Lima Undang-undang Bola Sepak Yang Mungkin Tidak Diketahui Ramai

Main bola sepak ni bukannya mudah. Dah lah stamina kena tinggi, teknik kena betul, otak kena waras dan yang paling penting kena tahu undang-undang secara keseluruhannya.

Kenapa perlu tahu undang-undang?

Supaya nanti tidak lah engkorang akan bergaduh dengan pengadil, atau menyumpah seranah maki hamun pengadil. Lebih teruk lagi, engkorang akan label keputusan pengadil tersebut sebagai satu pakatan daripada pihak tertinggi untuk menjatuhkan pasukan engkorang.

Padahal tak wujud pun benda macam tu. Perasan sorang-sorang.

Dalam berjela undang-undang bola sepak ni, ada beberapa undang-undang atau peraturan yang mungkin tidak diketahui ramai. Jadi ada baiknya kalau kami kongsikan di sini beberapa peraturan ini supaya tidak lagi menjadi perdebatan hangat sewaktu engkorang main bola nanti.

Sebelum kita tengok apa peraturan tersebut, baik kita tengok dulu bahagian-bahagian yang ada dalam padang.

Gambar padang di atas telah ditandakan dengan nombor Roman yang bermaksud :

I – Garisan gol

II – Garisan tepi

III – Garisan tengah

IV – Garisan kotak penalti

V – Garisan tendangan gol

Nama di atas mungkin berbeza dengan nama yang engkorang belajar, tapi tu lah, ada aku kisah?

Tendangan gol (Goal kick)

Tendangan gol diberikan sekiranya seluruh bola telah melepasi garisan gol (nombor I dalam gambar di atas), sama ada bola di udara atau di atas tanah, dengan syarat insan terakhir yang menyentuh bola tersebut ialah pemain dari pasukan yang menyerang, di samping bola tidak berada di dalam gol.

Cara untuk mengambil tendangan gol :

i- Bola mestilah pegun dan diletakkan di mana-mana sahaja asalkan di dalam ruang garisan V oleh pasukan yang bertahan.

ii- Perlawanan bermula setelah bola keluar dari kotak penalti atau garisan IV.

iii- Pihak lawan/menyerang perlu berada di luar kotak penalti sehinggalah bola dimainkan, dengan kata lain sehingga bola keluar dari kotak penalti.

Jika pemain yang mengambil tendangan gol tersebut mempunyai kekuatan seperti Si Kaki Besi Shaolin Soccer dan dia merembat bola tersebut terus masuk ke gawang pihak lawan, maka gol akan dikira – tak kiralah sama ada terdapat sentuhan atau tidak.

Akan tetapi, kalau insan yang mengambil tendangan gol tersebut mabuk laut lalu menyepak gol ke dalam gol sendiri, gol tidak akan dikira, sebaliknya pihak lawan akan mendapat tendangan sudut.

Jika dan hanya jika bola yang disepak itu belum keluar dari kotak penalti, lalu disentuh oleh pihak lawan atau pihak sendiri, maka tendangan gol perlu diambil semula, walaupun sehingga 158 kali.

Jika pemain yang mengambil tendangan gol tersebut berulang kali menyepak bola dengan perlahan supaya bola tidak meninggalkan kotak penalti, maka pemain itu dikira melakukan kesalahan tidak mempunyai semangat kesukanan dan layak dilayangkan kad kuning.

Ada satu situasi di mana perlawanan dimainkan dalam keadaan angin kencang dan kesemua 11 pemain telah cuba menendang bola keluar dari kotak penalti namun masih gagal, maka mereka tidak dikira tiada semangat kesukanan kerana mereka telah mencuba sedaya upaya.

Jadi, kalau engkorang main liga sosial nanti pengadil suruh ambil semula tendangan gol, engkorang jangan marah pengadil tu. Faham?

Kalau bola masuk seperti video di bawah, gol tetap dikira kerana bola tidak mati ketika mula dimainkan.

Tendangan percuma (Free kick)

Syarat tendangan percuma ni senang sahaja. Letak bola sampai pegun dan sepak. Bola dikira hidup jika bola itu jelas kelihatan telah bergerak. Maknanya, kalau pemain yang mengambil tendangan tersebut sekadar mencuit bola tanpa menggerakkan bola, maka itu belum dikira sebagai tendangan lagi.

