Lindelof Panggil Bruno Fernandes Nokharom Selepas Gol Kedua Sevilla

Manchester United telah pun selamat tersingkir daripada saingan Europa League di peringkat separuh akhir apabila tewas dengan aksi kebangkitan Sevilla.

Bruno Fernandes membuka tirai jaringan perlawanan melalui sepakan penalti sebelum Suso menyamakan kedudukan 20 minit kemudian.

Ketika kedudukan terikat 1-1, Luuk de Jong menamatkan impian Eropah Manchester United bagi musim ini dengan gol kedua yang merupakan gol kemenangan.

Persoalan mula berlegar-legar mempersoalkan tindakan pemain pertahanan Setan Merah yang membiarkan sahaja Luuk de Jong bebas tidak dikawal lalu mudah menolak masuk bola ke gawang.

Aaron Wan-Bissaka dengan tiba-tiba telah berhenti mengekori Luuk De Jong dan Vicktor Lindelof jelas tidak mampu menghalang hantaran Jesus Navas yang lalu di depan mata.

Tiada tindakan yang dibuat Lindelof untuk sekurang-kurangnya cuba untuk memintas bola dan Bissaka pula telah berhenti mengejar. Satu cara bertahan yang sangat teruk.

Bruno Fernandes nyata tidak berpuas hati dengan pemain pertahanan Setan Merah dan dirakam telah menjerit kepada Lindelof yang nyata tak berguna. Selamat Wan Bissaka tak kena marah.

Vindelof yang tertekan itu tidak sekadar redha dan pasrah malah telah kembali membalas dengan memaki hamun Bruno Fernandes dengan panggilan Nokharom.

“Kau pergi toot! Nokharom!”

“vai tomar no cu filho da puta.”

Versi edit pun sedap.

Gol pertama yang merupakan gol penyamaan Sevilla daripada Suso juga jelas menunjukkan bahawa pemain pertahanan Setan Merah sudah tidur.

Hantaran mudah dan ringkas itu cukup untuk membuatkan Harry Maguire bingung dan Brandon William ke laut dan bola menemui Suso untuk gol penyamaan.

Tiga kali Ole Gunnar Solskjaer kecundang diseparuh akhir musim ini, League Cup, FA Cup dan terkini Europa League. Sevilla dijangka bertemu Inter Milan di Final.

Dengan kekalahan Setan Merah ini, maka berakhirlah kempen semua pasukan England di peringkat Eropah bagi musim 2019/20.

BACA:  Dianggap Kembar Bruno Fernandes, Ini Jawapan Atlet Taekwondo Tunisia