Lineker Pertahankan Pengadil Yang Dikritik Oleh Solskjaer

Saingan Premier League musim ini baru sahaja berlangsung selama dua minggu, namun pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer sudah mula mencari kesalahan berkait mutu pengadilan di England.

Pengurus dari Norway itu tidak gembira dengan keputusan pengadil, Craig Pawson yang dikatakan gagal untuk menghukum Southampton atas kesalahan mereka membuang masa.

Beliau bahkan turut mendakwa yang andai hal seperti itu kekal berterusan, maka para pemainnya perlu bersedia dengan beberapa siri kecederaan lagi.

Walaupun Liverpool merupakan pasukan seteru utama United, Solskjaer dengan segera menyatakan sokongan beliau pada Jurgen Klopp yang sebelum ini turut mempertikaikan tentang mutu pengadilan.

Klopp menyatakan yang pengadil ketika aksi kemenangan 2-0 Liverpool menewaskan Burnley mengingatkan beliau kepada peristiwa 10 ke 15 tahun dahulu, dan turut menasihati para penyokong supaya menonton gusti kalau mahu melihat aksi melibatkan fizikal.

Walau bagaimanapun, Solskjaer tidak benar-benar menggunakan mutu pengadilan Pawson sebagai alasan untuk United keciciran mata ketika aksi di St. Mary stadium itu.

Namun beliau menyatakan yang peraturan sepertinya berubah dari sesuatu yang extreme kepada yang lebih lagi.

Beliau menekankan tentang cabaran dari Jack Stephens ke atas Bruno Fernandes ketika build up gol jaringan Che Adams yang menyebabkan United ketinggalan pada aksi babak pertama permainan.

“Saya tak risau, tapi kita perlu lihat hal ini kerana kita tak boleh pergi dari satu extreme dari bola tampar atau bola keranjang dari tahun lalu dan pergi ke rugbi sekarang. Saya lebih suka cara yang lembut, ia lebih sesuai untuk bola sepak lelaki. Ia kekasaran (Stephens ke atas Fernandes). Dia meluru ke arah Bruno, segala tubuh badan dia memang jelas mengasari Bruno.”

United kemudiannya berjaya menjaringkan gol penyamaan ketika awal aksi babak kedua permainan, hasil jaringan dari Mason Greenwood.

Ia merupakan kali pertama penyokong Southampton dapat memenuhi stadium mereka, dan Ole menegaskan corak permainan kasar mereka menyebabkan penyokong lebih bersemangat.

“Kamu boleh nampak dari awal dengan penonton juga, ia menyebabkan penyokong bising ketika kami melakukan tackles dan kami juga turut kena tackle beberapa kali. Itu semua sebab corak permainan mereka.”

Lineker kemudiannya segera membidas kenyataan dari Ole dengan beliau menjelaskan tentang kekecewaan peminat terhadap pengurusan peraturan dan pengenalan VAR pada musim lalu.

Beliau membalas terus kenyataan dari BBC di twitter, dengan Lineker menyatakan kepada Solskjaer yang beliau salah dan pengadil telah melakukan tindakan yang betul.

Beliau juga turut memeprincikan tentang peraturan yang Ole mungkin terlepas pandang dan menetapkan pendiriannya bahawa pengadil tidak salah.

Lineker juga menegaskan yang bola sepak merupakan sukan fizikal dan segala sentuhan itu yang menjadikan sukan ini lebih menarik dan menghiburkan.

Walau bagaimanapun, masih tidak jelas dengan apa yang dimaksudkan oleh Solskjaer ketika beliau bercakap yang dirinya lebih suka kelembutan dalam bola sepak.

Sepertinya sentuhan fizikal sudah lama ada dalam dunia bola sepak dan ia jelas menjadikan sukan ini lebih menarik untuk ditonton, sama seperti apa yang dikatakan oleh Gary Lineker.

Ole walau bagaimanapun turut berdepan dengan kecaman dan kritikan dari pelbagai pihak atas taktikal dan pemilihan pemain ketika aksi seri bertemu Southampton semalam.

Manchester United pada minggu hadapan akan turun beraksi bertemu Wolves dalam aksi saingan liga di Molineux Stadium.

Mereka tentunya mahu mencatatkan kemenangan seterusnya tidak mahu terus keciciran mata, dalam usaha untuk mencabar kedudukan liga.

Sumber: SB

BACA:  Jangka Hayat Ole Kini Dijangka Kurang Daripada 48 Jam