Tendangan percuma terbahagi kepada dua – terus (direct) dan tidak terus (indirect). Situasi dalam tendangan percuma adalah seperti di bawah :

i- Dalam tendangan indirect, jika bola yang disepak menembusi gol pihak lawan tanpa ada sentuhan pemain, maka gol tersebut tidak dikira dan pihak bertahan akan mendapat tendangan gol.

ii- Dalam tendangan percuma terus pula, jika bola masuk ke gawang pihak bertahan, maka gol tetap dikira sama ada terdapat sentuhan pemain lain atau tidak.

iii- Dalam tendangan terus dan tidak terus, sekiranya tendangan diambil masuk ke gawang sendiri tanpa sentuhan sebarang manusia, maka pihak lawan akan mendapat tendangan sudut.

Maka selepas ini jangan kau bersorak jika pihak lawan terjaringkan gol sendiri melalui tendangan percuma.

Pengadil atau Penyokong Jaringkan Gol

Ambil contoh situasi di ini. Engkau adalah penjaga gol dan mengambil tendangan gol. Kau sangka tendangan kau tu sampai ke gol lawan, tetapi bola sekadar bergerak laju secara leret lalu terkena pengadil atau penyokong yang beryang ada di luar kotak penalti kau. Selepas terkena pengadil, bola melantun lalu masuk ke dalam gol engkau.

Maka gol tersebut akan dikira, dan dianugerahkan kepada pihak lawan.

Dalam perlawanan, pengadil dan penjaga garisan boleh diibaratkan sebagai tiang telefon yang tidak bernyawa. Jika bola terkena pengadil, maka perlawanan dimainkan seperti biasa, melainkan kalau pengadil rebah dan memerlukan bantuan kecemasan, kau buanglah bola ke luar dahulu.

Kalau bola terkena penyokong yang berlari masuk ke padang juga tetap dikira sebagai gol.

Ofsaid

Syarat sah ofsaid sangat mudah. Kedudukan seorang pemain tersebut dikira ofsaid jika mana-mana bahagian kepala, badan atau kaki lebih dekat dengan garisan gol pihak lawan, daripada pemain kedua terakhir pemain lawan.

Faham?

Dalam konteks biasa, pemain kedua terakhir semestinya pertahanan lawan, dan pemain terakhir ialah penjaga gol. Jadi kalau mana-mana bahagian yang disebutkan di atas berada di posisi ini, maka seorang pemain dikira ofsaid.

Jika pemain pertahanan lawan keluar padang tanpa kebenaran pengadil, hatta jatuh melepasi garisan gol sekalipun, maka pemain tersebut dikira sebagai pemain terakhir dan pemain selepasnya dikira kedua akhir.

Video di bawah menerangkan situasi ini di mana gol Nisterooy tetap dikira tidak ofsaid, kerana dia berada di hadapan pemain kedua terakhir, iaitu penjaga gol Itali.

Penjaga Gol Menangkap Bola Tandukan Rakan Sepasukan

Ambil contoh satu ketika di mana pemain lawan membuat satu hantaran lintang yang cantik dan sampai ke depan kau, lalu kau tanduk bola itu kepada penjaga gol pasukan kau, lantas penjaga gol menangkap bola. Maka ini tidaklah menjadi satu kesalahan, dan perlawanan diteruskan seperti biasa.

Tetapi, kalau bola berada di kaki kau, kau sungkit bola ke atas dan tanduk bola tersebut kepada penjaga gol pasukan kau, lalu ditangkap olehnya, maka ini dikira sebagai satu kesalahan tidak bersemangat kesukanan. Maka pengadil ada hak untuk layangkan kad kuning kepada kau, dan anugerahkan pihak lawan tendangan percuma tidak terus.

Dalam kes Marco Veratti dalam video di bawah, walaupun dia tidak menyungkit bola ke atas, dia masih lagi dikira memanipulasi permainan dan tidak menunjukkan semangat kesukanan. Maka dia dikenakan kad kuning. Kalau nak tanduk juga kepada penjaga gol, kau buat-buat jatuh lalu tertanduk bola sambil berdoa pengadil tak tahu kau sengaja.

Ada beberapa lagi peraturan yang mungkin engkorang tak tahu, tapi kami kongsikan lima sahaja dahulu. Kalau bagi banyak-banyak nanti engkorang muntah pula.

Nota : Segala sumber peraturan di atas diambil dari TheFA.com

Baca Juga

Baca Juga