Season Wonder’ macam Ricky Martin yang popular kerana lagu Piala Dunia 1998.
Namun Kane membuktikan dakwaan mereka bermulut puaka ini salah atau tidak benar bukan Mohammed Salah apabila menjadi penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris buat kali kedua berturut-turut. Mungkin kerana bermain bersama Spurs.
Walaupun gagal mengekalkan kasut emas buat kali ketiga berturut-turut namun jaringan Harry Kane tetap konsisten musim ini dan ketajaman penyudahnya itu dibawa bersama ke Piala Dunia 2018 dan kini dalam perebutan kasut emas.
Semasa EURO 2016 Kane dikritik kerana gagal menjaringkan sebarang gol dan perkara ini menjadi penanda aras bahawa Kane akan mengulangi sejarah itu. Namun setakat ini Kane telah menjaringkan 6 gol dalam 3 perlawanan. Benar! 6 gol dalam 3 perlawanan.
Kegarangan Harry Kane di Russia seakan tidak dapat dihentikan lagi. 6 gol yang terhasil adalah dari 6 percubaan. Dan banyak lagi gol akan dijaringkan Kane kerana peluang dicipta untuk beliau tidak sebanyak seperti di Spurs tetapi ketajaman makin padu.
Lawan Sweden disuku akhir nanti Kane akan menjaring 11 gol dan memintas Miroslav Klose sebagai penjaring terbanyak dalam sejarah Piala Dunia.
2. Kekentalan Maguire dan Stones
England hadir ke Russia dengan sistem pertahanan yang diluar norma dan kebiasaan mereka di mana Tiga Singa bermain dengan sistem 3 pertahanan. Sistem ini nyata telah menghadirkan permainan terbaik dari John Stones dan Harry Maguire.
Maguire beraksi agak baik bermain bersama Everton tetapi tidaklah power sangat dan Stones pula kehilangan tempat di Mnachester City tetapi dibawa kerana mereka lelaki Inggeris sejati. Namun aksi mereka sangat cemerlang.
Stones pula telah mencatatkan nama sebagai penjaring dan menjaring dua gol pertama bersama England ketika menewaskan Panama. Maguire pula dilihat sangat selesa ketika bola berada di kaki dan mampu membantu jentera tengah.
Namun begitu Kyle Walker dilihat bergelut untuk mengadaptasi dalam sistem 3 pertahanan ini dan kelihatan sangat bergelut dengan beberapa kesilapan. Kenapa England bermain menggunakan 3 pertahanan?
Ini kerana Mat Sabu tidak dapat bermain selepas dilantik sebagai Menteri Pertahanan. Semoga Kelakar hendaknya.
3. Southgate Menjumpai Ramuan Berkesan
Ramuan yang dijumpai Gareth Southgate ini bukanlan seperti ramuan yang dapat memutihkan serta membuatkan pemain menjadi gebu serta kurus tanpa bersenam apatah lagi menggunakan buah kelapa serta teropong ajaib.
Apa yang menjadi ramuan yang berkesan buat lelaki bernama Pagar Selatan ini adalah sistem yang telah digunpakai Pengurus Tiga Singa ini dengan mengamalkan 3 permain pertahanan yang telah membuatkan semua pemain bermain dengan baik.
Sistem pertahanan bertiga ini telah membolehkan Kieran Trippier naik ke atas dan menghantar bola ke kotak penalti sekaligus Southgate mendapat satu unit serangan yang sedap di kubu lawan. Inilah punca Kane sedap di depan.
Dengan pemain seperti Dele Alli, Jesse Lingard dan Raheem Sterling di dalam kesebelasan utama apalagi kau nak? Serang jela. Ketiga-tiga pemain ini setakat ini belum lagi menunjukkan prestasi sebenar secara serentak dalam satu perlawanan.
Jika 3 pemain ini ‘on form’ secara serentak maka tiada apa dapat menghalang lagi. Sterling power tetapi gagal mencari gol dan kadang kala agak tamak. Tetapi ketiga-tiga pemain ini saling melengkapi dalam menutup kelemahan masing-masing.
Eric Dier pula menjadi tenaga tambahan yang dapat merubah dan menguatkan bahagian tengah jika menentang lawan yang lebih kuat.
4. England Belum Di Puncak Prestasi
Pemain England belum menunjukkan prestasi dan potensi sebenar mereka setakat ini kerana ada pemain yang kurang menyerlah dalam setiap perlawanan namun sistem yang digunakan Gareth Southgate dapat mengimbangi kelemahan antara mereka.
Kyle Walker masih bergelut dengan melakukan beberapa kesilapan namun ditutup oleh Stones dan Maguire jika Walker dapat rentak sebenar semakin keballah England. Tahap kemuncak mereka belum tiba dan dipamerkan lagi.
Raheem Sterling, Delli Alli belum lagi menunjukkan permainan sebenar mereka setakat ini seperti bersama kelab. Jika semua pemain England beraksi pada potensi sebenar mereka maka juaralah jawabnya.
Perkara ini bukan sahaja terjadi kepada England malah pasukan lain juga mempunyai beberapa pemain yang sedang bergelut. Jika semua bermain pada tahap sebenar maka satu bonus bagi kita dapat menonton perlawanan yang sedap.
5. Laluan England tanpa pasukan pilihan
Dalam perlawanan penentuan juara kumpulan G, Belgium dan England bermain dengan menggunaka pemain simpanan dan tidak mahu menang dalam perlawanan ini. Adnan Januzaj menjaringkan gol kemenangan Belgium untuk bertemua Brazil.
England pula selaku naib juara kumpulan berada dilaluan yang mudah dan hanya akan bertemu Sepanyol di separuh akhir namun, Sepanyol pulang awal dan peluang England semakin cerah untuk ke final mengikut perkiraan di atas kertas.
“How you feeling?”
“feeling better than Spain did”
Never change Jamie, Never change #Eng pic.twitter.com/uIsbMbpPpA
— Josh Skeates (@Skeates10) July 3, 2018
Mengikut perkiraan untuk ke final England hanya akan bertemu Sweden kemudian Croatia atau Tuan Rumah, Russia yang merupakan satu pasukan yang tidak berapa kuat jika dibandingkan dengan England.
Namun ini adalah Piala Dunia dan di suku akhir adalah 8 pasukan terakhir yang berjaya mara dan melepasi halangan untuk sampai ke tahap ini tetapi begitu juga England tiada siapa menjangka akan mendapat laluan sebegini rupa.
England tidak pernah mendapat peluang dan laluan sebaik ini sejak mereka layak ke perlawanan akhir Piala Dunia tahun 1966 dan kali mendapat laluan sempurna. Namun semua ini bergantung kepada prestasi Southgate dan anak buah.
Piala Dunia penuh kejutan Sepanyol dan Jerman juga pulang, adakah ini rezeki England?
6. Liverpool
Inilah faktor terbesar yang ramai tidak tahu dan jika tahu menerima tidak dapat menerima hakikat bahawa Liverpool power this is our year! merupakan kelab bola sepak paling hebat di muka bumi tiada dua hanyalah satu kau yang kucintai.
Kebangkitan kembali Liverpool ke pentas Eropah selepas hampir sedekad seiring dengan kebangkitan England di pentas. Jika England adalah kiblat bola sepak Malaysia maka ketahuilah bahawa Liverpool adalah kiblat bola sepak Dunia.
Hanya iri hati dan hasad dengki menafikan hakikat ini. Tidak perlu ulas panjang dan penerangan panjang lebar mengenai faktor ini kerana Liverpool adalah power.